Utusan Online - Timur |
Posted: Kejar kereta api ke sekolahOleh RAHANA MOHD DAHARI
KUALA KRAI 21 April - Rutin hariannya adalah menaiki Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) seawal pukul 6 pagi dari perhentian stesen Kampung Baru Bukit Abu atau lebih dikenali sebagai Slow Pak Long dekat sini. Walaupun terpaksa bangun seawal pukul 5 pagi untuk bersiap ke sekolah, Mohd. Shahrul Shariff, 13, anak sulung dari dua beradik tidak pernah mengeluh apatah lagi mengadu letih kepada kedua-dua orang tuanya kerana perasaannya begitu kuat untuk ke sekolah. "Saya mahu menjadi doktor dan membantu ibu bapa yang mengambil upah menoreh getah. "Bangun awal pagi ketika masih gelap kemudian berjalan kaki bersama kawan-kawan sekampung ke stesen bukan halangan untuk kami menimba ilmu," katanya ketika ditemui di perhentian stesen Dabong, dekat sini baru-baru ini. Pengalaman menaiki kereta api menuju ke sekolah yang memakan masa hampir satu jam dengan jarak 19 kilometer itu, berlanjutan selama tujuh tahun, sejak usia Mohd. Shahrul 6 tahun lagi. Bersekolah dalam Tingkatan Satu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dabong, Mohd. Shahrul tidak keseorangan kerana seramai 228 pelajar lagi menggunakan perkhidmatan tren dari perhentian Manek Urai ke Dabong setiap hari. "Saya sudah biasa bangun pukul 5 pagi untuk bersiap-siap dan bersarapan. Selalunya ibu hidang roti kemudian bergegas ke stesen kereta api yang tidak jauh dari rumah. "Lebih kurang pukul 6 pagi kereta api tiba. Selalunya saya terlelap dan kadang kala berbual-bual dengan kawan-kawan. Sampai di stesen Dabong, hari sudah cerah lebih kurang pukul 7 pagi," katanya. Mujurlah kedudukan sekolahnya yang hampir dengan stesen memudahkannya sampai sebelum loceng sesi persekolahan dibunyikan tepat pukul 7.30 pagi. Sebelum berhenti di perhentian Kampung Baru Bukit Abu, tren sama membawa pelajar lain dari perhentian Ulu Temiang yang jaraknya 23 kilometer dari Dabong.
Tren sama akan berhenti lagi di Bukit Abu pada jarak 11 kilometer dan perhentian seterusnya Kuala Geris, 9 kilometer di hadapan. Pengalaman sama turut dirasai seorang lagi pelajar, Syahirah Mat Hussein, 13, dari Kuala Geris yang menaiki kereta api pukul 6.30 pagi. Dia mengakui pada peringkat awal, dia agak keletihan kerana terpaksa bangun seawal pukul 5 pagi untuk mengejar tren bagi mengelak terlepas waktu persekolahan. "Mula-mula memang penat, sebab baru tahun ini saya naik tren kerana bersekolah menengah di Dabong. "Apabila dapat tempat duduk sahaja, saya sambung tidur tetapi sekarang tidak lagi. Bila jumpa kawan-kawan yang naik dari stesen lain, kami berborak-borak dan tidak sedar perjalanan sekejap sahaja," katanya. Berdasarkan kepada sambutan penggunaan pelajar terhadap perkhidmatan tren yang merupakan kenderaan murah, mudah, selamat dan efisien, KTMB melancarkan Tiket Konsesi Bulanan Pelajar 1Malaysia. Bertempat di stesen kereta api Dabong, perasmian majlis disempurnakan oleh Pengurus Besar Antara Bandar KTMB, Mohd. Zain Mat Taha. Turut dihadiri wakil Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kuala Krai, Abdullah Mohd. Zain, pelajar SMK Dabong dan guru-guru. Melalui kemudahan tersebut, KTMB menyediakan pakej istimewa yang lebih murah dan berpatutan bagi menggantikan penggunaan tiket bulanan dengan diskaun sehingga 35 peratus sebulan. Menurut Mohd. Zain, pelaksanaan tiket tersebut untuk mengurangkan beban ibu bapa yang kebanyakan tinggal di luar bandar dan berpendapatan rendah. "Secara purata pelajar hanya perlu membayar RM7 sebulan berbanding RM8 sebelum ini," katanya. Setakat ini, katanya, seramai 204 pelajar SMK Dabong membeli Tiket Konsesi 1Malaysia dan pihaknya mensasarkan jualan sebanyak 1,200 tiket berkenaan di seluruh negara terutama sekitar Kuala Krai, Kuala Lipis di Pahang dan Labis di Johor. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||||
Bukit Wan juara kampung bersih Posted: Bukit Wan juara kampung bersihOleh FAUZI MOHD Ahmad Said (lima dari kanan) dan Mazlan Ngah (enam dari kiri) bersama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Bukit Wan di Perumahan Awam Kos Rendah, Bukit Sawa, Maran, kelmarin. MARANG 21 April - Kampung Bukit Wan, Kuala Terengganu menjuarai Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Kampung peringkat negeri 2010 Kategori Kampung Luar Kawasan Operasi pihak berkuasa tempatan (PBT). Kemenangan itu membolehkan Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) itu menerima RM100,000 bagi menjalankan projek dan wang tunai RM10,000 di samping bakal berpeluang melawat Australia tahun depan. Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said menyempurnakan penyampaian hadiah yang berlangsung di Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) Bukit Sawa, Marang, petang semalam. Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mazlan Ngah; Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan Wanita negeri, Yahya Khatib Mohamad; Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Khazan Che Mat; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Limbat, Alias Abdullah dan ADUN Jabi, Ramlan Ali. Kampung Bukit Wan yang terletak di Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit sebelum itu turut diumumkan pemenang JKKK bagi kategori kebersihan persekitaran (jalan utama dan jalan kampung), kebersihan infrastruktur dalam kawasan dan keceriaan landskap. Pengerusi JKKK Bukit Wan, Chek Harun Ismail berkata, kejayaan itu hasil semangat kekitaan yang ditunjukkan oleh penduduk apabila mereka sepakat dalam usaha menjadikan kampung ini ceria dengan persekitaran indah dan bersih. "Setiap hujung minggu, kami turun padang menjalankan gotong-royong dan apa yang membanggakan, majoriti belia di kampung kami turut sama membantu dan memikul tanggungjawab bersama," katanya. Kampungnya itu pernah memenangi Anugerah JKKK Cemerlang Daerah Kuala Terengganu 2010, tempat ketiga Anugerah Desa Cemerlang peringkat negeri 2009 dan tempat ketiga Anugerah kebersihan dan Pengurusan Kubur Terbaik peringkat negeri 2010. Sementara itu, bagi kategori Kampung Dalam Kawasan Operasi, ia dimenangi PAKR Bukit Sawa, Marang diikuti tempat kedua, Kampung Guntong Luar, Setiu dan tempat ketiga, Kampung Medan Jaya, Marang. Tempat kedua dan ketiga bagi Kategori Kampung Luar Operasi pula menjadi milik Kampung Tok Dor, Hulu Terengganu dan Kampung Tanjung Baru, Hulu Terengganu. Johan berjaya membawa pulang RM100,000 (projek) dan wang tunai RM10,000, tempat kedua mendapat RM750,000 (projek) dan wang tunai RM7,500, manakala tempat ketiga memperoleh RM50,000 (projek) serta wang tunai RM5,000. Selain pemenang tempat pertama yang bakal mendapat penajaan kerajaan melawat Australia, pemenang tempat kedua dan ketiga pula masing-masing berpeluang ke Beijing dan Shanghai, China. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||||
TM hargai penangkap pencuri kabel Posted: TM hargai penangkap pencuri kabel
KOTA BHARU 21 April - Rasa tanggungjawab membanteras jenayah termasuk kecurian kabel milik Telekom Malaysia Berhad (TM) yang ditunjukkan oleh 80 penduduk di negeri ini, mendapat penghargaan syarikat telekomunikasi itu. TM dalam satu majlis kelmarin telah mengagihkan sagu hati berjumlah RM14,000 kepada mereka sebagai tanda penghargaan di atas sumbangan berkenaan. Pemberian sagu hati itu disampaikan oleh Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Mazlan Lazim di Sekolah Kebangsaan (SK) Mentera dekat sini dengan dihadiri Pengurus Besar TM, Ab. Rashid Che Othman. Seorang penerima, Zakaria Abdullah, 63, berkata, dia marah setiap kali mendengar jenayah kecurian termasuk kabel TM dan berasa bertanggungjawab untuk membanterasnya. Menurutnya, dia berjaya mematahkan cubaan tiga lelaki yang cuba mencuri kabel TM di Kampung Mentera dekat sini, kira-kira pukul 4 pagi, tiga minggu lalu yang mana penjenayah terbabit turut cuba bertindak ganas melanggarnya. "Saya terjaga dari tidur apabila terdengar bunyi di luar rumah. Saya segera keluar dan melihat ada seorang lelaki memanjat tiang telefon. "Saya mengendap dan melihat dua lagi rakannya menunggu berhampiran sebuah kereta. Mereka cuba lari selepas menyedari kehadiran saya tetapi saya sempat memecahkan cermin kereta mereka," katanya. Zakaria berkata, dia menyangka ketiga-tiga penjenayah itu sudah melarikan diri, sebaliknya mereka berpatah balik dan bertindak melanggarnya, tetapi berjaya dihalang oleh penduduk kampung menyebabkan kereta penjenayah terbabit terbabas ke dalam tali air berdekatan. "Kami berjaya menangkap ketiga-tiga mereka dan menyerahkan kepada polis," katanya. Seorang lagi penerima, Noor Akmar Awang, 43, dari Kampung Badak, Bachok berkata, dia juga amat marah dengan jenayah kecurian kabel TM yang semakin serius akhir-akhir ini kerana ia turut mendatangkan masalah kepada orang ramai. Jelasnya, dia berpakat dengan rakan-rakan untuk mengadakan intipan di kawasan yang sering berlaku kecurian di kampung mereka dan selepas tiga minggu, terserempak dengan pencuri terbabit. "Kami menangkap dan membawa pencuri berkenaan ke balai polis untuk tindakan lanjut," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Timur To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan