Isnin, 1 Ogos 2011

Kosmo Online

Kosmo Online


Pelajar dakwa didera semasa kem motivasi

Posted:

Pelajar dakwa didera semasa kem motivasi

Pelajar dakwa didera semasa kem motivasi

01/08/2011 6:48pm

JOHOR BAHRU – Seramai 33 pelajar lelaki Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Uda mendakwa didera secara fizikal dan rambut mereka dibotakkan semasa mengikuti kursus motivasi di Penjara Kluang, hujung minggu lepas.

Sepanjang program tiga hari itu, mereka mendakwa dipukul di bahagian perut, digari, dicengkam di tengkuk selain diarah memakai pakaian banduan.

Seorang peserta Mohd Fakhrullah Masali, 16, mendakwa, mereka dilayan seperti banduan, malah dikejutkan seawal 4.30 pagi untuk menjalani latihan kawad dan sebagainya.

Seorang lagi peserta Firdaus Mohammad, 16, pula berkata, mereka didera melakukan tekan tubi, berguling atas jalan dan ketuk ketampi sebanyak 150 kali.

Sementara itu, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah itu, Datuk Samsol Bari Jamali ketika dihubungi mengakui pihaknya mengetahui bahawa pelajar yang mengikuti program itu perlu menjalani simulasi kehidupan di penjara.

Malah katanya, sekolah itu adalah yang ketiga mengikuti program tersebut.

"Konsultan yang dilantik oleh pihak sekolah juga merupakan konsultan yang biasa dilantik oleh Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru dan mungkin modul sahaja yang berbeza," katanya. – Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Pelajar UIAM dari Guinea ditemui mati

Posted:

Pelajar UIAM dari Guinea ditemui mati

Pelajar UIAM dari Guinea ditemui mati

01/08/2011 6:05pm

KUALA LUMPUR – Seorang pelajar lelaki rakyat Guinea ditemui mati di dalam bilik asramanya di Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) Gombak di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Abdul Rahim Abdullah berkata, mayat Mamadou Aliou Tela Diallo, 25, ditemui dalam keadaan tertiarap dan berulat oleh rakan sebiliknya pada 12.30 tengah hari.

Beliau berkata, pelajar itu dipercayai telah meninggal dunia kira-kira seminggu lepas dan hanya ditemui rakannya itu yang baru pulang daripada menjalankan tugasan luar.

"Bagaimanapun tiada kesan pergelutan dan kesan darah hanya ditemui di sekitar tubuh mangsa sahaja," katanya di sini hari ini.

Menurut beliau lagi, rakan pelajar itu yang hanya ingin dikenali sebagai Sharif mengesahkan rakannya itu mempunyai penyakit sawan dan sering menerima rawatan di klinik UIAM dan hospital.

Mayat pelajar itu dihantar ke Hospital Selayang untuk bedah siasat. – Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tukar agama: Shamala tarik balik rayuan

Posted:

Tukar agama: Shamala tarik balik rayuan

Tukar agama: Shamala tarik balik rayuan

01/08/2011 5:31pm

PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan di sini hari ini membatalkan rayuan bekas kerani bank S. Shamala yang terbabit dalam pertikaian hak penjagaan dua anak lelakinya dengan suaminya yang telah memeluk agama Islam.

Hakim Datuk Seri Abu Samah Nordin, bersidang bersama-sama panel tiga anggota dengan Hakim Datuk Azahar Mohamed dan Hakim Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin, membuat keputusan itu selepas Shamala menarik balik rayuan itu.

Walaupun suami Shamala, Dr Muhammad Ridzwan, 43, memohon Shamala membayar RM15,000 bagi kos undang-undang, panel itu selepas menimbangkan pandangan kedua-dua pihak dalam rayuan itu, memutuskan untuk tidak mengeluarkan perintah mengenai kos.

Shamala, 39, mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonannya bagi satu deklarasi untuk membatalkan penukaran agama kedua-dua anak lelakinya kepada Islam oleh suaminya yang telah berpisah dengannya.

Shamala, yang dipercayai berada di luar negara, juga menarik balik rayuan balasnya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang memberikan kepadanya dan Dr Muhammad Ridzwan yang dahulunya dikenali sebagai Dr Jeyaganesh C. Mogarajah, hak penjagaan bersama kedua-dua anak mereka, Saktiwaran dan Theiviswaran, tetapi mengenakan kaveat ke atas Shamala, melarangnya mengajar anak-anaknya amalan agama Hindu dan memberi mereka makan babi. – Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan