Harian Metro: BeritaUtama |
Posted: 18 Apr 2011 01:22 PM PDT MELAKA: Beberapa pengusaha pusat hiburan di negeri ini didapati bertindak melampau bagi menarik pengunjung di kalangan penuntut institut pengajian tinggi (IPT) apabila menyediakan program khusus untuk golongan itu dinamakan 'parti pakaian seragam kolej.' Ketua Ahli Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Mohd Yusof Hassan, yang mendedahkan perkara itu berkata tindakan itu terbukti selepas pihaknya menerima aduan berdasarkan kain rentang yang mempromosi aktiviti berkenaan. Mohd Yusof berkata, berdasarkan maklumat pada kain rentang berkenaan, penganjur menyediakan lebih 50 gadis seksi kepada pengunjung lelaki sebagai daya tarikan. "Malah, mereka juga turut menyediakan persembahan tarian seksi dan pertunjukan pentas oleh kumpulan muzik.
|
Posted: 18 Apr 2011 01:13 PM PDT KANGAR: Seorang petani hanya mampu melihat seorang remaja maut di depan mata apabila usahanya memberi amaran kepada sebuah kereta daripada melanggar mangsa yang tercampak ke tengah jalan gagal, malam kelmarin. Mangsa, Hassan Basri Osman, 19, maut di tempat kejadian apabila dilanggar dua kenderaan selepas motosikal dinaiki bersama rakannya bertembung dengan sebuah kereta di Jalan Datuk Ali, berhampiran Kampung Tok Kuning, dekat sini, kira-kira jam 8 malam. Rakannya, Rosli Jabar, 18, pula berjaya diselamatkan daripada lemas selepas terperosok bersama motosikal ke dalam parit yang berair. Kedua-dua remaja terbabit berasal dari Kuala Perlis. Petani, Abdul Rahim Ayob, 54, berkata dia cuba menahan sebuah kereta dari arah Kangar ke Kuala Perlis dengan melambai-lambai cahaya telefon bimbit untuk menghalangnya daripada melanggar remaja yang ketika itu dalam keadaan parah selepas dilanggar kenderaan pertama tetapi gagal.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan