Utusan Online - Muka Hadapan |
Posted: Tipu RM1 bilionOleh ZAINAL AZHAR MOHAMED KUALA LUMPUR 30 Ogos – Seramai sembilan individu yang dipercayai melakukan penipuan wang tunai hampir RM1 bilion sedang diburu oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Mereka terdiri daripada penganjur skim cepat kaya yang telah mengambil wang orang ramai ketika melakukan penipuan. Sumber berkata, kesemua individu berkenaan diburu pihak polis selepas dilaporkan terlibat dalam penipuan terhadap orang ramai. Berita lanjut, sila rujuk edisi cetakan Utusan Malaysia atau langgani e-Paper di http://ebrowse.bluehyppo.com/utusan/index.asp |
100,000 BANJIRI RUMAH TERBUKA PM Posted: 100,000 BANJIRI RUMAH TERBUKA PMORANG ramai tetap ceria walaupun terpaksa beratur panjang menghadiri Rumah Terbuka Perdana Menteri dan Jemaah Menteri di pekarangan Seri Perdana, semalam. LEBIH 100,000 rakyat pelbagai kaum mengambil kesempatan hadir ke majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Perdana Menteri dan Jemaah Menteri di Seri Perdana, Putrajaya, semalam. Peluang itu diambil oleh mereka untuk bertemu secara lebih dekat dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta barisan menteri Kabinet. Mereka sanggup beratur panjang untuk bersalaman dengan pemimpin nombor satu negara itu. |
Dr. M bimbang kecenderungan sokong komunis Posted: Dr. M bimbang kecenderungan sokong komunisOleh MOHD. KHUZAIRI ISMAIL NAJIB Tun Razak memimpin tangan Tun Dr. Siti Hasmah tanda hormat sambil diperhatikan Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Datin Seri Rosmah Mansor ketika Rumah Terbuka Perdana Menteri dan Jemaah Menteri di Seri Perdana, Putrajaya, semalam. PUTRAJAYA 30 Ogos – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad melahirkan kebimbangan terhadap kecenderungan sesetengah pihak yang semakin serius cuba memburukkan-burukkan imej pemimpin yang berjuang untuk kemerdekaan negara. Kata Dr. Mahathir, selain kontroversi Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu atau Mat Sabu yang menghina pejuang lampau, beliau juga pernah dimaklumkan terdapat pelajar sekolah yang diajar bahawa tokoh seperti Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan Datuk Onn Jaafar adalah pengkhianat negara. ''Saya khuatir kerana kecenderungan ini sudah semakin rancak malah ada yang sehingga ke tahap mendewa-dewakan komunis sedangkan gerila itu telah membunuh ramai anggota keselamatan yang berjuang untuk negara," katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri sambutan Rumah Terbuka Perdana Menteri dan Jemaah Menteri di Seri Perdana di sini hari ini. Dr. Mahathir menambah, selain tidak menjangkakan kecenderungan menghina pejuang kemerdekaan negara itu boleh wujud di negara ini, beliau juga terkejut dan terkilan kerana Pas dilihat memulakan kecenderungan itu. Ketika ditanya apakah yang perlu dilakukan dalam menangani kecenderungan itu, Dr. Mahathir menjelaskan, kerajaan wajar memberikan penerangan yang jelas kepada rakyat mengenai siapakah sebenarnya kumpulan gerila komunis. ''Perjuangan mereka adalah untuk menjajah negara ini dan menjadikan negara ini negara komunis. Itu bukan perjuangan kemerdekaan seperti Tun Abdul Razak, Tunku Abdul Rahman dan lain-lain," katanya. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Muka Hadapan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan