Jumaat, 8 April 2011

Berita Harian: Mutakhir

Berita Harian: Mutakhir


Jemaah haji, umrah perlu beli skim takaful

Posted: 08 Apr 2011 03:10 AM PDT

Mutakhir

KUALA LUMPUR: Umat Islam perlu membeli skim takaful haji dan umrah daripada Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) sebelum menunaikan ibadat itu.

Presiden MATTA, Datuk Mohd Khalid Harun, berkata skim itu diwajibkan bagi melindungi keselamatan dan harta benda mereka semasa menunaikan ibadat itu.

"Malah keperluan sedemikian bagi perlindungan inklusif adalah penting apabila berlaku kejadian yang tidak diingini dan apabila mereka memerlukan rawatan perubatan dan bantuan lain semasa berada di seberang laut. "Pelan ini dapat membantu bagi menyediakan perlindungan kepada mereka. Kami mahu umat Islam berasa tenang semasa berada di luar negara," katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara MATTA dan Hong Leong Takio Marine Takaful Bhd (HLTM Takaful) di sini, hari ini.

MATTA diwakili Mohd Khalid manakala HLTM Takaful diwakili Pengurus Besar bagi Pengurusan salurannya Abdul Khalid Salleh.

Harga skim itu bermula dengan kadar paling rendah RM40 dan disediakan di bawah tiga pelan berasingan iaitu pelan asas skim takaful kemalangan individu haji dan umrah MATTA, Pelan Premium dan pelan premium tambahan.

Ia menyediakan pemindahan perubatan kecemasan, penghantaran balik jenazah, perlindungan perbelanjaan perubatan, elaun pengebumian dan "Badal Haji" (mengerjakan haji bagi pihak orang yang telah meninggal dunia dan individu yang cacat kekal).
Abdul Khalid berkata, skim itu memenuhi syarat yang ditetapkan Kementerian Pelancongan mengikut Seksyen 6(1A) Akta Industri Pelancongan 1992. - BERNAMA

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

APMM tahan 4 nelayan Indonesia

Posted: 08 Apr 2011 02:48 AM PDT

Mutakhir

GEORGETOWN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan empat nelayan Indonesia ketika mereka leka menangkap ikan berhampiran Pulau Kendi awal hari ini.

Ketua Penguatkuasaan Daerah Maritim 2 Pulau Pinang, Komander Maritim Robert Teh Geok Chuan, berkata semua mereka yang berusia antara 16 dan 19 tahun itu ditahan kira-kira 3 pagi.

"Hasil pemeriksaan mendapati bot tersebut datang dari Belawan, Indonesia dan semua tekong dan awak-awak itu tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah," katanya dalam satu kenyataan disini. Katanya, mereka ditangkap mengikut Akta Perikanan 1985 kerana memasuki perairan negara Malaysia untuk menangkap ikan secara tidak sah.

Selain itu, kumpulan nelayan terbabit juga didapati melanggar Akta Imigresen 1959 kerana tidak mempunyai dokumen pengenalan diri dan perjalanan yang sah. - BERNAMA


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan