Jumaat, 15 April 2011

Harian Metro: Setempat

Harian Metro: Setempat


Tambah 1,200 CCTV di ibu kota

Posted: 14 Apr 2011 12:16 PM PDT

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menambah kamera litar tertutup (CCTV) selain menukar CCTV sedia ada di seluruh ibu kota dalam tempoh terdekat.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Fuad Ismail, berkata penambahan itu dijangka menambah baik kerja pemantauan di bandar raya itu dengan memberi tumpuan kepada kawasan kerap berlaku jenayah disamping meneruskan pemantauan lalu lintas.


Menurutnya, sekurang-kurangnya 1,200 CCTV akan dipasang dengan semuanya mempunyai fungsi lebih baik seperti rakaman liputan 360 darjah serta berwarna.

"Ketika ini kira-kira 1,000 CCTV beroperasi di sekitar bandar raya ini dengan ia terdiri daripada CCTV statik dan tidak berwarna, jadi ia tidak sesuai digunakan pada masa kini.


"Kerja menaik taraf ini akan mempertingkatkan kualiti pemantauan sama ada daripada segi keselamatan atau salah laku orang ramai di seluas 242 kilometer persegi kawasan seliaan DBKL," katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Local Agenda 21 Kuala Lumpur (LA21 KL)-Bandar Selamat, di sini, semalam.


Hadir sama, Ketua Pengarah DBKL, Datuk Salleh Yusup, Ketua Penyelaras LA21 KL-Bandar Selamat, Datuk Abdul Latif Mohd Som dan Timbalan Ketua Pengarah Pentadbiran DBKL, Datuk Normah Malik.

Ahmad Fuad berkata, RM25 juta diperuntukkan bagi pemasangan CCTV itu untuk tujuh tahun.


"Pemasangan CCTV ini juga selaras Program LA21 KL yang membabitkan keselamatan penduduk bandar raya ini dengan 22 rakan kongsi akan terbabit menjayakannya termasuk DBKL dan polis.

"Selain meninjau keselamatan atau salah laku orang ramai, CCTV ini secara tidak langsung membantu polis mengesan penjenayah atau di jalan raya seperti kejadian ragut," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tabung Budi sumbang air percuma RM1,407.58

Posted: 14 Apr 2011 11:50 AM PDT

KUALA LUMPUR: Penderitaan tiga keluarga yang mempunyai pendapatan RM600 hingga RM800 sebulan mendapat perhatian Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dan Puncak Niaga Holding Bhd (PNSB) yang menyalurkan bantuan menerusi Tabung Budi semalam.

Sumbangan air percuma RM1,407.58 disalurkan ke Hulu Langat, Bangi dan Semenyih menjadikan jumlah penerima sumbangan setakat ini 66 orang.


Penerima sumbangan, Norhayati Norol Akma, 38, yang berpendapatan RM600 sebulan itu gembira menerima bantuan air berkenaan.

Ibu tunggal itu mempunyai bil tunggakan RM487.39 sejak Disember tahun lalu dan sepanjang tempoh ketiadaan bekalan air, mereka sekeluarga bergantung ihsan jiran.


Penerima kedua, P Venadasan A/L Poothisgamany, 38, terharu menerima sumbangan berkenaan selepas gagal menjelaskan tunggakan RM541.91 akibat kesempitan hidup.


Penerima sumbangan ketiga, pengawal keselamatan, Rusmah Ja'afar, 44, bersyukur kerana ada pihak prihatin dengan nasib dirinya dan anak-anak yang menggunakan air perigi sejak bekalan air dipotong Disember tahun lalu akibat tunggakan bil RM378.38.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan