Jumaat, 15 April 2011

Berita Harian: MukaDepan

Berita Harian: MukaDepan


Anwar tiada kredibiliti

Posted: 14 Apr 2011 11:48 AM PDT

MukaDepan

pix_gal0
Raja Petra persoal kemampuan Ketua Pembangkang

KUCHING: Pengendali blog Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin yang suatu ketika dulu rakan karib dan penyokong kuat Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Ketua Pembangkang itu sudah kehilangan kredibiliti sebagai pemimpin serta tidak dihormati dalam pakatan pembangkang.

Beliau juga mempersoalkan kemampuan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu untuk memimpin negara kerana sering menabur janji kosong serta gagal menangani krisis dalaman pakatan pembangkang yang tidak berkesudahan, di samping menghadapi pelbagai masalah peribadi. "Anwar gagal menjaga parti komponen (pakatan) dan menjaga pemimpin. Alasan yang diberi, kita (sebagai pembangkang) bagi kebebasan bersuara, tapi itu pun tak betul sebab apabila sesiapa mengkritik pemimpin, dia ambil tindakan terhadap mereka... kebebasan tidak diberi," katanya.

Mendedahkan perkara itu dalam bahagian kedua temu bual dengan TV3 yang disiarkan malam tadi, Raja Petra yang pernah dilantik oleh Anwar sebagai pengarang akhbar PKR berkata, pakatan pembangkang termasuk PKR, PAS dan DAP tidak boleh bersatu kerana berlainan ideologi.

"Perkara itu dapat dilihat melalui perselisihan faham antara tiga parti berkenaan di Selangor yang begitu ketara. Hassan Ali (Ahli Exco Selangor) keluar kenyataan yang berbeza daripada dasar kerajaan negeri dan mengatakan ia dasar PAS.

"PAS kata bukan... itu pandangan peribadi... bukan dasar parti. Jadi, dalam PAS pun, mereka tak bersatu. DAP pula mengatakan tak boleh... jadi kecoh. Kita ambil isu bir (arak). Orang sudah keliru, boleh ke tak boleh? Yang ini kata boleh... yang ini kata tak boleh. Yang ini kata rampas... yang ini kata serah balik, tak boleh rampas.
"What is the policy (Apakah dasarnya)... Anwar sepatutnya jadi economic adviser (penasihat ekonomi) kerajaan Selangor. Ada pernah Anwar keluar kenyataan dan berkata, this is the policy (inilah dasarnya). Tapi Anwar diam, sementara di bawah... (pemimpin) bergaduh.

"Itu bukan satu contoh kepemimpinan yang baik. A leader knows how to control his soldiers (ketua tahu bagaimana untuk mengawal tenteranya)," katanya.

Raja Petra juga berkata, selepas tiga tahun berkuasa di negeri yang dimenangi, rakyat boleh menilai prestasi pembangkang dan tidak lagi yakin, terutama selepas kegagalan menubuhkan kerajaan Persekutuan pada 16 September 2008 seperti yang dijanjikan Anwar.

"Ketika itu, saya di bawah tahanan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) di Kamunting. Anwar ada berjumpa saya di mahkamah dan beliau bagi tahu jangan susah. Tak lama lagi awak akan keluar sebab kita akan bentuk kerajaan pada 16 September," katanya.

Beliau juga berkata, pakatan pembangkang sebenarnya memang tidak bersatu kerana sehingga kini gagal membentuk Kabinet bayangan yang sepatutnya diumumkan untuk makluman rakyat.

Katanya, Anwar sebaliknya mendakwa Kabinet bayangan tidak perlu, sebaliknya terus gagal memainkan peranan sebagai pembangkang kecuali lebih banyak mengkritik.

"Istilah shadow cabinet (Kabinet bayangan) ialah seorang ahli pembangkang menjadi shadow (bayangan) kepada seorang ahli Kabinet. Tak semestinya shadow cabinet ialah Kabinet yang bersedia untuk memerintah. Tapi, sekiranya shadow cabinet pun tak mampu tubuh, macam mana nak memerintah," katanya.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

fredo

Saya bersetuju dgn gustan selle, Kita perlu rasional dalam membuat pendirian.. janganlah nila raja petra tak berpihak kpd kita maka kita mengutuk. bila berpihak , dialah hero kita.. Sejak kebelakangan ni, ramai yg disanjung tlh berpaling tadah... muhasabah diri dan fikirkanlah... nilailah.. kenapa. bagi saya keamanan spt sekarang adalah segala kunci kita.

hanee27

hanya Allah yg tahu di sebalik mereka-mereka yg tau... baik buruk semuanya balasan dari Allah... mungkin tidak sekarang tapi di akhirat kelak...

anak bapak

bg pluang RPK buat pnjelasan. pastu biar org ramai nilaikan. RPK juga patut jelaskan kepada org yg menyokongnya dan konco2nya apa sebab dia mlakukan begini skarang. hubungi smula dan jelaskan kpd penyokongnya. bg buka mata, telinga dan hati pada org ramai. kita buat begini kerana untuk kebaikan agama, bangsa dan negara kita dprp penipu2 besar ni( nuar berahim dan org2nya)

obeng

kitakan satu malaysia...tak payah lah nak gaduh-gaduh,,,,

NORIZA RAHIM

dah tersepit...pandai lak nak selamatkan diri...bolehke di percayai orang yang menabur fitnah?

abu ikhwan

kesian raja petra, dah penat lari kerana diburu, akhirnya menyerah. dulu dan kini tak bleh dipercayai.

mohamad

Kalau madu madulah juga, gula tak boleh jadi madu. Manis mulut negara binasa, manis hati adalah lambang kejayaan. Kalau ckp banyak tak gunakan. Buat dulu baru cakap. Janji biar ditepati. Itu barulah pemimpin sejati.

azmel

"Lompat Si Katak lompat
lompat
bila nak berhenti melompat?
tak habis-habis melompat
sudahlah Katak,pergilah bertaubat..."

Mohd. Nor Bohan

Bagaimana nak memimpin kalau diri sendiri tak terpimpin. Kalau jadi pemimpin seperti ini negara yang aman dan damai akan hancur musnah. Pemimpin seperti ini hanya tin kosong saja. Wassalam.

gustan selle

bg saya yang perlu di utamakan adalah keamanan negara dan kesejahteraan hidup masyarakat di MALAYSIA.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan