Harian Metro: Setempat |
Posted: 28 Aug 2011 09:35 AM PDT KUALA LUMPUR: Dua pelajar tingkatan satu sebuah sekolah menengah di sini yang hilang sejak empat hari lalu pulang ke rumah kira-kira jam 4 petang kelmarin selepas dipujuk ibu bapa mereka. Remaja terbabit yang dikenali sebagai Cheng Cheng dan Ke ke, masing-masing 14, dipercayai melarikan diri selepas tidak pulang ke rumah mereka selepas waktu persekolahan Rabu lalu kerana khuatir dimarahi ibu mereka akibat terlewat pulang.
Menurut ibu mereka yang tidak mahu dikenali, dia mula risaukan anaknya yang tidak pulang ke rumah hingga lewat petang dan tidak menghubunginya.
|
Posted: 28 Aug 2011 09:17 AM PDT KUALA LUMPUR: Seorang lelaki berusia 39 tahun kerugian wang tunai dan barang berharga bernilai kira-kira RM8,000 apabila 'ditawan' empat individu dipercayai menyamar anggota polis sebelum diculik di rumahnya di Jalan Kuchai Lama, di sini, kelmarin. Dalam kejadian jam 9.30 malam, pintu rumah mangsa diketuk seseorang yang memperkenalkan dirinya Ah Heng dan sebaik membuka pintu jeriji rumahnya, seorang wanita dan dua lelaki lain berusia 30-an meluru masuk.
Menurut sumber, empat individu itu menuduh mangsa along dan mereka ditugaskan menggeledah rumahnya bagi tujuan siasatan.
Mangsa dipaksa menyuruh rakannya memasukkan wang RM5,000 ke dalam akaunnya.
"Mereka meminta suspek memberikan nombor pin kad ATM miliknya dan membuat pengeluaran wang RM1,000 kira-kira jam 12.05 tengah malam, manakala RM4,000 pada jam 7 pagi keesokan harinya," katanya.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan