Jumaat, 22 April 2011

Utusan Online - Kota

Utusan Online - Kota


Teksi ‘cekik darah’

Posted:

Teksi 'cekik darah'

Teksi 'cekik darah'

Oleh MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIB
kota@utusangroup.com.my


PERKHIDMATAN teksi di Stesen LRT Kelana Jaya menjadi rungutan pengguna kerana didakwa tidak menggunakan meter dan mengenakan tambang mahal.


KELANA JAYA 22 April – Pemandu teksi di stesen transit aliran ringan (LRT) Kelana Jaya didakwa tidak menggunakan meter dan mengenakan tambang mahal yang tidak sepadan dengan jarak perjalanan.

Pengguna yang ditemui Utusan Malaysia di stesen itu hari ini mendakwa perbuatan pemandu teksi 'mencekik darah' penumpang itu sudah berlaku sejak sekian lama.

Dalam satu situasi, seorang pengguna pada awalnya dilihat sedang berunding dengan seorang pemandu teksi, kemudian berlalu pergi dengan wajah masam.

Hanya mahu dikenali sebagai Melinda, 24, katanya, dia terpaksa membatalkan niat menggunakan perkhidmatan itu untuk ke Sunway Pyramid kerana tidak berpuas hati dengan tambang yang diminta oleh pemandu teksi.

"Saya berasakan tidak munasabah bayaran yang diminta sebanyak RM15," katanya.

"Pemandu-pemandu di sini sesuka hati sahaja mengenakan caj tinggi, walaupun untuk perjalanan di sekitar kawasan ini sahaja," katanya lagi.

Seorang lagi pengguna, Grace, 23, berkata, pemandu-pemandu teksi berkenaan akan mengenakan caj yang lebih tinggi ketika tamat waktu pejabat.

Dia mendakwa, kadang-kadang caj tiga kali ganda dikenakan kerana sedar ada pengguna yang tidak mempunyai pilihan selain terpaksa menggunakan perkhidmatan teksi.

"Saya pada mulanya sering mengunakan perkhidmatan teksi, namun apabila caj yang mahal sering dikenakan, saya kini lebih selesa menaiki bas perantara," katanya lagi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Insentif menarik di gerai Al-Ameen Serve

Posted:

Insentif menarik di gerai Al-Ameen Serve

Insentif menarik di gerai Al-Ameen Serve


Che Mazlan Saad (kiri) menyerahkan cek replika penajaan Utusan Malaysia kepada Mohd. Maliki Kamarulzaman di Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 22 April – Syarikat penerbitan buku, Al-Ameen Serve Holding menawarkan insentif menarik kepada kanak-kanak yang mengunjungi gerai mereka sepanjang berlangsungnya Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) yang bermula hari ini sehingga 1 Mei.

Pengerusi Eksekutifnya, Che Mazlan Saad berkata, tawaran menarik itu ialah dapat menghadiri kelas cepat membaca bagi pembelian buku berjumlah RM100 ke atas, selain diskaun yang menarik terhadap harga buku.

"Kami turut menawarkan buku cepat belajar bersama dengan cakera padat dan ilustrasi menarik yang rata-rata digunakan oleh kanak-kanak pra-sekolah bagi tujuan cepat membaca," katanya.

Sempena pesta berkenaan Al-Ameen Serve Holding turut menaja sebanyak 1,000 naskhah akhbar Utusan Malaysia untuk diedarkan secara percuma kepada pengunjung gerainya.

Penyerahan cek tajaan disampaikan oleh Che Mazlan kepada Eksekutif Jualan Langganan Korporat Utusan Melayu (M) Berhad, Mohd. Maliki Kamarulzaman di gerainya hari ini.

Che Mazlan berkata, penajaan itu adalah sebahagian daripada usaha pihaknya untuk meningkatkan minat membaca di kalangan pengunjung gerainya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

17 GRO 'Miss Hawaii' di Klang ditahan

Posted:

17 GRO 'Miss Hawaii' di Klang ditahan

17 GRO 'Miss Hawaii' di Klang ditahan

KLANG 22 April - Sebanyak 17 gadis pelayan pelanggan (GRO) ditahan sepasukan anggota polis Bukit Aman ketika sedang mengadakan pertandingan ratu cantik 'Miss Hawaii' di sebuah kelab malam di Bukit Tinggi di sini, awal pagi ini.

Dalam serbuan kira-kira pukul 1 pagi, mereka yang ditahan terdiri daripada warga Thailand dan Indonesia berusia 17 hingga 30 tahun.

Pertandingan yang telah memasuki suku akhir itu diadakan penganjur dipercayai bertujuan untuk menarik pelanggan.

Pegawai Unit Anti Pemerdagangan Orang (ATIP) Bukit Aman, Supritendan Hadzwan Zulkefle berkata, siasatan mendapati kesemua gadis yang ditahan telah menyalahgunakan pas lawatan sosial dengan bekerja sebagai GRO.

Katanya, gadis-gadis tersebut menerima bayaran sehingga RM200 setiap kali layanan diberikan kepada pelanggan manakala wang tersebut kemudian diserahkan kepada 'penjaga' mereka.

"Kami percaya di sini merupakan 'stesen' mereka untuk mencari makan. Mereka ada penjaga sendiri," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Hadzwan berkata, lima daripada yang ditahan akan disiasat di bawah Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007 kerana dikesan telah diperdagangkan.

"Kami kita tidak menolak kemungkinan berlaku aktiviti seks di kalangan GRO berkenaan tetapi ia mungkin dilakukan di luar premis berkenaan," ujarnya.

Beliau berkata, sebahagian daripada 50 pengunjung pusat hiburan tersebut juga didapati positif dadah hasil daripada pemeriksaan ujian air kencing.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan