Sabtu, 9 April 2011

Utusan Online - Utara

Utusan Online - Utara


Bomoh disyaki rogol pelajar

Posted:

Bomoh disyaki rogol pelajar

Bomoh disyaki rogol pelajar

Oleh SAFINA RAMLI
kedah@utusan.com.my



KUBANG PASU 8 April – Seorang bomoh dari Simpang Kemboja, Ayer Hitam di sini ditahan polis kelmarin kerana disyaki merogol seorang pelajar tingkatan lima yang menjalani rawatan menghalau hantu dari dalam tubuhnya di rumah pengamal perubatan tradisional itu Selasa lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Ibrahim Mohd. Yusuf (gambar) berkata, mangsa pergi ke rumah bomoh tersebut bersama ibu bapanya kira-kira pukul 7 malam Isnin lalu dan bomoh tersebut memberitahu bahawa ada hantu yang menumpang tubuh pelajar tersebut.

"Bomoh tersebut menyuruhnya datang semula keesokan harinya bagi menerima rawatan susulan," ujarnya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu, di sini hari ini.

Menurut Ibrahim, apabila datang semula ke rumah bomoh itu, pelajar tersebut diarahkan untuk masuk ke dalam bilik bersama lelaki berusia 36 tahun itu manakala ibu bapa pelajar tersebut menunggu di ruang tamu.

"Ketika kejadian, isteri bomoh tersebut berada di dapur dan selepas kejadian rogol berlaku, pelajar tersebut menceritakan kejadian tersebut kepada ibu bapanya.

"Polis menerima laporan daripada keluarga pelajar tersebut pada hari Rabu dan bomoh tersebut ditahan di tempat kerjanya di Kolam Udang Kerpan pada petang Rabu," katanya.

Jelasnya, bomoh tersebut kini ditahan reman selama empat hari bermula semalam dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tidak rugi wanita sertai bengkel - Syed Razlan

Posted:

Tidak rugi wanita sertai bengkel - Syed Razlan

Tidak rugi wanita sertai bengkel - Syed Razlan


Sharifah Hishimah Syed Shahabuddin (dua, kanan) menerima dokumen perjanjian kerjasama daripada Normala Hamzah sambil diperhatikan Syed Razlan Syed Putra Jamalullail (tengah) di Dewan Sivik, Arau, Perlis, semalam.


ARAU 8 April - Wanita di negeri Perlis disaran supaya tidak melepaskan peluang untuk menyertai program atau aktiviti ke arah meningkatkan mutu hidup masing-masing pada zaman serba mencabar ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan Perdagangan dan Industri, Sains dan Teknologi, Pembangunan Usahawan dan Hubungan Antarabangsa Negeri Perlis, Datuk Seri Syed Razlan Syed Putra Jamalullail berkata, ini kerana wanita tanpa mengira latar belakang sudah tidak lagi boleh terpinggir daripada pelbagai bidang terutama yang berkaitan dengan kehidupan.

"Bengkel atau seminar berkaitan wanita jarang sekali diadakan di negeri-negeri termasuk Perlis.

"Jadi jika terdapat program seumpama ini dianjurkan, jangan lepaskan peluang kerana ia dapat memberi banyak pendedahan mengenai gaya hidup atau kehidupan wanita masa kini," kata beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Pauh.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan perjanjian kerjasama penganjuran Bengkel Sayangi Diri Sayangi Keluarga Bersama Wanita anjuran majalah Wanita terbitan Utusan Karya Sdn. Bhd. dengan Dewan Undangan Negeri Pauh dan pihak penaja di Dewan Sivik, di sini, hari ini.

Turut hadir isteri beliau, Datin Seri Sharifah Hishimah Syed Shahabuddin dan Pengarang Wanita, Normala Hamzah.

Bengkel sehari itu yang akan diadakan di dewan berkenaan pada 23 April ini menyasarkan 200 peserta untuk diberikan pendedahan mengenai pelbagai maklumat berguna berkaitan kecantikan, penjagaan kesihatan diri, pengurusan masa, motivasi keagamaan, perundangan serta fesyen.

Menurut Syed Razlan, maklumat yang diperoleh menerusi bengkel seumpama itu berguna bagi memberikan keyakinan dan meningkatkan keterampilan golongan wanita dalam menjalani kehidupan seharian sama ada di rumah atau di pejabat.

"Menerusi bengkel seumpama ini, sudah tentu mereka (wanita) tidak akan ketinggalan berbanding mereka yang tinggal di bandar besar kerana didedahkan dengan pelbagai maklumat terkini," tambah beliau.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiga pencari madu disengat beratus ekor lebah

Posted:

Tiga pencari madu disengat beratus ekor lebah

Tiga pencari madu disengat beratus ekor lebah


MOHD. Badri Md. Rawi (kiri) menunjukkan kesan sengatan lebah pada bibir rakannya, Osman Dali di rumahnya di Kampung Telok Perah, Kuala Pegang, Baling, semalam.


BALING 8 April - Tiga pencari lebah nyaris maut disengat beratus-ratus ekor lebah semasa mahu mengambil madu lebah di Bongi dekat Keledang, Kuala Pegang, di sini petang semalam

Mangsa terbabit, Mohd. Badri Md. Rawi, 40, dan Osman Dali, 39, serta Mohd. Yusof Abdul Raof, 46, dari Kampung Telok Perah, Kuala Pegang mengalami kecederaan di bahagian kepala, bibir dan telinga.

Ketiga-tiga mereka berada di bawah pokok yang mempunyai ketinggian 30 meter yang menjadi tempat lebah berkenaan berkumpul.

Menurut Mohd. Badri, kejadian berlaku kira-kira pukul 5 petang semasa dia dan rakan-rakan sedang memasang buluh sigai untuk mengambil madu apabila secara tiba-tiba beratus lebah mula menyerang mereka.

"Kami tidak dapat berbuat apa-apa apabila diserang secara tiba-tiba menyebabkan kami terpaksa menahan kesakitan yang amat sangat," katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini hari ini.

Mohd. Badri berkata, akibat kejadian itu, dia dan rakan-rakan terpaksa lari meninggalkan kawasan berkenaan untuk menyelamatkan diri," ujarnya yang masih menahan kesakitan.

Seorang lagi mangsa, Osman Dali berkata, akibat diserang bertalu-talu dia tidak dapat berbuat apa-apa kecuali menahan sakit sambil berlari namun mereka terus diserang.

"Walaupun kami berlari menyelamatkan diri, lebah itu masih menyerang sehingga kami terpaksa menahan sakit sebelum memasang unggun api bagi mengelak terus diserang," katanya.

Osman terpaksa mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Baling, malam tadi.

Kesemua mereka adalah antara pencari lebah berpengalaman yang mampu mengambil madu dalam masa lima minit sahaja sekiranya pokok rendah, manakala pokok yang tinggi mengambil masa kira-kira 20 minit.

Kumpulan lebah yang menyerang pencari madu ini adalah lebah tua dan mampu menghasilkan sehingga hampir lima kilogram madu bagi setiap sarang.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan