Jumaat, 22 April 2011

Harian Metro: BeritaUtama

Harian Metro: BeritaUtama


Dakwaan tak logik

Posted: 21 Apr 2011 01:25 PM PDT

KUALA LUMPUR: "Saya bukan dayus," tegas bekas jaguh badminton beregu negara, Jalani Sidek, 48, yang juga suami kepada produser, Raja Azmi Raja Sulaiman, 51.

Dia berkata demikian bagi mengulas persepsi negatif sesetengah pihak berikutan sikapnya yang lebih banyak berdiam diri selepas isterinya didakwa berkhalwat dengan pemain badminton negara, Roslin Hashim, 36, di sebuah hotel pada Ogos tahun lalu.

"Saya tahu apa yang sebenarnya berlaku kerana ketika kejadian saya sendiri berada di situ. Saya kenal dan tahu sejauh mana hubungan isteri saya dengan Roslin yang sudah saya anggap seperti adik sendiri," katanya selepas memberi keterangan dalam siasatan membabitkan Raja Azmi dan Roslin di Pejabat Hal-Ehwal Siasatan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sini, semalam.

Ini kali pertama Jalani meluahkan perasaannya kepada media selepas lapan bulan kes tuduhan khalwat membabitkan isterinya itu berlalu dan pelbagai tuduhan serta tohmahan dilemparkan terhadapnya.


"Saya kecewa dengan tohmahan yang dibuat. Masyarakat terus menghukum tanpa mengambil kira kebenaran. Mereka tidak sedar perbuatan itu membuatkan keluarga kami berada dalam keadaan aib, malah anak saya tertekan dan malu untuk ke sekolah," katanya.


Jalani turut menyifatkan dakwaan isterinya dan Roslin berkhalwat yang dibuat bekas isteri Roslin iaitu Norhayati Othman, 39, sebagai tidak logik atau diterima akal.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Disimbah air panas

Posted: 21 Apr 2011 01:23 PM PDT

BANTU SIASATAN...ibu mangsa dipercayai baru  beberapa bulan menjaga mangsa daripada ibu saudara mangsa.
BANTU SIASATAN...ibu mangsa dipercayai baru beberapa bulan menjaga mangsa daripada ibu saudara mangsa.

AMPANG: Seorang bayi lelaki berusia 19 bulan mati dalam keadaan menyedihkan dengan kesan lebam serta melecur di beberapa bahagian badan, dipercayai akibat disimbah air panas oleh teman lelaki ibunya di Taman Ampang Indah di sini, semalam.

Mangsa, Law Hong Jun dikatakan baru beberapa bulan berada di bawah jagaan ibunya yang berusia 24 tahun. Sebelum ini dia dijaga ibu saudaranya yang juga kakak kepada bapa mangsa.

Ibu saudara mangsa yang enggan dikenali berkata, dia diberitahu mengenai kematian Hong Jun selepas dimaklumkan ibu mangsa kira-kira jam 2 petang semalam.

"Saya tidak pasti apa sebenarnya berlaku tapi saya dimaklumkan pihak hospital anak saudara saya mati akibat didera. Ada kesan lebam dan melecur seperti disimbah air panas pada badannya.


"Saya tak tahu kenapa dia diperlakukan begitu kejam sedangkan dia masih kecil," katanya ketika ditemui di perkarangan Hospital Ampang di sini, semalam.


Wanita itu berkata, sejak dilahirkan mangsa berada di bawah jagaannya di Gombak selepas adiknya (bapa mangsa) dipenjarakan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan