Jumaat, 26 Ogos 2011

Berita Harian: Nasional

Berita Harian: Nasional


Dana Mudah Cara RM2b bantu firma Bumiputera

Posted: 26 Aug 2011 02:59 PM PDT

Nasional

  NAJIB  bersama   Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin  Yassin melihat motosikal kuasa tinggi KTM DUKE 200 selepas menyaksikan majlis perjanjian persefahaman Pihak Berkuasa Perlaksanaan Koridor Utara (NCIA),  di Putrajaya, semalam.

NAJIB bersama Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin melihat motosikal kuasa tinggi KTM DUKE 200 selepas menyaksikan majlis perjanjian persefahaman Pihak Berkuasa Perlaksanaan Koridor Utara (NCIA), di Putrajaya, semalam.

Insentif tambahan mampu selesai masalah pembiayaan

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak semalam mengumumkan pengwujudan satu Dana Mudah Cara berjumlah RM2 bilion untuk kegunaan syarikat Bumiputera yang berkelayakan melalui Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU).

Perdana Menteri berkata, pengwujudan dana itu adalah hasil kerjasama TERAJU dan Unit Kerjasama Awam-Swasta (UKAS) dan diharapkan isu pembiayaan yang menjadi kekangan kepada syarikat Bumiputera dapat diringankan. "Dana ini akan menyediakan sokongan kepada Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI) Bumiputera dan akan menjadi insentif tambahan bagi syarikat yang memohon untuk mendapatkan bantuan di bawah program PKS Bumiputera Berprestasi Tinggi (TERAS) yang dilancarkan TERAJU pada 20 Julai lalu.

"Dana itu diwujudkan sebagai 'tipping point' sesuatu projek dengan menyediakan pembiayaan bagi infrastruktur supaya PFI Bumiputera dapat memberi lebih tumpuan kepada pelaksanaan projek," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Agenda Bumiputera (MTAB) yang kelima semalam.

Najib berkata, menerusi dana itu juga ia akan menjadi pemangkin kepada syarikat Bumiputera untuk menjalankan projek besar yang mempunyai tahap kelayakan minimum nilai pelaburan projek berjumlah RM20 juta.

"Diharapkan impak jumlah pelaburan ini akan membawa manfaat kepada syarikat permulaan serta perusahaan mikro Bumiputera bagi membolehkan mereka memperbaiki kedudukan dalam rantaian nilai," katanya.
Menerusi dana ini, TERAJU menganggarkan ia menjana lebih RM10 bilion pelaburan swasta.

Sementara itu, pada majlis sama, Najib turut mengumumkan peruntukan bernilai RM8 bilion atau 43 peratus kepada Bumiputera di dalam keseluruhan perolehan projek My Rapid Transit (MRT).

Beliau berkata, beberapa pakej khas diperuntukkan kepada kontraktor Bumiputera iaitu pakej Kerja Sivil dan Infrastruktur, pakej Sambungan Bekalan Tenaga TNB, pakej Perolehan Berpusat, pakej Terowong dan Bawah Tanah dan pakej Sistem MRT.

"Syarikat Bumiputera yang berkelayakan akan melalui proses pembidaan berpandukan prinsip berlandaskan ketelusan, merit, keupayaan dan 'track record'," katanya.

Strategi Perolehan Projek MRT ini sudah diluluskan Jawatankuasa Perolehan Sehenti yang dipengerusikan Perdana Menteri dan bagi kontraktor kelas D, E dan F, pakej dianggar bernilai RM200 juta diperuntukkan bagi kerja sivil serta pakej kerja sivil dan infrastruktur.

Dalam usaha memperkukuhkan ekonomi Bumiputera, kerajaan Februari lalu melancarkan TERAJU yang bertanggungjawab menerajui, mengurus dan memacu penyertaan golongan itu menerusi inisiatif baru serta sedia ada.

TERAJU yang ditubuhkan di bawah Majlis Tindakan Agenda Bumiputera (MTAB) akan menumpukan lima bidang utama iaitu keusahawanan dan penciptaan kekayaan; pembiayaan; pendidikan dan penggajian; penilaian institusi dan instrumen polisi dan pengurusan pihak berkepentingan.


Eksklusif: Rosna teruja jumpa adik

Posted: 26 Aug 2011 02:56 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]PULAU PINANG: “Betul kata orang, penantian itu satu penyeksaan! Itulah yang saya rasa saat menanti kepulangan Ros hari ini (semalam).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan