Sabtu, 27 Ogos 2011

Utusan Online - Kota

Utusan Online - Kota


Sektor peruncitan perlu berkembang

Posted:

Sektor peruncitan perlu berkembang

Sektor peruncitan perlu berkembang

Oleh MOHD. KHUZAIRI ISMAIL
pengarang@utusan.com.my


DR. Mahathir Mohamed dan Ketua Pegawai Eksekutif Tesco Stores (M) Sdn. Bhd, Tjeerd Jegen (tiga kiri) bersama wakil penerima-penerima sumbangan pada majlis syarahan perdana di Bandar Utama, semalam.


PETALING JAYA 27 Ogos - Sektor peruncitan di negara ini perlu berkembang pesat bagi menyokong perjalanan negara menuju negara maju dan berpendapatan tinggi pada 2020.

Justeru, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mencabar usahawan peruncitan tempatan untuk lebih berani membawa perniagaan mereka ke tahap yang lebih tinggi.

"Mereka tidak lagi boleh selesa dengan kedai-kedai kecil di kampung atau pekan, sebaliknya perlu menyahut cabaran membuka pasar raya besar dan bersaing dengan pasar raya dari luar negara," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan syarahan perdana bertajuk Merealisasikan Wawasan 2020: Peranan Strategik dan Sumbangan oleh Sektor Peruncitan pada majlis berbuka puasa bersama Tesco Stores (M) Sdn. Bhd. (Tesco) di sini hari ini.

Pada majlis sama, Dr. Mahathir turut mewakili Tesco menyampaikan sumbangan berjumlah RM441,000 kepada Yayasan Chow Kit, Tabung Bencana NSTP-Media Prima dan Majlis Kanser Nasional (Makna).

Dr. Mahathir menambah, sektor peruncitan juga boleh belajar daripada pasar raya besar yang beroperasi di negara ini bagaimana untuk menguasai pasaran itu dengan berjaya.

Ia terutama kata Dr. Mahathir, dari sudut pemasaran produk yang menekankan aspek kualiti, pembungkusan menarik serta pengiklanan yang berkesan.

Bapa dera anak tiri ditahan

Posted:

Bapa dera anak tiri ditahan

Bapa dera anak tiri ditahan

KUALA LUMPUR 27 Ogos - Seorang lelaki berusia lingkungan 30-an direman setelah dipercayai mendera anak tirinya berusia tiga tahun sehingga menyebabkan kanak-kanak malang itu terlantar di hospital, semalam.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supritendan Norel Azmi Yahya Affendy yang mengesahkan kejadian tersebut berkata, suspek direman selama empat hari sehingga Isnin depan.

Katanya, mangsa dibawa oleh ibunya ke Hospital Sungai Buloh untuk menerima rawatan lanjut susulan kejadian itu.

"Kita sedang menyiasat kes penderaan kanak-kanak ini termasuk mendapatkan keterangan daripada ibu mangsa," katanya yang memberitahu kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.

Sementara itu, sumber memberitahu, kanak-kanak malang itu didera hingga menyebabkan dia lebam seluruh badan malah giginya juga patah.

"Kanak-kanak itu tidak sedarkan diri sehingga memaksa ibunya yang berketurunan Indonesia membawa dia ke hospital dan hasil pemeriksaan, doktor mendapati mangsa menjadi mangsa dera.

"Doktor juga mengesyaki mangsa telah lama didera berikutan penemuan kesan kecederaan lama dan baru di sekitar leher, telinga serta badannya," ujar sumber berkenaan.

Suspek yang juga bapa tiri kanak-kanak itu telah ditahan polis di rumahnya Bukit Sentosa.

SEMANGAT KEMERDEKAAN

Posted:

SEMANGAT KEMERDEKAAN

SEMANGAT KEMERDEKAAN


Usaha yang dilaksanakan MEX itu sepatutnya dicontohi rakyat bagi menyemarakkan lagi semangat cintakan negara.


BERSEMPENA sambutan Hari Kemerdekaan ke-54, Maju Expressway (MEX) mengambil inisiatif memasang sejumlah 1,700 Jalur Gemilang di sepanjang 26 kilometer lebuh raya tersebut.

Bendera-bendera tersebut dikibarkan di laluan utama dan persimpangan lebuh raya yang menghubungkan Kuala Lumpur dengan Putrajaya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan