Berita Harian: MukaDepan |
Pinjaman mudah rakyat miskin labur unit amanah Posted: 20 Apr 2011 03:00 PM PDT MukaDepan NAJIB melihat hasil lukisan Lee Lai Peng dan Boon Yik Chong (kiri) yang memenangi pertandingan mewarna PNB, selepas merasmikan Minggu Saham Amanah Malaysia 2011, di Stadium Indera Mulia, Ipoh, semalam. Skim itu yang akan dilancarkan dalam tempoh terdekat tidak akan membebankan rakyat kerana pinjaman diberikan untuk membuat pelaburan rendah dengan pembayaran balik menerusi dividen yang diisytiharkan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) setiap tahun. Perdana Menteri ketika mengumumkannya semalam berkata, perincian skim itu sedang dipertimbangkan oleh Suruhanjaya Sekuriti serta Kementerian Kewangan dan maklumat lanjut akan dimaklumkan kemudian. "Ini akan memperluaskan penyertaan rakyat, terutama golongan berpendapatan rendah," katanya pada sidang media selepas merasmikan Minggu Saham Amanah Malaysia 2011 (MSAM 2011), di Stadium Indera Mulia di sini, semalam.Hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir; Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid; Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman; Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, Datuk R Ganesan dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Hashim. Dalam ucapannya, Najib berkata, tarikh 20 April semalam menandakan genap 30 tahun usia skim amanah saham pertama diperkenalkan PNB, iaitu Amanah Saham Nasional (ASN) yang ketika itu dirangka khusus untuk menggembleng dana Bumiputera secara teratur dan meningkatkan kedudukan ekonomi mereka. Beliau berkata, kejayaan PNB bukan setakat menubuhkan pelbagai dana unit amanah, malah mendidik rakyat, terutama Bumiputera mengenai kebaikan melabur serta melakukan transformasi minda sehingga masyarakat celik pelaburan dan mengetahui skim amanah mana yang lebih menguntungkan. "Apa yang lebih penting ialah kita mampu menguruskan syarikat bermodal besar dengan baik serta berjaya menarik pelabur dan menawarkan kadar dividen yang menarik," katanya. Beliau berkata, walaupun tujuan asal PNB untuk membantu Bumiputera supaya jurang perbezaan pendapatan dapat dirapatkan dan perpaduan antara kaum dipertingkatkan, atas semangat toleransi dan mengeratkan integrasi kaum, bukan Bumiputera diberi peluang menyertai skim amanah diperkenalkan agensi berkenaan. Najib berkata, menerusi Model Baru Ekonomi yang diperkenalkan sekarang pula, kerajaan memperkenalkan pelbagai program transformasi bertujuan meningkatkan kualiti hidup rakyat dan ekonomi secara keseluruhan serta menjadi ekonomi berpendapatan tinggi pada 2020. Beliau berkata, prospek berkenaan akan menarik lebih ramai rakyat untuk melabur dalam dana amanah yang memungkinkan Malaysia bakal menjadi negara pelabur skim dana amanah terbesar dunia satu hari nanti. "Justeru, saya menasihatkan orang ramai, terutama pelabur kecil jangan memikirkan keuntungan cepat semata-mata, tetapi paling penting ialah melabur dalam skim yang berisiko rendah serta tidak mudah tertipu dengan pelbagai bentuk skim cepat kaya," katanya. Najib mengingatkan rakyat tidak mudah terpedaya dengan tawaran skim saham tanpa lesen yang kelihatan menarik tetapi mengundang padah kepada mereka yang menyertainya. Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komenhasbullah husain satu permohonan yang tak betul kalau dividen dah di ambik buat bayaran pimjaman apa yang tinggal pimjaman ni cuma gimik politik bagi orng yang tak pandai ekonomi Nor Ashikin Abdullah Secara amnya, meningkatkan taraf hidup golongan miskin adalah bagus namum menggalakkan rakyat membuat pinjaman untuk pelaburan bukanlah langkah yang bijak. Kerajaan sepatutnya menaikkan insentif tabungan atau caruman yang dibuat oleh orang ramai melalui KWSP yang baru dimulakan awal tahun ini. Mengheret orang ramai terutama yang miskin dan berpendapatan rendah untuk meminjam bukanlah satu sikap yang baik untuk disemai atau diamalkan walaupun matlamatnya adalah untuk menaikkan taraf hidup rakyat. Yatie Shariff Salam.. 1 malaysia buat Datuk Seri serta semua warganegara...
lina Berita baik .... bagi kami yang berpendapatan rendah sri siantan Syukur agar ianya menjadi realiti dan sifar rakyat miskit tegar serta mudah miskin menjelang 2020. Harap wujud skim untuk penjawat awam, belia, warga emas dan seluruh rakyat. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Posted: 20 Apr 2011 02:59 PM PDT [unable to retrieve full-text content]KUALA LUMPUR: Sebuah agensi penyiaran terkemuka Korea Selatan yang menganalisis rakaman video seks seorang lelaki didakwa mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan wanita dipercayai warga asing, mendapati pelaku dalam rakaman itu sepadan dengan Ketua Pembangkang berkenaan berdasarkan perincian saiz tubuh beliau dalam rekod polis. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: MukaDepan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan