Rabu, 13 April 2011

Berita Harian: Wilayah

Berita Harian: Wilayah


Johor: Langgar syarat parol

Posted: 12 Apr 2011 12:49 PM PDT

Wilayah

SEORANG  bekas tahanan penjara yang  mengikuti program parol  menjalankan kerja di ladang ternakan lembu.

SEORANG bekas tahanan penjara yang mengikuti program parol menjalankan kerja di ladang ternakan lembu.

3 peratus terpaksa kembali jalani baki hukuman dalam penjara

KLUANG: Peluang kembali ke pangkuan masyarakat lebih awal menerusi pelaksanaan sistem parol masih gagal dimanfaatkan kira-kira tiga peratus banduan yang dipilih menyertai program terbabit di seluruh negeri ini sejak 2008, apabila mereka dikesan melanggar syarat yang ditetapkan.

Kegagalan mematuhi syarat parol menyebabkan banduan terbabit terpaksa kembali menjalani baki hukuman dalam penjara, berbanding status sebagai Orang Diparol (ODP) yang membolehkan mereka hidup di kalangan masyarakat sambil melakukan pelbagai pekerjaan halal yang sesuai bagi menyara kehidupan. Sejak dilaksanakan mulai 2008, seramai 289 banduan dipilih sebagai ODP, tetapi kira-kira tiga peratus daripada mereka dikesan melanggar syarat parol seperti kegagalan ujian kencing kerana kembali terbabit dengan penyalahgunaan dadah serta mematuhi arahan berada dalam rumah mengikut masa yang ditetapkan.

Pengarah Parol Johor di Jabatan Penjara Malaysia, Raha Jawahir, berkata berdasarkan jumlah kecil banduan yang gagal mematuhi syarat parol ditetapkan, secara umumnya Johor adalah antara negeri yang berjaya dalam melaksanakan program itu.

"Setakat ini, 249 ODP berjaya menjalani tempoh parol seperti ditetapkan Lembaga Parol. Ketika ini, ada 21 ODP sedang menjalani program terbabit di seluruh negeri di bawah pemantauan lima Pejabat Parol Daerah.

"Secara umumnya, seramai 12 banduan menamatkan parol pada 2008, meningkat kepada 79 pada 2009 dan 146 orang pada tahun lalu. Sehingga 29 Mac tahun ini, seramai 12 orang ODP bebas sepenuhnya," katanya dalam pertemuan dengan Berita Harian di sini, semalam. Turut hadir Timbalannya, Murad Daud.
Parol antara lain bermaksud pelepasan seseorang banduan untuk menjalani sebahagian daripada hukuman yang dijatuhi terhadapnya di luar penjara mengikut tempoh yang ditetapkan oleh Lembaga Parol yang terdiri daripada sekumpulan pegawai yang dilantik Yang Di Pertuan Agong.

Raha berkata, antara syarat banduan yang layak dipertimbangkan menjalani parol adalah mereka yang dijatuhi hukuman lebih daripada setahun dan sudah menjalani sekurang-kurangnya separuh daripada hukuman di penjara melalui fasa pemulihan.

"Contohnya, banduan yang jika dikenakan hukuman penjara tiga tahun, layak menjalani perintah parol selama enam bulan sekiranya sudah memenuhi syarat ditetapkan," katanya.

Raha berkata, pesalah kes jenayah berat seperti bunuh, rogol, culik, pengedaran dadah serta tahanan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri tidak layak mendapat peluang menyertai sistem parol yang dilaksanakan itu.

Beliau berkata, penyeliaan dan pemantauan ODP dilakukan Pegawai Parol Daerah yang berkaitan menerusi panggilan telefon, lawatan ke rumah dan tempat kerja secara mengejut pada bila-bila masa termasuk pada waktu malam.

"Malah, ODP juga boleh diarah menjalani ujian kencing terutama bagi pesalah dadah serta menjalani program pemulihan lanjutan yang ditetapkan selain dirujuk kepada agensi berkaitan seperti Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Agama serta lain-lain agensi," katanya.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sentral: Sita motosikal

Posted: 12 Apr 2011 12:47 PM PDT

Wilayah

PENGUAT KUASA DBKL menyita motosikal dalam operasi di PPR Taman Muhibah, Puchong.

PENGUAT KUASA DBKL menyita motosikal dalam operasi di PPR Taman Muhibah, Puchong.

Pemilik degil guna lif bawa kenderaan ke tingkat atas

PUCHONG: Tujuh pemilik motosikal di Blok A, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Muhibbah di sini, yang sering membawa kenderaan masing-masing ke tingkat atas menggunakan lif, terkejut apabila motosikal mereka disita Jabatan Pengurusan Perumahan (JPP) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), malam kelmarin.

Penolong Pengarah JPP, Kamal Idham Ibrahim, berkata operasi membabitkan 40 anggota penguat kuasa termasuk dari Jabatan Keselamatan dan Penguatkuasaan (JKP) DBKL selama dua jam mulai jam 12 tengah malam itu, dilakukan selepas beberapa notis dikeluarkan kepada pemilik motosikal supaya tidak membawa kenderaan masing-masing ke tingkat atas. Penolong Pengarah JPP, Kamal Idham Ibrahim, berkata tindakan sita itu untuk memindahkan halangan selaras dengan peruntukan mengikut Seksyen 46, Akta Jalan, Parit dan Bangunan (1974).

"Operasi itu juga dijalankan selepas menerima aduan penduduk mengenai kerosakan lif disebabkan kedegilan pemilik motosikal membawa kenderaan masing-masing menggunakan kemudahan itu ke tingkat atas," katanya yang mengetuai operasi itu, malam kelmarin.

Kamal Idham berkata, motosikal yang disita akan dihantar ke Depoh Tunda Jinjang dan pemilik dikenakan bayaran kompaun RM155 merangkumi bayaran notis, upah simpan sehari dan upah tunda.

"Pemilik yang menuntut semula kenderaan harus membawa geran atau dokumen insurans.
"DBKL juga dalam perancangan mengadakan operasi ini secara berperingkat bagi mengatasi masalah yang berlaku berikutan sikap tidak prihatin penduduk.

"Kami juga akan terus memantau PPR lain yang turut menghadapi masalah sama dan tindakan bakal diambil dalam masa terdekat ini," katanya.

Beliau berkata, DBKL memandang serius kedegilan pemilik motosikal yang membawa kenderaan masing-masing menggunakan lif sehingga kemudahan itu sering rosak kerana terlebih bebanan.

"Apabila lif rosak, banyak aduan kita terima, sama ada melalui borang aduan atau laman facebook Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar.
"Masalah ini juga akan menyukarkan orang kurang upaya (OKU) dan warga tua," katanya.

Sementara itu, Ketua Inspektor JKP, Julia Thamby, berkata pemilik motosikal yang disita boleh mendapatkan maklumat berkenaan kenderaan mereka melalui Pejabat Kecil Perumahan di PPR itu atau dengan menghubungi talian 24 jam JKP 03-40267222.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan