Harian Metro: Setempat |
Penghantar surat tahan peragut dihargai Posted: 08 Apr 2011 11:22 AM PDT KUALA LUMPUR: "Biarpun saya dan keluarga tidak pernah menjadi mangsa ragut, namun saya berdendam dengan mereka. "Ini kerana saya sering tonton di televisyen selain terbaca di akhbar ramai mangsa ragut bukan saja cedera sebaliknya ada yang maut akibat kekejaman mereka itu," kata penghantar surat, Amyrul Zaki Ahmad Sibi, 22.
Sijil penghargaan itu disampaikan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zulkifli Mohamed, atas keberanian dan komitmen Amyrul untuk bersama polis membanteras jenayah ketika perhimpunan bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL), di sini, semalam.
"Saya memecut motosikal sebelum melanggar belakang seorang daripada suspek menyebabkan dia terjatuh.
|
Posted: 08 Apr 2011 11:20 AM PDT GOMBAK: Seorang wanita ditutup mata, diikat tangan dengan tali sebelum dirogol seorang lelaki yang menceroboh bilik tidurnya di rumah kedai yang disewa berhampiran Stesen Bas Rawang, dekat sini, Rabu lalu. Sebelum kejadian, mangsa berusia 20-an tidur bersendirian di rumah itu selepas pulang kerja kira-kira jam 12 tengah hari.
"Tindakan lelaki itu mengakibatkan mangsa terkejut dan berlaku pergelutan ketika cuba mempertahankan diri, namun gagal, malah suspek turut mengikat tangan mangsa dengan tali.
Sumber berkata, puas mangsa merayu dilepaskan, namun suspek tidak menghiraukannya, malah bertambah ghairah meratah tubuh wanita terbabit.
"Malah, mangsa dibiarkan tanpa dilepaskan ikatannya. Mangsa berjaya melepaskan diri tidak lama kemudian, namun suspek melarikan diri," katanya Mangsa membuat laporan di Balai Polis Rawang kerana bimbang dengan keselamatan dirinya jika kejadian itu berulang. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan