Isnin, 1 Ogos 2011

Harian Metro: Mutakhir

Harian Metro: Mutakhir


Najib selamat jalani pembedahan lutut

Posted: 01 Aug 2011 06:53 AM PDT

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini selamat menjalani pembedahan lutut kirinya yang cedera akibat bersukan, melalui pembedahan "arthoscopic" di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Hasan Abdul Rahman berkata, pembedahan dilakukan secara minimum dengan memasukkan peralatan skop untuk melihat kerosakan lututnya, dan menerusi skop tersebut, alat pembedahan digunakan untuk membaiki kecederaan tersebut bermula pada pukul 8.30 pagi.

Pembedahan berjalan dengan baik dan hanya mengambil masa selama 45 minit dan Para doktor yang bertanggungjawab puas hati dengan hasil pembedahan tersebut," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Dr Hasan berkata Perdana Menteri telah dinasihatkan supaya berehat di hospital sehingga Rabu ini, dan beliau dijangka boleh memulakan semula tugas pada minggu hadapan. -Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Pelajar UIAM dari Guinea ditemui mati dalam bilik asrama

Posted: 01 Aug 2011 03:30 AM PDT

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar lelaki rakyat Guinea ditemui mati di dalam bilik asramanya di Universiti Islam Antarabangsa (UIAM)Gombak, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Abdul Rahim Abdullah berkata, mayat Mamadou Aliou Tela Diallo, 25, ditemui dalam keadaan tertiarap dan berulat oleh rakan sebiliknya pada jam 12.30 tengah hari.

Beliau berkata pelajar itu dipercayai telah meninggal dunia kira-kira seminggu lepas dan hanya ditemui rakannya itu yang baru pulang daripada menjalankan tugasan luar.

"Bagaimanapun tiada kesan pergelutan dan kesan darah hanya ditemui di sekitar tubuh mangsa sahaja," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS)kepada Bernama.


Menurut beliau lagi, rakan pelajar itu yang hanya ingin dikenali sebagai Sharif mengesahkan rakannya itu mempunyai penyakit sawan dan sering menerima rawatan di klinik UIAM dan hospital.


Mayat pelajar itu dihantar ke Hospital Selayang untuk bedah siasat. -Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan