Jumaat, 1 April 2011

Malaysiakini :: Berita

Malaysiakini :: Berita


MB: DUN Selangor tidak akan bubar tahun ini

Posted: 01 Apr 2011 07:03 AM PDT

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor tidak akan dibubarkan pada tahun ini walaupun Kerajaan Persekutuan bertindak membubarkan Parlimen.

Abdul Khalid berkata, beliau hanya akan membuat keputusan sama ada untuk membubarkan DUN selepas Mac 2012 kerana mandat kerajaan negeri sekarang hanya akan berakhir pada 2013.

NONE"Ada desas-desus bahawa Kerajaan Persekutuan juga sedang menimbang untuk pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-13 lebih awal daripada tempohnya," katanya pada sidang media selepas sidang DUN Selangor berakhir hari ini dan ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan ditetapkan.

Abdul Khalid berkata, keputusannya untuk tidak mengikut jadual pilihan raya Kerajaan Persekutuan kerana di bawah sistem Persekutuan, negeri mempunyai hak dan kedaulatan untuk menentukan tarikh DUN akan dibubarkan seperti yang dilakukan Sarawak.

"Ia beri saya satu tempoh kira-kira setahun. Kini kita boleh nilai keberkesanan program kita," katanya.

Ditanya sama ada negeri lain di bawah Pakatan Rakyat akan berbuat begitu, katanya beliau akan melihat tindakan mereka.

- Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Petrol RON 97 naik 20 sen lagi

Posted: 01 Apr 2011 05:32 AM PDT

Bermula tengah malam ini, petrol RON 97 dijual dengan harga baru pada RM2.70 seliter, kata Timbalan Presiden Persatuan Penjual Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) Datuk Zulkifli Mokti.

Kenaikan itu bagaimanapun tidak melibatkan RON 95 dan bahan api lain di negara ini.

Zulkifli berkata peningkatan sebanyak 20 sen itu berikutan kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia kepada US$114 setong minggu ini berbanding US$105 minggu lalu.

"Kenaikan harga minyak mentah itu berikutan krisis di Timur Tengah," katanya ketika dihubungi.

Zulkifli juga berkata harga minyak mentah dijangka terus meningkat berikutan situasi di Asia Barat itu yang mungkin berterusan.

Pada 31 Januari lalu, harga RON 97 yang diapungkan mengikut harga pasaran semasa meningkat 10 sen kepada RM2.50 seliter.

Ini kali kelima harga petrol gred RON97 dinaikkan sejak harganya diapungkan dan adalah kenaikan kedua tahun ini sejak 31 Januari lalu.

Petrol gred ini lazimnya digunakan oleh kenderaan yang memerlukan prestasi yang tinggi.

NONE

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan