Berita Harian: Nasional |
BN tiada masalah bentuk kerajaan Posted: 15 Apr 2011 02:15 PM PDT Nasional DATUK Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, malam tadi menghadiri majlis sambutan tahun baru masyarakat India di Pusat Pameran dan Konvensyen Antarabangsa Malaysia, Seri Kembangan. Pada majlis dihadiri Presiden MIC, Datuk G Palanivel dan lebih 12,000 masyarakat India itu, Perdana Menteri mengingatkan rakyat berhati-hati dengan cubaan pihak tertentu yang ingin menjadi wira dengan menggunakan sentimen perkauman dalam menyelesaikan masalah. - Foto Abdullah Yusof KUCHING: Barisan Nasional (BN) dijangka dapat membentuk semula kerajaan negeri menjelang tengah malam ini, apabila sebahagian besar keputusan Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-10 diketahui. Malah BN dijangka tidak menghadapi masalah rumit mengulangi kemenangan dua pertiga, walaupun besar kemungkinan ia kehilangan lebih banyak kerusi berbanding sembilan daripada 71 kerusi yang dipertandingkan pada pilihan raya 2006. Selepas 10 hari berkempen dan dihidangkan dengan pelbagai ikrar dan janji, kecenderungan pengundi terutama di kawasan majoriti Bumiputera dilihat masih memihak kepada BN, atas sebab BN sudah memberi banyak sumbangan dalam meningkatkan sosioekonomi penduduk di negeri ini.Populariti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang banyak membantu sepanjang kempen pilihan raya ini, bagaimanapun dijangka membolehkan BN tidak kehilangan semua kerusi majoriti pengundi Cina, di sebalik kempen agresif pembangkang yang memainkan isu agama dan perkauman. Malah, keyakinan pada pihak BN semakin meningkat pada beberapa hari terakhir kempen dengan kehadiran Najib dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang melawat ke serata tempat. Mengakhiri lawatannya ke kawasan penempatan masyarakat Iban di pekan Kapit dan Song di Hulu Rajang semalam Najib menyampaikan amanat terakhir kepada rakyat Sarawak sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Penduduk diminta realistik pilih ketua pemimpin Posted: 15 Apr 2011 02:14 PM PDT Nasional KAPIT: Datuk Seri Najib Razak mahu rakyat Sarawak memilih secara realistik dan tidak bersandarkan kepada slogan, isu atau sentimen dibangkitkan pihak pembangkang kerana pilihan raya negeri adalah penting dalam menentukan nasib dan masa depan rakyat di negeri ini.Perdana Menteri berkata, dalam konteks ini, rakyat Sarawak seharusnya memilih Barisan Nasional (BN) iaitu pihak yang boleh 'melaksanakan' pembaharuan dan pembangunan selain menunaikan apa yang dijanjikan. Pemilihan BN juga penting bagi memastikan kerjasama rapat antara kerajaan negeri dan Kerajaan Pusat dapat diteruskan demi kepentingan rakyat. "Masa depan negeri adalah berkisar kepada siapa yang boleh dan mampu membuat sesuatu yang boleh membawa peningkatan bukan saja pembangunan malah cara hidup, (meningkatkan) kualiti hidup, keharmonian dan masa depan lebih terjamin. "Bukan soal sentimen, bukan soal isu dibangkitkan. Ia (pilihan raya negeri) tak wajar lihat soal isu atau persoalan retorik saja, tapi berpijak di bumi nyata, yakni kita nak sebuah kerajaan yang mampu melakukan dan melaksanakan pembaharuan di negeri Sarawak," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Terminal Penumpang Kapit dan membuat tinjauan mesra selama hampir sejam di sekitar bandar ini bermula jam 10.30 pagi semalam.Perdana Menteri berkata demikian ketika ditanya mengenai harapannya kepada lebih 970,000 rakyat Sarawak yang akan mengundi dan memilih wakil rakyat di 71 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, hari ini. Najib berkata, berdasarkan tinjauan selama beberapa hari di Sarawak, beliau mendapati sokongan pengundi memihak kepada BN. Ditanya mengenai sentimen pengundi bandar yang cenderung kepada pihak lawan, Najib berkata, pembangkang sebenarnya bukanlah alternatif pilihan yang baik kepada pengundi.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Nasional To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan