Utusan Online - Utara |
- Penjaja haram bermaharajalela
- Jamin Program SPKR diterus
- Calon SPM rayu bantuan RM3,000 bedah jantung
Posted: Penjaja haram bermaharajalelaOleh Malinda Abdul Malik
PULAU PINANG 18 April - Kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan. Itulah luahan peniaga pasar basah Chowrasta di sini, ekoran tiada tindakan penguatkuasaan tegas diambil terhadap penjaja haram di situ yang semakin berleluasa. Aktiviti penjaja haram di sekitar kawasan itu juga menimbulkan keadaan tidak selesa kepada orang ramai kerana sering menggunakan petak letak kereta sebagai tempat berniaga sehingga mengakibatkan kesesakan lalu lintas. Seorang peniaga yang hanya mahu dikenali sebagai Tan berkata, adalah tidak adil jika penjaja haram dibenarkan terus beroperasi di situ. Ini kerana, jelasnya, setiap peniaga sepertinya bukan sahaja membayar sewa RM70 bagi setiap meja, malah dikenakan cukai dan caj air serta elektrik. "Bagi penjaja haram, mereka tidak perlu membayar sesen pun. "Paling mengecewakan kami adalah apabila kawasan ini ada papan tanda larangan berniaga," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini. Menurut Tan, mereka pernah mengadu kepada kerajaan DAP Pulau Pinang namun, masalah tersebut terus berlarutan. Katanya, sehingga kini tiada tindakan penguatkuasaan tegas diambil, seolah-olah Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) hanya memejamkan mata. "Ada juga anggota MPPP datang mengenakan kompaun, tapi hanya sekali dalam tiga bulan," ujarnya. Seorang lagi peniaga, Husin Jakir, 50, memberitahu, keadaan tersebut menyebabkan dia mengalami kerugian kerana orang ramai lebih suka membeli daripada peniaga haram di luar pasar. Ini kerana pembeli boleh memperoleh barangan dengan harga lebih murah dan tidak perlu bersusah-payah masuk ke dalam pasar. Selain itu, gerai-gerai haram berkenaan yang didirikan di atas petak letak kereta turut menyukarkan pengguna untuk meletakkan kenderaan masing-masing. "Kalau ada kebakaran atau kejadian buruk lain pula, memang sukar bagi pihak berkuasa melalui kawasan ini untuk memberi bantuan kecemasan," jelasnya. Sehubungan itu, beliau berharap, MPPP dapat memainkan peranan mengambil tindakan segera supaya masalah yang timbul daripada penjaja haram tersebut seperti kekotoran, kesesakan lalu lintas dan keselamatan orang ramai dapat diatasi. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||
Posted: Jamin Program SPKR diterusOleh ABDUL MUIN SAPIDIN KEPALA BATAS 18 April - Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) memberi jaminan Skim Pembangunan Kemajuan Rakyat (SPKR) yang dilaksanakan sejak 1990-an akan diteruskan bagi meningkatkan kualiti hidup golongan memerlukan terutamanya di kawasan luar bandar. Pengerusi Perda, Datuk Azhar Ibrahim berkata, walaupun peruntukan kepada agensi itu berkurangan berbanding tahun lalu, segala program berorientasikan pembangunan rakyat berpendapatan rendah tetap diteruskan. Menurut beliau, Perda tidak pernah melepaskan tanggungjawab untuk mengkaji serta melaksanakan pelbagai bentuk program melalui SPKR untuk membantu golongan miskin melibatkan diri dalam kegiatan ekonomi. ''Kita akui peruntukan tahun ini agak berkurangan kerana kita sedang menumpukan kepada usaha menaik taraf program serta prasarana pusat pembangunan Perda Hi-Tech. ''Tetapi ini tidak bermakna program SPKR akan dihentikan sebaliknya Perda akan memanfaatkan peruntukan dalaman untuk meneruskan program ini kerana masih ada golongan miskin yang memerlukan pembelaan dan kita akan bantu," katanya. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penaga berkata demikian selepas menyampaikan dividen Projek Veggie Park kepada 100 golongan miskin sekitar daerah Seberang Perai Utara (SPU) di Mukim Tok Alang di sini hari ini. Azhar memberitahu, sejak diperkenalkan, SPKR dan PEK telah banyak memberi manfaat kepada penduduk berpendapatan rendah di negeri ini termasuk golongan usahawan kecil untuk mengembangkan perniagaan. Menurut beliau, antara program yang dilaksanakan melalui SPKR adalah dengan menyalurkan bantuan berupa mesin yang boleh digunakan oleh penerima bantuan untuk memulakan perniagaan masing-masing. Melalui program itu, katanya, para peserta bukan sahaja dibantu dari segi kewangan tetapi dibekalkan peralatan supaya mereka lebih berdikari untuk meningkatkan potensi perniagaan. ''Hasil kerjasama dengan agensi-agensi lain, sudah ramai golongan miskin berjaya membina perniagaan dan membawa produk mereka ke pasaran yang lebih luas dan bagi Perda, ini adalah kejayaan yang sangat bermakna," jelasnya. Bagi PEK pula katanya, Perda bekerjasama dengan pemimpin masyarakat bagi mengenal pasti golongan miskin yang boleh dibantu melalui bantuan peralatan serta kemudahan perniagaan. Katanya, bantuan ekonomi yang diberikan akan membolehkan golongan sasar menyertai atau menjalankan projek-projek peningkatan pendapatan dalam berbagai sektor. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||
Calon SPM rayu bantuan RM3,000 bedah jantung Posted: Calon SPM rayu bantuan RM3,000 bedah jantung
ALOR SETAR 18 April - Seorang pelajar tingkatan lima dari Kampung Madrasah di Kuala Kedah di sini merayu bantuan orang ramai untuk membiayai pembedahan jantung di Institut Jantung Negara (IJN) pada Mei ini. Pelajar terbabit, Siti Nor Haleeda Abdul Razak, 17, yang menderita saluran jantung tersumbat sejak 2001 memerlukan wang sebanyak RM3,000 untuk pembedahan tersebut. Bapanya, Abdul Razak Awang Kechik, 54, yang bekerja sebagai nelayan memberitahu, dia tidak mampu menyediakan wang sebanyak itu kerana pendapatannya tidak seberapa. Apatah lagi, dia terpaksa menanggung tujuh anak termasuk empat daripada mereka masih bersekolah dan menuntut di institusi pengajian tinggi (IPT). "Kos yang dikenakan oleh IJN adalah RM45,000 tetapi setelah diberi subsidi anak saya hanya perlu membuat pembayaran sebanyak RM3,000. "Tetapi bagi nelayan seperti saya, jumlah ini sangat tinggi," katanya ketika ditemui di sini hari ini. Katanya, Siti Nor Haleeda, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pantai, Kuala Kedah sering pengsan ekoran masalah kesihatan itu dan dia perlu ke IJN semula pada 30 Mei ini bagi pembedahan tersebut. Siti Nor Haleeda yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini berkata, dia berharap untuk menjalani kehidupan seperti remaja biasa yang sihat. "Saya cuma berharap untuk dapat belajar dan berjaya dalam pelajaran seterusnya berpeluang membantu keluarga," katanya. Orang ramai yang ingin membantu pelajar ini boleh menyalurkan bantuan melalui akaun Agro Bank 1-00-5071-00004003-3 milik Abdul Razak Awang Kechik atau menelefonnya di talian 013-5374395. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Utara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan