Harian Metro: BeritaUtama |
Posted: 30 Aug 2011 08:41 AM PDT MOGADISHU: "Kami sudah beberapa hari tidak makan. Harap-harap di pagi Syawal ini ada pihak yang bermurah hati menghulurkan sedekah untuk membolehkan kami membeli makanan." Itu rintihan sayu seorang ibu muda bersama dua anak kecil sambil menghulurkan tangan kepada umat Islam yang keluar dari Masjid Isbahaysiga, di sini, selepas selesai menunaikan solat sunat Aidilfitri pagi semalam.
Ibu muda dikenali sebagai Munah Adam, yang baru berusia 25 tahun itu adalah seorang daripada ribuan mangsa kebuluran di Somalia yang bergolak.
Sejurus saja tamat khutbah raya, semua yang berada di luar masjid berpusu-pusu menyerbu jemaah yang keluar untuk meminta sedekah.
Bagaimanapun, hanya kira-kira 2,000 yang menunaikan sembahyang raya, selebihnya adalah penghuni kem IDPs yang datang untuk meminta bantuan.
|
Posted: 30 Aug 2011 08:41 AM PDT KUALA LUMPUR: "Lebaran kali ini terlalu jauh berbeza jika dibandingkan dengan tahun-tahun lalu. Ia bakal menjadi lebaran paling sempurna buat saya selepas sekian lama saya mengambil barang itu (dadah)," kata Muhammad Radhi Razali atau lebih dikenali sebagai Radhi, 34, vokalis kumpulan OAG ketika ditemui di Rumah Pengasih di sini, semalam. Radhi yang memasuki pusat itu sejak 11 Januari lalu kini sedang menjalani proses pemulihan bagi membuang ketagihannya terhadap dadah yang diambil selama kira-kira 10 tahun selain mahu mendalami ilmu agama.
Radhi bagaimanapun tidak menafikan masih wujud kesukaran untuknya meninggalkan najis itu secara 100 peratus pada peringkat awal namun keberkatan solat fardu yang ditunaikan mampu menghindari dirinya daripada terjebak semula.
Mengimbau kenangan lampau ketika masih dipengaruhi dadah suatu ketika dulu, Radhi berkata, najis itu sebenarnya banyak mencetuskan perkara negatif dalam hidupnya termasuk pergolakan rumah tangga yang dibina selama lebih lima tahun.
"Saya memang selalu memikirkan apa akan berlaku pada saya jika saya ditangkap kerana dadah. Ia memang sering terlintas di fikiran saya namun saya masih tidak mampu berhenti kerana terlalu mengikutkan nafsu dan pengaruh kawan yang turut sama menagih.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan