Berita Harian: MukaDepan |
Posted: 21 Apr 2011 03:40 PM PDT MukaDepan Polis sahkan kes kematian pegawai kanan kastam di bangunan SPRM tiada unsur jenayahKUALA LUMPUR: Misteri kematian Penolong Pengarah Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Selangor, Ahmad Sarbani Mohamed, 56, di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jalan Cochrane, pada 6 April lalu terjawab selepas polis mengesahkan kes itu tiada unsur jenayah. Berikutan itu, polis mengklasifikasikan kes itu sebagai kematian mengejut berdasarkan siasatan dan hasil ujian makmal yang dilakukan polis, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) dan Jabatan Kimia. Keputusan itu diperoleh selepas Pasukan Khas diketuai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah yang ditubuhkan sejurus kejadian berlaku, melengkapkan kertas siasatan untuk dihantar ke Pejabat Peguam Negara minggu depan.Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zulkifli Abdullah, berkata hasil siasatan membuktikan tiada sebarang unsur jenayah dalam kematian Ahmad Sarbani dan keputusan itu dijangka mampu membantu Pejabat Peguam Negara membuat keputusan atau menubuhkan suruhanjaya khas jika keadaan memerlukan. Zulkifli berkata, hasil laporan makmal menunjukkan Sarbani maut kerana kecederaan serius pada kepala selepas terjatuh dari tempat tinggi. "Selepas menjalankan siasatan secara mendalam, kami membuat kesimpulan mengklasifikasikan kes ini sebagai kematian mengejut. Saya berpuas hati dengan kertas siasatan yang dilakukan itu dan tidak perlulah saya mengulas lanjut kerana yakin semua pihak akan faham berhubung kes ini," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Kor Kadet Polis ke-41 di Astaka, Titiwangsa, di sini semalam. Zulkifli berkata, pasukan penyiasat khas itu juga sudah mengenal pasti punca serta bagaimana kejadian itu berlaku bagi menghentikan pelbagai spekulasi yang timbul berhubung kematian pegawai kanan cawangan import eksport itu. Mengulas tindakan lakonan semula kejadian itu, Zulkifli berkata, ia dilakukan bagi membantu polis mencari jawapan bagaimana mangsa terjatuh dari tingkat 3, bilik pantry bangunan SPRM itu. Sepanjang siasatan dijalankan juga, pasukan khas (PDRM) juga sudah memanggil 48 individu termasuk pegawai SPRM dan keluarga mangsa untuk dirakam percakapan. Terdahulu pada majlis yang turut dihadiri Pengarah Jabatan Pelajaran Kuala Lumpur Mohd Adenan Deraman, Zulkifli berkata, kor kadet polis menjadi pemangkin kepada remaja untuk tidak membabitkan diri dalam salah laku pelajar, masalah disiplin dan jenayah ketika meningkat dewasa. "Kalau hendak kekalkan disiplin remaja, pembabitan diri dalam kor kadet polis dan unit beruniform lain dapat membantu mereka membentuk sahsiah diri yang baik. Jadi ketika dewasa mereka tidak terjebak kepada masalah sosial," katanya. Beliau berkata, statistik jenayah indeks turun 10 peratus bagi tahun ini berbanding tahun lalu dan jenayah jalanan pula turun 21 peratus bagi tempoh yang sama. Sementara itu, Mohd Adenan berkata, cabaran bagi pelajar di kawasan bandaraya sangat tinggi dari segi pembentukan sahsiah diri dan disiplin. Pembabitan dalam aktiviti kokurikulum dapat mendidik mereka menjadi pelajar berdisiplin. Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komenRez Apa jadi dengan cctv kat situ? Kenapa hasil siasatan rakaman cctv? tak disclose ke? zohainin dicadangkan agar pejabat penyiasat SPRM ditempatkan di tingkat paling bawah atau ketinggian bangunan melibatkan SPRM tidak melebihi 2 tingkat USOP . ajal maut adalah ketentuan tuhan tapi kenapa pula bila dipejabat SPRM tiba-tiba arwah meninggal. semoga arwah tergolong dalam golongan orang beriman....Amin Ala Hadrame Allah Maha Mengetahui.... member SPRM harus mengambil inisiatif untuk mempertingkatkan tahap keselamatan bangunanya disetiap cawangan milik SPRM jika tidak mahu kejadian kali 3 berulang adibah mazlan alhamdulilalh kes dah pun selesai.. harap isu ini tidak di bangkitkan lagi.. doakan ketenangan awrah di sana.. azizam ismail dah selesai kerja PDRM. Tak puashati cabar lah mengikut undang2. Tapi diklasifikasi mati mengejut. Nak dengar komen Peguam Negara Yangretibase Ah! Alangkah senangnya membuat keputusan! Boleh dipercayai ke? Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Posted: 21 Apr 2011 03:39 PM PDT MukaDepan KUALA LUMPUR: Penyanyi remaja sensasi, Justin Bieber, membuktikan artis antarabangsa paling popular di negara ini, apabila konsert sulungnya, My World Tour, yang berlangsung di Stadium Merdeka, di sini malam tadi berjaya menarik kehadiran 17,000 penonton.Malah, sebaik diumumkan penyanyi kelahiran Ontario, Kanada, ini bakal mengadakan konsert di ibu kota, Januari lalu, semua tiket berharga RM98, RM188, RM288, RM358, RM498 dan RM888 habis dijual. Malam tadi, Bieber, 17, menghiburkan peminat dengan rangkaian lagu daripada album pertama dan keduanya termasuk One Time, Somebody to Love, That Should Be Me, One Less Lonely Girl, Love Me, Pray, Bigger, Never Say Never serta Baby. Pada persembahan selama satu jam setengah itu, Bieber bukan saja berjaya memukau penonton dengan nyanyiannya, malah mempesonakan mereka dengan aksi tariannya yang bertenaga.Mengenakan pakaian sukan dan bertopi, persembahan Bieber diiringi lima pemuzik, lima penyanyi latar serta empat penari. Konsert yang dibawakan khas oleh Tune Talk dan Fat Boys ini turut menampilkan Mizz Nina sebagai persembahan pembukaan. Penyanyi yang dilahirkan pada 1 Mac 1994 ini berjaya mencetuskan fenomena apabila beberapa lagu nyanyiannya menguasai carta muzik dunia. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: MukaDepan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan