Kosmo Online |
- Awas individu menyamar kontraktor TNB
- 2,538 kotak daging beku dirampas kastam
- Lelaki rentung dikenal pasti pekerja cat
Awas individu menyamar kontraktor TNB Posted: Awas individu menyamar kontraktor TNB11/04/2011 8:54pm KUALA LUMPUR – Orang ramai diingatkan agar berhati-hati terhadap penipuan oleh beberapa individu yang mendakwa sebagai pekerja atau kontraktor TNB dengan menjadikan rumah-rumah di luar bandar sebagai sasaran. Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) berkata, dalam satu kenyataan di sini hari ini bahawa individu ini mengenakan pakaian seragam dengan logo TNB dikatakan telah meminta orang awam dan pemilik rumah untuk membuat pembayaran pendahuluan atas alasan kerajaan akan membuat imbuhan menerusi bil penggunaan elektrik bulanan. Menurut Pemandu, Kerajaan tidak memberi kuasa kepada mana-mana kementerian atau agensi untuk melaksanakan projek seumpama itu. Ia juga berkata, kerajaan tidak mewajibkan pemilik rumah menanggung kos perkhidmatan pendawaian dalaman selain dari deposit sambungan meter berharga sekitar RM100. "Adalah mustahak mengambil perhatian bahawa perkhidmatan pendawaian dalaman bukan sebahagian dari skop program elektrik luar bandar. "Sebagai penyelia Program Transformasi Kerajaan yang menggariskan Infrastruktur Asas Luar Bandar NKRA, Pemandu menggesa anggota awam atau tuan punya rumah yang dihubungi oleh individu seumpama itu agar segera membuat laporan di pejabat polis terdekat," katanya. – Bernama Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
2,538 kotak daging beku dirampas kastam Posted: 2,538 kotak daging beku dirampas kastam11/04/2011 8:42pm JOHOR BAHRU – Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Johor merampas 2,538 kotak pelbagai daging beku bernilai RM407,056 selepas menahan empat kontena di Taman Medah dan Taman Medan Putra, Ayer Hitam, dekat Kluang, Isnin lepas. Pengarah KDRM Johor, Datuk Ramli Johari berkata, kesemua kontena itu ditahan di tepi jalan di kedua-dua kawasan perumahan berkenaan kira-kira pukul 11.30 malam oleh sepasukan anggota Kastam Bahagian Penguatkuasaan Johor Bahru. "Kesemua 2,538 kotak daging beku yang dipercayai diseludup masuk dari negara luar itu adalah seberat 50,882 kilogram," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. Beliau berkata, pihaknya dalam masa yang sama turut merampas pelbagai daging beku yang dianggarkan bernilai RM734,000 selepas memeriksa dua buah premis di dua kawasan perumahan yang sama tersebut. Katanya, tiada sebarang tangkapan dibuat dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967. – Bernama Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Lelaki rentung dikenal pasti pekerja cat Posted: Lelaki rentung dikenal pasti pekerja cat11/04/2011 8:38pm KUALA LUMPUR – Mayat lelaki yang ditemui rentung di dalam sebuah kereta Honda Civic lama di Taman Happy Garden di sini dikenal pasti sebagai seorang pekerja kedai cat kereta yang dilaporkan hilang di Seremban pada Jumaat lalu. Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata, identiti lelaki tersebut telah dikenal pasti setelah bedah siasat dibuat ke atas mayatnya. "Kita telah selesai membuat bedah siasat dan pihak keluarganya sendiri telah pun membuat pengecaman dan mengesahkan identiti lelaki tersebut. "Isterinya sendiri juga telah mengesahkan kereta yang dibakar tersebut adalah milik suaminya," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Wan Abdul Bari berkata, isteri lelaki tersebut telah pun membuat laporan polis di Seremban mengenai kehilangan suaminya. Beliau berkata, walaupun mayat lelaki tersebut telah 90 peratus terbakar namun mayatnya telah di kenal pasti menerusi beberapa tanda yang terdapat pada badannya. – Bernama Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan