Selasa, 30 Ogos 2011

Berita Harian: Mutakhir

Berita Harian: Mutakhir


Ramalan cuaca baik hari raya kedua di Semenanjung, Sabah dan Sarawak

Posted: 30 Aug 2011 02:55 AM PDT

Mutakhir

KUALA LUMPUR: Negeri di utara, pantai timur dan selatan Semenanjung serta Sabah dan Sarawak dijangka meraikan hari kedua Aidilfitri dalam cuaca baik melainkan beberapa kawasan pantai di Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor yang diramalkan hujan pada waktu pagi.

Jurucakap Jabatan Metereologi ketika dihubungi Bernama berkata, terdapat beberapa perubahan dalam ramalan sebelumnya iaitu pada keseluruhannya cuaca dijangka baik sehingga esok.

Laman sesawang jabatan itu turut melaporkan ribut petir dijangka melanda dua negeri di Semenanjung pada petang esok iaitu Pahang dan Johor Timur dan juga di Sarawak iaitu di Kuching, Samarahan, Kapit, Miri dan Limbang. Sementara itu, hujan sementara pada waktu petang pula dijangka berlaku di Kedah, Selangor, Kuala Lumpur, Kelantan, Terengganu dan Perak, dan juga bahagian-bahagian lain negeri Sarawak kecuali Kuching, Samarahan, Kapit, Miri dan Limbang serta bahagian Pantai Barat, Sandakan, Tawau, Kudat dan pedalaman Sabah.

Bagaimanapun, keadaan cuaca di negeri-negeri lain di Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah diramalkan baik pada waktu petang.

Pada sebelah malam pula, hujan diramalkan berlaku di beberapa kawasan di Pahang, selatan Terengganu, Kelantan dan Sandakan, Sabah. - BERNAMA


Jet pejuang terhempas selepas bertembung di udara

Posted: 30 Aug 2011 02:53 AM PDT

Mutakhir

VILNIUS: Dua juruterbang jet pejuang latihan yang keluar menggunakan tempat duduk selepas terhempas akibat pertembungan dengan jet NATO ditemui masih hidup.

Jurucakap angkatan tentera Lithuania, Skomantas Povilionis, berkata kedua-dua juruterbang berkenaan terselamat tetapi enggan mengulas lanjut keadaan mereka.

Kementerian Pertahanan berkata, kedua-dua juruterbang itu dari Unit L39 pesawat latihan perang keluar menggunakan kerusi selepas bertembung dengan pesawat pejuang Mirage buatan Perancis berdekatan pangkalan udara Zokniai di utara Lithuania. Pesawat Perancis itu berjaya mendarat selepas pelanggaran berkenaan. - AP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan