Kosmo Online - Negara |
Posted: 836,408 layak kaedah UjrahOleh KU MOHD. RIZDUAN KU ABDUL RAHMAN
GOMBAK – Seramai 836,408 daripada kesemua 1.4 juta peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) layak ditawarkan pertukaran pembiayaan pendidikan berlandaskan kaedah Ujrah. Pengerusi PTPTN, Datuk Ismail Mohamed Said (gambar kecil) berkata, baki selebihnya tidak layak kerana terlibat dengan tindakan saman, melanggar perjanjian terdahulu atau sudah menyelesaikan keseluruhan pinjaman. Menurut beliau, sehingga 14 Ogos lalu, seramai 429,942 peminjam yang layak telah mengemaskini maklumat masing-masing manakala seramai 376,466 belum berbuat demikian. "PTPTN amat berharap semua peminjam terlibat dapat mengambil peluang keemasan ini bagi menyelesaikan urusan pertukaran dalam tempoh yang ditetapkan. "Peminjam yang gagal memberikan maklum balas sehingga 30 September ini, mereka akan kekal dengan kos pentadbiran tiga peratus atau lima peratus," katanya selepas program Merdeka Raya PTPTN di Plaza Tol Gombak semalam. Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini. | |
Jamal Abdillah derma beras satu treler Posted: Jamal Abdillah derma beras satu trelerJAMAL menyampaikan sumbangan beras kepada anak-anak yatim dan wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Ipoh semalam. IPOH – Penyanyi terkenal, Jamal Abdillah menyumbang satu treler beras kepada golongan fakir miskin, anak yatim dan ibu tunggal seluruh Perak semalam. Jamal atau nama sebenarnya, Jamal Ubaidillah Ali, 52, berkata, sumbangan 1,520 kampit beras bernilai RM20,000 itu bertujuan untuk membantu golongan terbabit menyambut Aidilfitri yang bakal tiba beberapa hari lagi. "Saya bersyukur menerima rahmat dan hidayah oleh Allah untuk menghadapi kehidupan yang penuh pancaroba ini dan diberi anugerah (menyanyi) untuk memperoleh rezeki. "Saya pulangkan semula sebahagian daripada rezeki itu kepada golongan memerlukan. Saya niat untuk sedekah pahalanya kepada roh arwah ayah dan ibu saya," katanya. Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini. | |
Posted: Kuala Lumpur mula lengangOleh SUHANA VERU RAJA NONG CHIK menyampaikan cenderahati kepada warga kota di Plaza Tol Sungai Besi, Kuala Lumpur semalam. KUALA LUMPUR – Lebih sejuta warga kota beransur meninggalkan ibu negara untuk pulang ke kampung halaman semalam bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri yang dijangka pada Selasa depan. Kebanyakan mereka tidak mahu melepaskan peluang untuk bercuti panjang kerana Aidilfitri kali ini serentak dengan cuti persekolahan penggal kedua. Semalam adalah hari terakhir persekolahan sebelum bercuti selama seminggu sehingga 4 September ini. Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan