Jumaat, 22 April 2011

Berita Harian: Wilayah

Berita Harian: Wilayah


Awas babi hutan!

Posted: 21 Apr 2011 06:17 PM PDT

Wilayah

Imej Pantai Penyabong dicemari haiwan liar, ternakan lembu

ENDAU: Pantai Penyabong adalah antara destinasi percutian yang terkenal di Mersing, yang sering menjadi tumpuan orang ramai untuk beriadah bersama keluarga serta rakan pada hujung minggu dan cuti umum.

Namun, orang ramai yang menggunakan jalan raya untuk pergi ke pantai berkenaan perlu berhati-hati serta tidak memandu laju kerana bahaya yang boleh menimpa mereka secara tiba-tiba. Selain ternakan milik penduduk yang berkeliaran di kebanyakan lokasi sepanjang laluan berkenaan, kumpulan babi hutan juga sering melintas secara mengejut tanpa mengira waktu yang boleh mengundang kejadian tidak diingini, jika pemandu tidak berhati-hati.

Pengunjung dari Batu Pahat, Sayuti Saliman, 42, berkata selain terpaksa mengelak najis lembu yang bertaburan atas jalan raya di laluan ke pantai berkenaan, pemandu juga perlu berhati-hati kerana babi hutan dan lembu sering melintas.

Beliau yang sudah beberapa kali mengunjungi Pantai Penyabong, mengakui keindahan dan kemudahan chalet yang disediakan di kawasan itu memang menarik dan sesuai untuk dijadikan destinasi rekreasi bersama keluarga.

"Saya suka ke sini, cuma perjalanan untuk sampai di sini agak terganggu akibat sikap tidak bertanggungjawab penternak yang membiarkan lembu berkeliaran dan tidur atas jalan raya, selain meninggalkan najisnya yang mengotorkan kenderaan.
"Pernah sekali, ketika mengelak daripada terlanggar sekumpulan lembu, tiba-tiba babi hutan pula muncul secara tiba-tiba keluar dari belukar berhampiran, nasib baik tidak berlaku kemalangan," katanya.

Tinjauan Edisi Johor ke pantai itu baru-baru ini mendapati masalah berkenaan lebih ketara pada waktu petang dan kelibat sekumpulan babi hutan melintas tanpa menghiraukan kenderaan turut sempat dirakamkan.

Difahamkan beberapa kemalangan membabitkan penunggang motosikal dengan babi hutan berlaku di kawasan itu, selain kereta penduduk dan pengunjung dari luar juga pernah terbabit dalam kemalangan, namun setakat ini tiada membabitkan kehilangan nyawa.

Justeru itu, bagi menjaga imej Pantai Penyabong serta mengurangkan risiko kemalangan, penduduk dan pengunjung berharap pemilik haiwan terutama lembu, mengurung ternakan mereka khususnya pada waktu malam.

Pemilik kebun di kawasan berkenaan juga perlu sentiasa membersihkan semak-samun bagi mengurangkannya menjadi habitat babi hutan.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Jimat 1 jam 15 minit

Posted: 21 Apr 2011 06:14 PM PDT

Wilayah

LATAR Expressway mempunyai akses keluar ke Lebuh Raya Guthrie, Lebuh Raya Utara-Selatan dan Lebuh Raya Pantai Dalam.

LATAR Expressway mempunyai akses keluar ke Lebuh Raya Guthrie, Lebuh Raya Utara-Selatan dan Lebuh Raya Pantai Dalam.

Perjalanan dari Kuala Selangor ke KL cuma 45 minit menerusi LATAR Expressway

KUALA LUMPUR: Beribu-ribu pengguna dari Kuala Selangor yang setiap hari terpaksa menempuh perjalanan selama dua jam untuk ke ibu kota, pasti lega sebaik saja Lebuh Raya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR Expressway) dibuka tidak lama lagi.

Ini berikutan lebuh raya sepanjang 33 kilometer (km) itu menjimatkan masa perjalanan mereka daripada dua jam kepada 45 minit bagi perjalanan kedua-dua hala. Selain menjimatkan masa perjalanan, LATAR Expressway yang menghubungkan Kuala Lumpur-Kuala Selangor melalui utara Templer Park ke Ijok itu juga mempunyai akses keluar ke tiga lebuh raya lain, iaitu Lebuh Raya Guthrie, Lebuh Raya Utara-Selatan dan Lebuh Raya Pantai Dalam.

Menurut kenyataan pemegang konsesi LATAR Expressway, Kuala Lumpur-Kuala Selangor Expressway Berhad (KLSEB) yang dikeluarkan di sini, semalam, lebuh raya itu juga bakal menjadi laluan alternatif Jalan Sungai Buloh-Kuala Selangor.

LATAR Expressway turut merentasi beberapa kawasan penempatan penduduk seperti Templer Park, Kuang, Kundang, Bandar Tasik Puteri, Puncak Alam, Kota Puteri dan Ijok.

Katanya, ia juga mempunyai empat susur keluar menerusi empat plaza tol, iaitu Plaza Tol Templer, Kuang, Puncak Alam dan Ijok di bahagian kiri kanannya bagi mempercepatkan perjalanan pengguna.
"Pengguna lebuh raya berkenaan juga akan menikmati pelbagai kemudahan disediakan terutama bagi penunggang motosikal kerana ada kawasan Rehat dan Rawat (R&R) di dua bahagian lebuh raya itu bagi mereka yang ingin berehat sekiranya letih," kata kenyataan itu.

Katanya, apa yang pasti, LATAR Expressway menjimatkan masa perjalanan daripada dua jam kepada kira-kira 45 minit bagi perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuala Selangor.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan