Isnin, 29 Ogos 2011

Utusan Online - Muka Hadapan

Utusan Online - Muka Hadapan


Saya tak ingat – Mat Sabu

Posted:

Saya tak ingat – Mat Sabu

Saya tak ingat – Mat Sabu

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
mohdasron.mustapha@utusan.com.my


SEBAHAGIAN anggota Pertubuhan Penyatuan Pembelaan Melayu Malaysia (PPPMM) membuat laporan polis terhadap Mohamad Sabu di Balai Polis Larkin, Johor Bahru, semalam.



  • Mohamad Sabu yang dikecam pelbagai pihak kerana menyokong perjuangan komunis, akhirnya muncul memberi reaksi pertama beliau yang dianggap cukup mengejutkan.
  • Dalam kenyataan ringkasnya, Timbalan Presiden Pas itu mendakwa tidak ingat apa yang beliau ucapkan ketika berceramah di Pulau Pinang pada 21 Ogos lalu.
  • Sementara itu pelbagai pihak terus mengecam beliau dan setakat ini 20 laporan polis dibuat ke atasnya.
  • Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan pula secara tegas melabelkan bekas Ahli Parlimen Kuala Kedah itu sebagai pengganas dan pengkhianat negara.
  • KUALA LUMPUR 28 Ogos – Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang terpalit dengan kontroversi terbaru selepas menganggap pengganas komunis sebagai hero memberi jawapan mengejutkan apabila memberitahu, dia tidak mengingati apa yang diucapkannya.

    Ia kenyataan pertama seumpamanya pernah dibuat oleh Mohamad dalam usahanya 'membela' diri kerana dalam mana-mana kes kontroversinya sebelum ini, pemidato hebat Pas itu tidak pernah mengeluarkan kenyataan bahawa dia terlupa mengenai apa yang pernah dituturkan.

    Lebih mengejutkan, dakwaan terlupa itu dibuat ketika video yang memaparkan ucapannya di Padang Menora, Tasek Gelugor, Pulau Pinang, 21 Ogos lalu telah mula tersebar di Internet terutamanya di laman-laman blog dan laman sosial Facebook sejak petang semalam.

    "Saya tidak ingat adakah saya kata begitu. Saya sedang cari rakaman ceramah itu balik. Lepas tengok baru saya akan ulas sama ada perlu bincang dengan peguam atau bagaimana," katanya seperti mana dipetik dari lidah rasmi Pas, http://harakahdaily.net, hari ini.

    Utusan Malaysia dalam laporan muka depan semalam melaporkan, Mohamad menganggap Kompeni Pasukan Keempat Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang dan membunuh anggota keselamatan serta keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong sebagai hero sebenar.

    Menurut Timbalan Presiden Pas itu, Muhammad Indera, iaitu lelaki Melayu yang bersekongkol dengan Goh Peng Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar, bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai polis tersebut.

    Dalam ceramahnya itu juga, beliau mendakwa Datuk Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan kerana tokoh tersebut adalah pegawai British selain turut berikrar untuk mengubah semula sejarah kemerdekaan negara.

    Rentetan kontroversi itu, pelbagai pihak terutamanya bekas-bekas perajurit dan ahli keluarga mangsa 'penyembelihan' Bukit Kepong menyelar Mohamad dan menuntut orang nombor dua Pas itu meminta maaf secara terbuka serta didakwa di bawah Akta Hasutan.

    Tidak terkecuali mengutuk perbuatan biadab itu ialah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin apabila beliau menganggap Mohamad sebagai pemimpin yang buta sejarah serta mengkhianati perjuangan bangsa Melayu dalam menuntut kemerdekaan tanah air.

    Mat Sabu pengganas, pengkhianat – Musa Hassan

    Posted:

    Mat Sabu pengganas, pengkhianat – Musa Hassan

    Mat Sabu pengganas, pengkhianat – Musa Hassan


    Tan Sri Musa Hassan


    KUALA LUMPUR 28 Ogos – Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan melabelkan Mohamed Sabu sebagai pengganas dan pengkhianat negara apabila mendakwa Parti Komunis Malaya (PKM) ialah hero sebenar dalam peristiwa Bukit Kepong dan bukannya anggota keselamatan serta ahli keluarga mereka.

    Sehubungan itu, katanya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu memantau tindak-tanduk Timbalan Presiden Pas itu dan mengambil tindakan tegas terhadapnya termasuk dikenakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana kenyataannya itu menunjukkan beliau mempunyai kecenderungan menjadi pengganas.

    Menurut Musa, kenyataan Mat Sabu itu jelas menunjukkan beliau menyokong pengganas sedangkan sejarah membuktikan betapa kejamnya komunis terhadap anggota pasukan keselamatan dan rakyat yang menentang perjuangan mereka suatu ketika dahulu.

    "Lupakah Mat Sabu betapa ramai anggota pasukan keselamatan dibunuh dengan kejam oleh komunis, berapa banyak rumah penduduk kampung dibakar apabila enggan memberi beras kepada mereka?.

    "Ada 6,000 pegawai dan anggota polis dibunuh oleh komunis, tak kan mereka sanggup bergadai nyawa jika bukan mahu mempertahankan negara tetapi malang sekali pengorbanan mereka diperlekehkan oleh seorang pengkhianat seperti Mat Sabu," katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

    Kata Musa lagi, Mohamad Sabu mungkin sengaja mengeluarkan kenyataan tersebut untuk mencari publisiti dan memburukkan polis yang selalu menangkapnya kerana melanggar undang-undang sebelum ini.

    Wajar dikenakan tindakan ISA

    Posted:

    Wajar dikenakan tindakan ISA

    Wajar dikenakan tindakan ISA

    KUALA LUMPUR 28 Ogos – Anak kepada Ketua Balai Polis Bukit Kepong, Sarjan Jamil Md. Shah yang terbunuh sewaktu mempertahankan balai polis berkenaan menganggap tindakan Mohamad Sabu mengagungkan pengganas komunis menunjukkan pengkhianatan Timbalan Presiden Pas itu terhadap negara.

    Ahmad Jamil, 68, berkata, tindakan Mohamad yang memperlekeh pengorbanan pasukan polis dalam mengekang kemaraan Kompeni Pasukan Ke-4 Parti Komunis Malaya (PKM) itu merupakan satu tamparan hebat kepada pengikutnya yang masih belum sedar keperibadian sebenar pemimpin Pas itu.

    "Adakah seseorang berbangsa Melayu dan beragama Islam yang seluruh kehidupannya berpegang pada Perlembagaan negara sanggup mengeluarkan tuduhan yang tidak wajar itu? Kenapa cetek benar pemikiran dia?

    "Kalau saya jumpa dia (Mohamad), saya mahu menyekolahkan dia kerana saya percaya dia buta sejarah dan hanya berlagak tahu untuk mendapat kepercayaan pengikutnya sahaja. Ini dapat dilihat apabila dia mengiktiraf Muhammad Indera sebagai hero sebenar, bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang terkorban mempertahankan diri dalam serangan di balai polis itu.

    "Dia masih muda, tidak faham keperitan kehidupan mangsa kekejaman komunis seperti kami. Saya berharap Allah membuka pintu hatinya untuk bertaubat dan bermuhasabah diri," katanya pada Utusan Malaysia di sini hari ini.

    Jelas Ahmad, tragedi yang meragut nyawa 22 perwira iaitu 18 anggota polis dan empat tanggungan mereka disebabkan kerakusan PKM yang dikepalai Chin Peng untuk menubuhkan negara komunis yang membelakangi agama, bangsa dan negara seharusnya ditentang, bukan diiktiraf.

    "Saya sangat sedih dengan sikap pemimpin politik sebegini. Kecenderungannya untuk mengelirukan rakyat semata-mata untuk kepentingannya wajar dikenakan tindakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)," ujarnya.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan