Utusan Online - Jenayah |
Lelaki bakar rumah selepas ibu enggan beri RM200 Posted: Lelaki bakar rumah selepas ibu enggan beri RM200
ALOR SETAR 11 April - Seorang lelaki berusia 28 tahun yang dipercayai mengalami tekanan jiwa, bertindak membakar rumah pusaka peninggalan arwah ayahnya di Kampung Alor Madi di sini hari ini setelah permintaannya untuk mendapatkan wang RM200 tidak diendahkan oleh ibunya. Dalam kejadian kira-kira pukul 12.15 pagi itu, lelaki tersebut keluar melalui bumbung dan melarikan diri sebaik sahaja membakar tingkat atas rumah tersebut. Abangnya, Mohd. Noor Mahmud, 33, berkata, adik bongsunya itu mula berubah sikap apabila keluarga menghalang niatnya untuk bertunang pada bulan lalu. "Bukan kami tidak bagi dia bertunang namun keadaan dia ketika itu seperti mengalami tekanan perasaan dan dia sering membakar baju-baju kerjanya di tingkat atas rumah ini. "Sebelum kejadian, adik saya selalu mengugut untuk membakar rumah dan petang semalam, dia mula mengamuk apabila ibu saya tidak beri wang RM200 yang dimintanya," kata Mohd. Noor ketika ditemui di Kampung Alor Madi, di sini hari ini. Menurutnya, adiknya itu tinggal bersama ibunya, Halimah Abdullah, 50, di rumah tersebut dan kerana bimbang dengan perlakuan adiknya, dia bertindak mengambil semua dokumen penting lalu membawa ibunya tinggal di rumahnya di Kepala Batas di sini petang semalam. "Saya melaporkan hal ini kepada pihak polis kerana adik saya mengunci pintu dan mempunyai parang di dalam biliknya. "Rundingan dengan pihak polis berlangsung kira-kira pukul 9 malam dan pujukan kami untuk dia keluar dari rumah langsung tidak menampakkan hasil," ujarnya. Jelas Mohd. Noor lagi, keadaan semakin meruncing apabila adiknya itu mula keluar melalui bumbung dan menyuruh dia serta abang sulungnya masuk ke dalam rumah mereka. "Bau gas mula memenuhi rumah dan adik saya menyalakan api lalu api terus membakar tingkat atas rumah. Dia kemudiannya terjun dari bumbung dan menghilangkan diri sehingga kini. ," katanya. Dalam pada itu, Timbalan Penguasa Bomba Alor Setar, Rosdi Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran tersebut kira-kira pukul 12.18 pagi dan api berjaya dikawal pada pukul 12.36 pagi. "Dua jentera dengan 12 anggota dikejarkan ke tempat kejadian dan operasi tamat sepenuhnya pada 2.07 pagi. Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih disiasat," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||
Polis kenal pasti identiti mayat dibakar Posted: Polis kenal pasti identiti mayat dibakarKUALA LUMPUR 11 April - Polis telah mengenal pasti identiti mayat lelaki yang ditemui mati dengan kesan tikaman di dada sebelum dibakar bersama sebuah kereta Honda Civic di kawasan perniagaan Happy Garden dekat sini semalam. Identiti mangsa, P.Kalaidasan, 29, disahkan oleh keluarga termasuk isteri mangsa selepas proses pengecaman dibuat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (UM) petang semalam. Menurut Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid, isteri mangsa mengesahkan mayat tersebut adalah suaminya yang dilaporkan hilang di Seremban Jumaat lalu. "Pasangan suami isteri itu baru dua bulan berkahwin dan pengesahan identiti dibuat berdasarkan beberapa tanda pada badan mayat yang 90 peratus melecur," katanya. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Jenayah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan