Berita Harian: Nasional |
Posted: 25 Aug 2011 02:28 PM PDT Nasional http://www.1malaysia.com.my/my/blog/being-malaysian/ - Gambar ihsan dari blog 1malaysia KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak mengajak seluruh rakyat Malaysia menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-54 pada tahun ini dengan pendekatan berbeza memandangkan hari penuh bersejarah itu jatuh pada Aidilfitri. Perdana Menteri berkata, sebagai rakyat Malaysia, setiap orang sewajarnya dengan penuh rasa bangga mengibarkan Jalur Gemilang sama ada di rumah atau tempat kerja masing-masing, selain meraikan sambutan kemerdekaan dengan penuh kesyukuran. "Pada tahun ini, apa kata kita renungkan apakah signifikasi hari ini kepada kita dan bagaimana setiap daripada kita memainkan peranan penting dalam pembangunan negara."Saya merasakan ramai daripada anda tidak menyedari bahawa anda adalah penyumbang penting terhadap pertumbuhan dan kemajuan negara kita. Anda mungkin merasakan bahawa pekerjaan anda adalah terlalu kecil dan remeh jika dibandingkan dengan ketua dan pemimpin korporat negara. "Namun, pada hakikatnya, setiap orang di negara ini adalah sebahagian daripada tenaga kerja ekonomi negara dan masing-masing mempunyai peranan sama dalam pembentukan serta pembangunan negara," katanya semalam dalam entri terbaru blognya, www.1malaysia.com.my bertajuk 'Kita Rakyat Malaysia.' Najib berkata, apa saja industri atau pekerjaan yang diceburi, setiap orang perlu sedar bahawa mereka turut memberi kesan terhadap pembangunan ekonomi negara.
Majlis berbuka puasa anjuran Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan itu bagi meraikan golongan terbabit dengan kerjasama Baitulmal dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. Sumbangan disampaikan sendiri oleh Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor. Hadir sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom serta Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim. |
4 kementerian setuju bincang keldai dadah Posted: 25 Aug 2011 02:25 PM PDT Nasional Kerjasama banteras ancaman sindiket antarabangsaKUALA LUMPUR: Tiga kementerian bersetuju dengan cadangan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil untuk mengadakan pertemuan bagi membincangkan isu ramai warga Malaysia terpedaya dengan sindiket dadah antarabangsa hingga menjadi keldai dadah dan merengkuk dalam penjara di luar negara. Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman, berkata kementeriannya menyambut baik cadangan Shahrizat dan bersedia bekerjasama mencari jalan membanteras ancaman jenayah sindiket dadah antarabangsa yang menyebabkan ramai warga Malaysia, terutama wanita terjerat selepas terpengaruh dengan janji manis warga asing, terutama dari Afrika. "Pelbagai kaedah boleh dibincangkan untuk menangani jenayah itu bagi mengelak lebih ramai warga Malaysia menjadi mangsa sindiket berkenaan. Saya juga menyokong usaha serta pendekatan Kelab Putera 1Malaysia dan Berita Harian yang membantu warga Malaysia yang teraniaya dan menjadi keldai dadah serta tidak dapat pulang ke tanah air kerana masalah kewangan. Usaha murni ini harus diikuti oleh agensi korporat dan badan bukan kerajaan (NGO) lain," katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam.Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata pihaknya sedia bertemu dan berbincang dengan kementerian itu bagi membanteras jenayah yang banyak memanipulasikan wanita dan pelajar hingga terjerat serta terpaksa menjadi keldai dadah. "Mengikut rekod kementerian, belum ada kes menunjukkan pelajar kulit hitam di negara ini terbabit dalam jenayah itu, namun kita sedia mengambil tindakan jika terbukti ada antara mereka menjadi ejen sindiket itu," katanya. Berita Harian semalam melaporkan Shahrizat akan membawa isu wanita menjadi mangsa sindiket dadah antarabangsa pada mesyuarat Kabinet dalam masa terdekat, selain mengadakan perbincangan dengan tiga kementerian berkaitan bagi menjalin kerjasama berhubung kes penipuan sindiket dadah antarabangsa yang banyak membabitkan wanita Malaysia sebagai mangsa kelicikan mereka.
"Kementerian akan bekerjasama dengan semua pihak bagi membanteras jenayah antarabangsa yang menggunakan rakyat tempatan, termasuk perdagangan wanita dan kanak-kanak, selain kes keldai dadah hingga menyebabkan mereka terpaksa menjadi tahanan di penjara luar negara serta dijatuhkan hukuman mati," katanya. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Nasional To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan