Jumaat, 26 Ogos 2011

Utusan Online - Jenayah

Utusan Online - Jenayah


Dua pemuda ditangkap, bina makmal proses ubat batuk

Posted:

Dua pemuda ditangkap, bina makmal proses ubat batuk

Dua pemuda ditangkap, bina makmal proses ubat batuk

HULU LANGAT 26 Ogos - Jika umat Islam lain bergembira menyambut Aidilfitri di kampung halaman, dua sahabat pula bakal meraikan hari lebaran di dalam lokap setelah dicekup polis kerana memproses ubat batuk di rumah sewa mereka di Bandar Mahkota Cheras di sini semalam.

Kedua-dua pemuda berusia lingkungan 20-an itu ditahan polis pukul 3.30 petang, semasa sedang sibuk membungkus 44 botol plastik besar berisi ubat batuk yang siap diproses bernilai RM22,000.

Difahamkan, bekalan ubat batuk itu untuk dibawa pulang berhari raya ke kampung mereka di sebuah negeri di pantai timur dan untuk dijual pada musim perayaan ini.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab. Rashid Ab. Wahab berkata, ketika diserbu polis, kedua-dua suspek sedang bersiap-siap mahu pulang ke kampung dan sedang mengisi 44 botol plastik besar ubat batuk yang siap diproses.

"Polis turut merampas sejumlah bahan mentah terdiri daripada dua jenis ubat batuk, ubat selesema dan alahan serta pewarna hitam yang digunakan sebagai campuran untuk menghasilkan ubat batuk bagi penagih," katanya pada sidang akhbar di IPD Kajang di sini hari ini.

Ab. Rashid berkata, pelbagai jenis peralatan yang digunakan untuk memproses ubat batuk seperti tong plastik, bekas pemanas air, senduk, periuk aluminium, tong dan dapur gas memasak serta jag, penapis dan penyedut air turut ditemui di rumah teres dua tingkat itu.

Beliau berkata, siasatan mendapati kedua-dua suspek tidak memiliki rekod kesalahan lampau dan sudah enam bulan menjalankan kegiatan memproses dan menjual ubat batuk kepada penagih di sekitar Lembah Klang.

Katanya, suspek yang menganggur mempelajari cara-cara membuat ubat batuk dikategorikan sebagai dadah jenis kodein itu menerusi Internet.

"Ubat batuk ini boleh mengkhayalkan kerana ia merupakan campuran ubat batuk kering yang berharga murah, ubat batuk berkualiti, ubat alahan, ubat selesema dan pewarna hitam," katanya.

Ab. Rashid berkata, pihaknya masih menyiasat dari mana suspek mendapatkan bekalan bahan mentah untuk membuat ubat tersebut memandangkan penjualannya adalah dikawal, manakala pewarna hitam boleh dibeli di kedai membuat kek dan roti.

Katanya, suspek direman selama seminggu bermula hari ini untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Serbuan oleh sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang itu diketuai Asisten Supritendan Mohd. Husni Manan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan