Ahad, 3 April 2011

Utusan Online - Jenayah

Utusan Online - Jenayah


Siasat blog perkauman, hina Melayu

Posted:

Siasat blog perkauman, hina Melayu

Siasat blog perkauman, hina Melayu

KUALA LUMPUR 3 April - Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menggesa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat kewujudan laman blog http://alfanso-rightstoon.blogspot.com/ yang didakwa sarat dengan elemen perkauman dan hasutan.

Menurut Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Dr. Zubir Harun, paparan blog tersebut yang bersifat keterlaluan boleh menimbulkan keresahan serta rasa tidak puas hati di kalangan orang Melayu.

Jelasnya, perkara itu amat berbahaya sekiranya dibiarkan dan tindakan segera perlu diambil bagi memastikan tidak timbul lebih banyak perpecahan kaum di negara ini.

"Jangan sampai Melayu ambil tindakan sendiri sehingga melampaui batas undang-undang.

"Kami tidak mahu ada sebarang huru-hara dalam negara. Justeru, setiap perkara yang membabitkan perkauman seperti ini wajib disiasat pihak berkuasa sebelum terlambat," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Tidak setakat memadankan gambar pemimpin Melayu dengan binatang, blog itu turut memaparkan kata-kata hinaan terhadap PDRM selain menyifatkan Melayu UMNO sebagai paria sebenar.

Sementara itu, Yang Dipertua Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah menyifatkan individu yang mengelolakan laman blog tersebut sebagai bacul dan mempunyai niat jahat.

"Setahu saya SKMM mempunyai hak untuk menyiasat tanpa perlu menunggu laporan polis. Justeru mereka perlu mengambil tindakan segera terhadap penghinaan seperti ini.

"Jelas tuduhan itu bertujuan merosakkan perhubungan baik antara kaum di negara ini," katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata, PDRM hanya akan menjalankan siasatan berhubung kewujudan blog itu jika ada pihak yang tampil membuat laporan polis.

Buat masa ini, katanya, PDRM belum menerima sebarang laporan daripada mana-mana pihak berhubung kewujudan blog itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Bunuh: Bekas jurulatih kuda disoal polis Australia

Posted:

Bunuh: Bekas jurulatih kuda disoal polis Australia

Bunuh: Bekas jurulatih kuda disoal polis Australia

MELBOURNE 3 April - Seorang bekas jurulatih kuda di Malaysia, John Nikolic disoal siasat polis berhubung pembunuhan personaliti lumba kuda, Les Samba.

Nikolic, 38, yang tinggal di subbandar Robina di Gold Coast, bercakap dengan para penyiasat selama enam jam, lapor akhbar Herald Sun.

Walaupun tinggal berjauhan, John Nikolic menjalin hubungan baik dengan abangnya, Danny, seorang joki terkenal di Melbourne yang pernah berkahwin dengan Victoria, anak perempuan Samba.

Danny, seorang pelumba yang banyak memenangi perlumbaan kumpulan satu, secara sukarela datang untuk disoal siasat selepas pembunuhan Samba, lapor akhbar itu.

Polis kemudiannya berkata, mereka tidak menganggapnya sebagai suspek.

John Nikolic menyerahkan lesen latihannya selepas terbabit dalam inkuiri di Queensland tahun lepas.

Sebelum ini, Nikolic melatih kuda di Malaysia, yang mana dia dilaporkan telah mempersiapkan lebih daripada 100 pemenang.

Skuad homisid telah melawat beberapa negeri sejak pembunuhan kejam Samba di Middle Park pada 27 Februari.

Dia meninggal akibat ditembak bertalu-talu selepas dikejar di sepanjang Beaconsfield Parade. - BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan