Berita Harian: Mutakhir |
10,000 rakyat Libya lari ke Tunisia Posted: 19 Apr 2011 03:16 AM PDT Mutakhir GENEVA: Kira-kira 10,000 rakyat Libya dari kawasan pergunungan barat negara itu memasuki Tunisia dalam tempoh 10 hari lalu, kata Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Orang Pelarian (UNHCR), hari ini."UNHCR melihat peningkatan angkat pelarian Libya tiba di Tunisia dari wilayah pergunungan barat negara berkenaan," kata jurucakap UNHCR, Andrej Mahecic. "Seminggu berlaku, kira-kira 6,000 rakyat Libya tiba di kawasan Dehiba, selatan Tunisia. Secara keseluruhan, kita anggarkan kira-kira 10,000 warga Libya menyeberangi kawasan itu dalam tempoh 10 hari," katanya. Kebanyakan daripada pelarian itu datang dari bandar Nalut, kira-kira 50 kilometer dari sempadan Tunisia. - AFPFull Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Sultan Perak seru rakyat utamakan perpaduan, amalkan politik sederhana Posted: 19 Apr 2011 02:59 AM PDT Mutakhir KUALA KANGSAR: Sultan Perak, Sultan Azlan Shah hari ini menyeru rakyat supaya mengamalkan budaya politik yang berteraskan kesederhanaan dan mengutamakan perpaduan demi menjamin serta mempertahankan sistem kerajaan berasaskan amalan demokrasi.Titah baginda, rakyat harus mengelak daripada menjadikan isu sensitif yang menyentuh kaum dan agama sebagai modal politik untuk mendapat pengaruh. "Tidak akan berlaku stabiliti politik tanpa perpaduan warga. Tidak akan dapat disuburkan ekonomi negara tanpa stabiliti politik. Banyak negara berakhir dengan anarki, pertumpahan darah, pembunuhan dan kemusnahan apabila isu kaum dan agama dipilih untuk disensasikan," titah baginda. Sultan Azlan bertitah demikian pada istiadat menghadap sembah setia dan penganugerahan darjah kebesaran negeri Perak sempena sambutan ulang tahun ke-83 keputeraan baginda di Istana Iskandariah di sini.Baginda juga menasihatkan rakyat supaya mencari jalan penyelesaian yang membawa situasi ''menang-menang'' kepada semua pihak supaya tidak timbul pertelingkahan berterusan. Titah Sultan Azlan, semua pihak juga wajib menerima realiti asas bahawa negara ini didiami pelbagai kaum dan agama sebaik sahaja mencapai kemerdekaan. Oleh yang demikian, setiap pihak harus menerima hakikat bahawa antara warga memang ada kelainan, tetapi dalam kelainan terbabit terkandung kesamaan yang mana ia adalah aset negara yang perlu terus dipupuk untuk membina kemakmuran, manakala elemen kelainan yang bersifat liabiliti tidak harus digembar-gemburkan, titah baginda.
Selain itu titah Sultan Azlan, isu menyentuh sensitiviti kaum dan agama adalah kompleks yang tidak dapat diselesaikan melalui saluran perundangan atau melalui penghakiman mahkamah semata-mata. "Keputusan mahkamah tidak memberi erti jika keputusan tersebut tidak diterima secara objektif, lebih mudarat lagi jika ditafsirkan dengan emosi. Kebebasan dan integriti mahkamah akan menjadi subjek pertikaian apabila emosi mempengaruhi asas penilaian," titah baginda. Sultan Perak turut bertitah isu berkaitan sensitiviti kaum dan agama perlu ditangani secara bijaksana serta berhikmah iaitu melalui perbincangan, agar persefahaman pada kalangan warga dapat dipertingkatkan. Pada istiadat hari ini baginda berkenan mengurniakan darjah dan bintang kebesaran kepada 65 penerima dengan didahului oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir. - BERNAMA Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan