Jumaat, 8 April 2011

Berita Harian: MukaDepan

Berita Harian: MukaDepan


Gantung tugas

Posted: 07 Apr 2011 11:19 AM PDT

MukaDepan

Dua kakitangan SPRM disiasat berkaitan kes kematian pegawai kastam

PUTRAJAYA: Dua pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digantung tugas semalam kerana ingkar perintah berhubung pengendalian saksi yang berkaitan dalam kes kematian seorang pegawai Kastam Diraja Malaysia (KDRM), di pejabat SPRM Wilayah Persekutuan, di ibu negara kelmarin.

Tindakan berkuat kuasa serta-merta itu bagi membantu SPRM menjalankan siasatan dalaman berhubung kes berkenaan. Menurut kenyataan media SPRM semalam, pegawai terbabit disiasat kerana gagal berada bersama saksi atau pelanggan di premis suruhanjaya berkenaan sepanjang masa.

"Proses tahan kerja ini adalah bagi membantu melicinkan penyiasatan dalaman berhubung perkara ini sehingga siasatan selesai. Tindakan dibuat mengikut Peraturan 43, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) (Pindaan) 2002, iaitu penahanan kerja bagi maksud penyiasatan," katanya.

Difahamkan kedua-dua pegawai terbabit perlu hadir ke pejabat seperti biasa setiap hari tetapi tidak dibenarkan melakukan sebarang tugas termasuk siasatan.

Dalam kejadian pagi kelmarin, Penolong Pengarah cawangan Import Eksport dan Kawalan Sempadan KDRM Selangor, Ahmad Sarbani Mohamed, 56, ditemui mati di tingkat satu pejabat SPRM Wilayah Persekutuan, dipercayai terjatuh dari tingkat tiga bangunan. Allahyarham datang secara sukarela ke pejabat SPRM untuk berbincang sesuatu mengenai siasatan kes rasuah dengan pegawai penyiasat agensi itu.
SPRM kelmarin mengesahkan Ahmad Sarbani adalah antara pegawai KDRM yang ditahan pada 1 April lalu untuk membantu siasatan dan dibebaskan dengan ikat jamin pada 2 April.

Siasatan dijalankan selepas 62 pegawai kastam ditahan dan disoal siasat dalam Operasi 3B kerana dipercayai terbabit dalam rasuah, aktiviti pengubahan wang haram dan pelbagai kesalahan lain, baru-baru ini. Penahanan membabitkan 53 pegawai lelaki serta sembilan perempuan berusia antara 24 dan 56 tahun dan daripada jumlah itu, 17 pegawai termasuk seorang berjawatan pengarah negeri ditahan reman.

SPRM juga menjelaskan, hasil siasatan dalaman akan dibentangkan kepada badan bebas, iaitu Jawatankuasa Aduan SPRM, yang dipengerusikan bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Nor Abdullah dan dianggotai tiga ahli.

Terma rujukan Jawatankuasa Aduan SPRM ialah memantau pengendalian aduan salah laku yang tidak bersifat jenayah terhadap pegawai dan mengenal pasti kelemahan dalam tatacara kerja suruhanjaya yang mungkin menimbulkan aduan. Bagaimanapun, siasatan dalaman tidak ada kaitan dengan siasatan polis berhubung kematian pegawai berkenaan.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

84

Wajar digantung tugas.. untuk pengajaran.. Bukan sahaja SPRM, Boleh dikatakan kebanyakan pegawai pertugas jabatan selalu membiakan kita rakyat Tunggu Tunggu Tunggu..
selalu mengunakan kuasa mereka menyeksa rakyat. lagipun, bukan mesra langsung mereka terhadap rakyat.
Selogan saja " mesra ke / senyum ke / tolong menolong ke.. apa apa saja.. Tapi layanan mereka memang kasar dan tak sopan.

Rahman

Kita haya berteka teki bagaimana kejadian ini boleh berlaku. Tapi yang lebih penting akibat kejadian ini adalah kemarahan/kebencian rakyat kepada pesalah-pesalah rasuah telah dialihkan kepada pihak yang berusaha untuk menghapuskan rasuah. Begitu mudah rakyat Malaysia diperbodohkan.

prihatin

Agak meragukan dengan SPRM..sebab da 2 kali kes kematian melibatkan orang2 yg sedang disiasat..

firdaus

SPRM MENJALANKAN TUGAS DENGAN BAIK.TERUSKAN LAGI USAHA DAN FOKUS JUGA KEPADA AGENSI KERAJAAN DAN KERAJAAN NEGERI YANG LAIN

harun arshad

Harapan supaya siasatan isu utama rasuah tidak dihentikan kerana peristiwa ini.

1malaysia

skrip yg sama.......keadaan yg sama......
ketajaman akal setaraf lutut....

penan baram

lagi senaang bagi,.. datang opis duduk goyang kaki sahaja. gaji jalan,..

mirsa

SPRM Tidak Propesional dlam menjalankan tugas. Kurang ajar. Media pulak suka-suka mengeluarkan keyataan.Alahyarham seorang yg baik ,dari sudut agamanya dan dari segi kemanusianya juga amat baik

kereta lama

kalau mantan PM Tun Dr Mahadhir kata dulu "melayu mudah lupa", banyak orang marah marah.... tetapi hakikatnya memang begitu, kita mudah lupa kepada sejarah..... maka itulah satu drpd hasilnya. sebagai umat islam
banyakkanlah kita bermuhasabah....

alia mohd

mcm tak logik arwah bunuh diri, arwah orang islam bukannya tidak beragama. Sangat mencurigakan. jika benar kerajaan telus, buktikan segera apa yang terjadi. Tidak logik juga sebab selepas arwah tiada di bilik pegawai SPRM tu, pegawai tersebut cari n terus jumpa di kawasan mangsa meninggal. Kenapa tuju ke kawasan tu?

dihar

jangan menjatuhkan hukuman sendiri(mentafsir)sebelum kes selesai@dalam siasatan....

Zahar Ghazaley

....pada sprm untuk soal siasat gunakanlah tingkat bawah bagi mengelakkan kejadian jatuh bangunan berlaku...

azmir

biarkan siasatan dijlnkan agar negara tetap menjd negara contoh .


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kekalkan BN demi masa depan

Posted: 07 Apr 2011 11:18 AM PDT

MukaDepan

KUCHING: Rakyat Malaysia, khususnya di Sarawak yang akan mengundi pada Pilihan Raya Negeri ke-10, perlu memastikan Barisan Nasional (BN) kekal sebagai kerajaan bagi meneruskan usaha Malaysia untuk mencapai taraf negara maju dan menjamin masa depan mereka.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, berkata ini kerana parti pembangkang berada dalam keadaan kucar-kacir dan jika diberi peluang membentuk kerajaan, impian rakyat Malaysia menjadi negara maju tidak akan kesampaian.

Pada masa sama, beliau meminta masyarakat Cina di Sarawak berfikir secara rasional dalam menentukan masa depan mereka dan tidak termakan umpan parti pembangkang. "Walaupun sentimen pengundi di bandar berbeza, tetapi bagi memastikan kepentingan masyarakat Cina terus terbela, mereka perlu ada wakil dalam kerajaan negeri. Kita memerlukan kerajaan yang mewakili semua kaum di Sarawak. Sebab itu saya berharap mereka tidak termakan dengan mainan politik dan hasutan DAP kerana parti itu sebenarnya cuma mahu meraih undi.

"Masyarakat Cina juga tidak akan mendapat lebih manfaat daripada politik yang tidak menentu dan politik yang tidak stabil," katanya selepas majlis pelancaran dan penyerahan Skim Pintar-Learning dan Sirim Robokit, di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Santubong, di sini semalam.

Najib juga berkata, rakyat perlu sedar kegagalan pakatan pembangkang membentuk persefahaman dalam pengagihan kerusi membuktikan mereka tidak boleh menjadi alternatif kepada BN walaupun pada mulanya cuba mengatur barisan yang diharapkan dapat memberi tentangan kepada BN.

Beliau juga berkata, jumlah calon yang ramai bertanding pada pilihan raya kali ini memberi kelebihan kepada BN.
"Lebih ramai lebih baik sebab ini bererti undi mereka (pembangkang) akan berpecah, tidak tumpu kepada seorang calon (pembangkang) saja," kata Perdana Menteri sambil menambah beliau memang menjangka persaingan kali ini pasti sengit dengan pembangkang akan cuba mengatur satu barisan yang boleh memberi tentangan kepada BN.

Mengenai taktik DAP yang menggunakan propaganda 'undi SUPP (Parti Bersatu Rakyat Sarawak) adalah undi untuk Taib (Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud)' Perdana Menteri berkata, itu hanya mainan politik DAP dan berharap rakyat tidak termakan dengan hasutan seperti itu.

Beliau turut menegaskan, dakwaan calon bukan BN yang kononnya mendapat sokongan pemimpin parti di peringkat pusat tidak benar sama sekali kerana BN hanya menyokong calon menggunakan lambang dacing dan akan bekerja keras untuk memenangkan mereka.

Sementara itu, ketika berucap dalam program tinjauan mesra sekitar pasar Kota Sentosa yang turut disertai calon BN bagi DUN Kota Sentosa, Datuk Alfred Yap, Perdana Menteri meminta masyarakat Cina terus memberi sokongan kepada BN demi memastikan kelangsungan pembangunan dan pertumbuhan ekonomi negeri ini.

Beliau memberi jaminan, akan secara peribadi melakukan yang terbaik bagi memastikan kestabilan negara terus terpelihara serta adil kepada semua rakyat tanpa mengira kaum.

"Orang Cina pandai berniaga dan sentiasa mahu untung, tapi jika dasar negara tidak baik macam mana hendak berniaga? Sudah tentu (orang Cina) tidak mahu rugi. Oleh itu perlu buat pilihan bijak, orang lain (pembangkang) boleh cakap, tapi BN boleh beri jaminan.

"Sekiranya orang di sini sokong BN, kita akan pastikan kawasan ini membangun dengan maju dan pesat," katanya yang meluangkan hampir sejam beramah mesra dengan penduduk serta melawat Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Sam Hap Hin.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan