Isnin, 11 April 2011

Malaysiakini :: Berita

Malaysiakini :: Berita


Taib: Saya akan berundur 'dalam beberapa tahun'

Posted: 11 Apr 2011 08:10 AM PDT

Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud sekali mengelak soalan mengenai bila beliau akan berundur selepas 30 tahun menerajui kepimpinan Sarawak.

NONEDalam ucapan ringkasnya di konsert 1Malaysia di Padang Merdeka, Kuching, Taib berharap agar generasi muda akan menyokong penggantinya nanti.

"Masa anda akan tiba. Bila saya berhenti nanti, saya ingin menyerahkan kepada generasi awaklah yang akan menyokong pemimpin (baru) yang akan terus memajukan Sarawak," katanya.

Ucapan itu disampai di depan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang semalam berjanji bahawa Taib akan berundur, sekaligus mencetuskan spekulasi bahawa Putrajaya cuba menyegerakan satu rancangan peralihan kepimpinan di Sarawak.

Tetapi pembangkang - yang menjadi Taib musuh nombor satu - dalam kempennya, mendakwa Najib tidak mampu untuk membuat Taib berundur dan mendakwa Taib mahu terus memegang kuasa.

[Baca berita penuh]

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

PM: Isu kitab Injil telah diselesai secara baik

Posted: 11 Apr 2011 08:00 AM PDT

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata isu 35,100 naskhah kitab Injil versi Bahasa Malaysia yang disita di Pelabuhan Klang dan Kuching sebenarnya telah diselesaikan secara baik dan tidak perlu dibangkitkan.

"Saya minta Datuk Seri Idris Jala (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) supaya berunding dan setiap perkara mendapat restu saya. Tak patut jadi isu.

"Kita beri perhatian kepada penganut Kristian di Sarawak. Keputusannya boleh dipakai secara berterusan. Kita dah dapat (buat) keputusan yang baik," katanya kepada pemberita selepas melawat Hospital Sri Aman hari ini.

Mengenai lawatannya yang kerap ke Sarawak sewaktu pilihan raya negeri ini, Najib berkata selain kerana kehadirannya diperlukan, negeri ini begitu luas dan memerlukan beliau selalu datang.

"Dulu, setiap pilihan raya kecil saya datang. Itu satu kawasan aje," katanya dan menurutnya Sarawak mempunyai 71 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan sebab itu beliau memperuntukkan masa untuk datang ke negeri ini.

Sementara itu, Najib berkata beliau percaya polis akan menjalankan siasatan secara penuh profesional terhadap kes video seks yang dikaitkan dengan seorang pemimpin pembangkang.

"Kita mesti ada keyakinan siasatan rapi akan dibuat polis. Saya serahkan kepada polis untuk ambil tindakan lanjut (dan) ini sudah menjadi isu besar kepada rakyat," katanya.

- Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan