Kosmo Online - Negara |
- Wanita Aceh pengsan disebat
- Periksa semua aktiviti jualan telur di pasaran
- Diiktiraf monumen kebangsaan
Posted: Wanita Aceh pengsan disebatIRDAYANTI terpaksa diusung setelah dia pengsan selepas selesai menjalani hukuman sebat di Aceh Besar, Banda Aceh semalam. BANDA ACEH - Dua pasangan Islam dihukum rotan selepas mereka didapati bersalah kerana melakukan perbuatan tidak bermoral, kata seorang pendakwa raya semalam. Pasangan itu, Sudirman Bintang, 43, dan Irdayanti Mukhtar, 34, dirotan sebanyak sembilan kali kerana mereka masing-masing telah berkahwin tetapi menjalin hubungan sulit. Mereka dirotan di halaman Masjid Al-Munawarrah, Jantho, Aceh Besar semalam dan disaksikan oleh ratusan orang selepas solat Jumaat. "Punca mereka dihukum keras adalah kerana kedua-dua mereka sudah berkahwin dengan orang lain," kata pendakwa raya itu, Bendry Almy. - Agensi Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Periksa semua aktiviti jualan telur di pasaran Posted: Periksa semua aktiviti jualan telur di pasaran Oleh JUNHAIRI ALYASA dan SUHANA YUSOP KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Tan Lian Hoe mengarahkan semua bahagian penguat kuasa kementerian tersebut di seluruh negara supaya membuat pemeriksaan aktiviti jualan telur tiruan. Beliau yang sedih dan kesal dengan sikap peniaga yang menggunakan taktik kotor untuk mengejar keuntungan turut meminta orang ramai membantu menyalurkan maklumat. "Saya melihat penjualan telur tiruan sangat serius dan mahu bahagian penguat kuasa menyiasat perkara ini sedalam-dalamnya dan mengambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang yang ada," tegasnya. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Program Aktifkan Gaya Hidup Lestari anjuran AEON Co. (M) Bhd. di Jusco Mahkota Cheras di sini semalam. Lian Hoe memberitahu, dalang di sebalik penjualan telur tiruan itu akan dikenakan tindakan mengikut Akta Perlindungan Pengguna 1999 dan juga akta lain yang mungkin berkaitan. Katanya, tindakan itu perlu diambil bagi mengekang kegiatan tersebut daripada tersebar ke seluruh negara. Pada Rabu lalu, Persatuan Pengguna Pulau Pinang mendakwa terdapat telur ayam tiruan dijual di Pulau Pinang berikutan aduan seorang pembeli yang dipercayai membeli 30 biji telur itu di pasar awam Pulau Tikus pada Selasa lalu. Ekoran pendedahan itu, Bahagian Penguat Kuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan negeri telah merampas sebanyak 270 biji telur untuk dibuat kajian bagi mengesahkan perkara tersebut. Lian Hoe berkata, ketika ini terdapat seramai 1,900 orang pegawai penguat kuasa dan 1,300 orang pemantau harga bertugas di seluruh negara. "Bilangan penguat kuasa kita tidak ramai jadi saya berharap pengguna juga dapat turut sama membantu kami untuk menyelesaikan masalah ini dengan segera," ujarnya. Sementara itu, Pengarah Penguat Kuasa kementerian itu, Mohd. Roslan Mahayudin berkata, sampel telur tiruan yang dirampas kelmarin telah dihantar ke Jabatan Kimia dan Jabatan Veterinar untuk dianalisis. "Keputusannya akan diketahui dalam masa terdekat dan difahamkan telur tersebut merupakan telur import," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Posted: Diiktiraf monumen kebangsaanSTESEN KTMB Tanjung Pagar di Singapura dikekalkan sebagai monumen kebangsaan. SINGAPURA - Kerajaan Singapura akan mengekal dan memelihara bangunan stesen kereta api di Tanjung Pagar dan Bukit Timah di sini kerana kedua-duanya mempunyai unsur sejarah yang signifikan. Untuk tujuan itu, Majlis Pemeliharaan Monumen (PMB) mewartakan Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Tanjung Pagar sebagai monumen kebangsaan manakala Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) mewartakan Stesen Kereta Api Bukit Timah sebagai bangunan yang dipulihara, kata pihak berkuasa terbabit dalam satu kenyataan semalam. Ketika pemukiman pada 24 Mei tahun lepas, Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong dan rakan sejawatan dari Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa Stesen KTMB akan dipindahkan dari Tanjung Pagar ke Pusat Pemeriksaan Kereta Api Woodlands (WTCP) menjelang 1 Julai 2011. Kedua-dua pemimpin itu juga bersetuju agar bangunan stesen kereta api di Tanjung Pagar dan Bukit Timah dipulihara atas faktor sejarah. Dengan perpindahan Stesen KTMB Tanjung Pagar ke WTCP pada 1 Julai ini, kedua-dua stesen terbabit akan berhenti beroperasi sebagai stesen kereta api. Pengarah PMB, Jean Wee berkata, pewartaan stesen kereta api itu adalah untuk mengiktiraf keunikan struktur dan kewujudannya sebagai stesen kereta api utama di Singapura. Beliau berkata, sejak 80 tahun lepas, Stesen KTMB Tanjung Pagar menjadi satu-satunya nadi pengangkutan kereta api yang menghubungkan Singapura dan Malaysia. "Stesen itu akan terus menjadi mercu tanda sekalipun penggunaannya berbeza, sebagai mencerminkan keutuhan hubungan dua hala antara kedua-dua negara dan juga rakyatnya," kata beliau. - Bernama Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan