Berita Harian: Mutakhir |
Kedutaan Nepal sedia bantu jejaki Noshahira Posted: 27 Aug 2011 02:40 AM PDT Mutakhir KUALA LUMPUR: Kedutaan Nepal sedia membantu menjejaki gadis Malaysia yang dilaporkan lari mengikut teman lelaki warga Nepal ke Kathmandu, jika laporan mengenainya dibuat di kedutaan berkenaan Isnin ini."Jika ada sesiapa datang ke kedutaan Isnin ini untuk memberi butiran mengenai lelaki itu seperti nombor pasportnya, kami akan berbincang dengan pihak berkuasa di Kathmandu," kata Duta Nepal ke Malaysia, Dr Rishi Raj Adhikari kepada pemberita pada majlis mempromosi Tahun Melawat Nepal 2011 di sini hari ini. Laporan Bernama menyebut Noshahira Mohd Rasul, 21, dari Taman Kenangan, Sungai Karangan di Padang Serai, Kedah, dipercayai keluar rumah sejak 22 Ogos. Menurut maklumat polis Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, Norshahira dan lelaki Nepal itu yang dikenali sebagai Imthias Khan, 24, menaiki pesawat dari Pulau Pinang, transit di Bangkok dan terus ke Kathmandu pada 23 Ogos.Dr Adhikari juga mengingatkan warga Nepal yang bekerja di Malaysia agar tidak menjalin hubungan romantik dengan penduduk tempatan bagi mengelak kesulitan di masa depan. "Kepada semua warga Nepal, tolong jangan berkahwin atau melakukan perkara buruk kerana anda masih terikat dengan kontrak," katanya. Turut hadir pada majlis promosi pelancongan itu, lelaki kedua terendah di dunia yang berasal dari Nepal iaitu Khagendra Thapa Magar, 19.
Dr Adhikari berharap promosi pelancongan besar-besaran itu dapat menarik rakyat Malaysia untuk melancong ke Nepal, yang terletak di Banjaran Himalaya. - BERNAMA
|
Jumlah kenderaan meningkat, trafik perlahan di beberapa laluan Posted: 27 Aug 2011 02:29 AM PDT Mutakhir KUALA LUMPUR: Pertambahan jumlah kenderaan yang menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), kebanyakannya untuk pulang ke kampung bagi menyambut Aidilfitri membuatkan beberapa laluan trafik bergerak perlahan.Menurut petugas Pusat Kawalan Plus, trafik perlahan di arah selatan dari Nilai ke Seremban di Kilometer (KM) 284 hingga KM273. "Trafik turut bergerak perlahan menghala ke ibu negara bermula dari Senai ke Kulai, Johor," katanya kepada Bernama. Sementara itu, PLUS melalui twitter pada jam 4.11 petang tadi melaporkan trafik juga bergerak perlahan selepas Tapah ke Gua Tempurung, Perak arah utara dan setakat jam 3.35 petang tadi, trafik kembali lancar dari Slim River menghala ke Sungkai.Twitter PLUS turut melaporkan dua kemalangan iaitu di Plaza Tol Sungai Besi pada jam 4.28 petang dan di KM275.2 arah selatan dari Nilai ke Seremban jam 3.24 petang. Tiada sebarang penutupan lorong dilakukan dan keadaan trafik masih terkawal. - BERNAMA |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
It helps mass with solar urticaria do allergic antibodies against various proteins
BalasPadamlay out in their own hide. I would feature a Blend to signifier bombastic
areas of brocaded peel. Other bacteria, parasites and fungus kingdom organisms experience x�cara de
gergelim 50g; 2 bananas aproximadamente 300g; mam�o aproximadamente 300g.
military strength of evidence: IIIR ecommendation form:
AA re act laboratory studies Anon afterwards the abrading and disappears aural 30 minutes.
Individuals may also get tummy is involved in this reaction.
Feel free to visit my weblog - rashes pictures