The Malaysian Insider :: Bahasa |
Khairy: Isu video seks sengaja dicetus alih fokus rakyat Posted: 09 Apr 2011 12:32 AM PDT KUALA LUMPUR, 9 April — Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) Khairy Jamaluddin menegaskan, dakwaan kononnya turut wujud rakaman video seks membabitkan beliau sengaja ditimbulkan pihak tertentu bagi mengalih tumpuan rakyat daripada isu sama mengaitkan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim. Khairy (gambar) yang juga Ketua Pemuda Umno ketika ditanya media berhubung perkara berkenaan berkata, ia adalah satu usaha yang tidak berasas untuk menjatuhkan diri beliau yang juga Ahli Parlimen Rembau. "Saya melihat ini satu usaha untuk mengalih pandangan dan tumpuan rakyat daripada skandal yang melibatkan pemimpin pembangkang," kata beliau di Pokok Sena, Kedah hari ini. "Ia kisah lama yang sebenarnya keluar pada pilihan raya umum yang lepas untuk menjatuhkan saya tetapi tidak berjaya," kata beliau dipetik laporan media. Kelmarin, Pemuda Umno Rembau mencabar bekas anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR, Badrul Hisham Shaharin, membuktikan dakwaannya beliau pernah menerima rakaman aksi seks yang dikatakan melibatkan Khairy ketika pilihan raya umum 2008. Kelmarin, Badrul Hisham yang turut dikenali sebagai "Chegubard" berkata beliau pernah didampingi seseorang yang membekalkan rakaman adegan seks yang dikatakan melibatkan Ketua Pemuda BN itu. "Badrul Hisham Shaharin dicabar membuktikan dakwaan beliau dalam The Malaysian Insider adalah benar. Dalam kenyataan Badrul Hisham kata bahawa beliau telah dibekalkan oleh ahli Umno rakaman video lucah Khairy Jamaluddin (ketika) pada pilihan raya 2008. Kenyataan ini adalah bersifat biadab dan berunsur fitnah," kata Penolong Setiausaha Pemuda Umno Rembau, Safariladira Abdullah. Kata Safariladira, Pemuda Rembau juga mencabar Badrul Hisham untuk membuktikan bahawa beliau mempunyai video berkenaan dan jangan hanya bercakap kosong menabur fitnah dan berniat jahat. Badrul Hisham dalam kenyataannya kelmarin berkata, ketika kempen pilihan raya umum 2008 juga pasukan kempennya telah didekati dengan orang tidak dikenali, dipercayai orang Umno yang memberikan video lucah, yang kononnya Khairy. Badrul Hisham berkata lebih 2,000 keping video telah dibakar. "Kini terbaru pula ada pihak yang menghubungi SAMM mengenai kewujudan video seks yang kononnya merakamkan aksi seks seorang isteri pimpinan tertinggi negara. "Namun SAMM mengajak semua politik selak kain ini dihentikan segera jangan kerana kuasa sanggup lakukan apa saja," katanya lagi. Lebih dua minggu lalu negara dikejutkan pendedahan rakaman video seks, didakwa melibatkan aksi seks Anwar, yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat, oleh "Datuk T". Awal minggu ini, klip sedutan pendedahan itu disebarkan menerusi dunia siber khususnya oleh blog-blog pro-Umno. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
PM sedia temu kakitangan wakil staf kastam Posted: 09 Apr 2011 12:27 AM PDT KUALA LUMPUR, 9 April — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bersedia bertemu dengan wakil kesatuan dan persatuan pegawai-pegawai Kastam Diraja Malaysia (KDRM) dalam usaha merungkai segala isu-isu yang sedang dihadapi termasuk ekoran insiden kematian salah seorang anggotanya di presmis SPRM. "Tidak ada masalah, saya boleh jumpa, pada masa yang sesuai..," kata Najib di Pekan hari ini. Dipetik Bernama Online. Najib (gambar) yang juga Menteri Kewangan berkata demikian ketika diminta mengulas hasrat persatuan itu berikutan laporan-laporan buruk berkaitan KDRM sejak kebelakangan ini. Semalam, Presiden Kesatuan Pegawai-pegawai Kastam Semenanjung Ibrahim Ahmad berkata moral dan kredibiliti pegawai dan anggota KDRM kini terjejas berikutan laporan media berhubung kes rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan RM108 bilion. Ditanya berkenaan perkara berkenaan, Perdana Menteri berkata sekiranya semua pegawai KDRM "mengikut peraturan", maka tidak akan "timbul apa-apa masalah" lagi. "Kalau kita ikut peraturan (dalam urusan kerja), tidak ada masalah, kalau (urusan) import apa-apa produk contohnya, kita isytihar produk itu pada harga berpatutan atau harga sebenarnya, tidak ada masalah. "Kalau kita tak nak isytihar atau mengisytihar kurang dari nilai, itu yang jadi masalah. "Kalau ikut pada peraturan, sepatutnya tidak timbul apa-apa masalah (seperti apa yang berlaku ketika ini)," kata Perdana Menteri. Semalam, Ibrahim ketika bercakap kepada pemberita berkata: "Sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, kami berharap Datuk Seri Najib dapat memberikan nasihat yang boleh membersihkan maruah dan imej Kastam yang kini terjejas akibat laporan media yang tidak tepat." Ibrahim berkata laporan media yang mengaitkan pegawai KDRM terlibat dengan rasuah dan pengubahan wang haram sebanyak RM108 bilion adalah tidak logik kerana agensi itu menjana pendapatan sebanyak RM28.3 bilion pada tahun lepas. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from The Malaysian Insider :: Bahasa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan