Utusan Online - Pahang |
- Elak membazir di Aidilfitri - MB
- Puteri UMNO bantu anak yatim
- Kemuka sijil kematian tuntut dividen tertunggak Felcra
Elak membazir di Aidilfitri - MB Posted: Elak membazir di Aidilfitri - MBOleh ZAMZURINA AHMAD KUANTAN 27 Ogos - Masyarakat Islam di negeri ini diingatkan supaya berbelanja secara berhemat mengikut keperluan dan tidak membazir menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri. Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, dalam meraikan kemeriahan Syawal, umat Islam tidak seharusnya berbelanja secara bermewah-mewah dan jangan sesekali membazir. "Berbelanja banyak mungkin boleh, mengikut keperluan. Kalau keluarga besar maka belanja pun besar. "Tetapi yang menjadi masalah kepada kita ialah pembaziran yang tidak sepatutnya berlaku," katanya dalam perutusan yang dikeluarkan di sini. Menurutnya, beliau bagi pihak kerajaan negeri mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh muslimin dan muslimat di Pahang. "Harapan saya dengan semangat Aidifitri, mudah-mudahan semua kita saudara sesama Islam sebenar-benarnya menunjukkan kita orang Islam dan Islam itu bersaudara. "Justeru, kita wajib menghormati, tolong-menolong, bersatu-padu dan berteguh hati dalam menghadapi ancaman yang mungkin datang pada bila-bila masa," jelasnya. Sementara itu, tambah Adnan, sempena Ulang Tahun Kemerdekaan negara yang ke- 54 pada 31 Ogos ini, beliau berharap segenap lapisan masyarakat agar bersama-sama menjaga keamanan, kemakmuran dan keharmonian negara. "Janganlah ada antara kita yang cuba meruntuhkan keamanan, kemakmuran dan keharmonian negara dengan membawa perkara-perkara yang boleh mengganggu-gugat perasaan sesuatu pihak yang lain. "Sewajarnya perpaduan kaum ini mesti dipelihara kerana ia kunci kepada keamanan dan keamanan juga akan menyebabkan kita mudah mengekalkan kemakmuran dan kebahagiaan," jelasnya. |
Posted: Puteri UMNO bantu anak yatimPEMIMPIN dan ahli Puteri UMNO Bahagian Kuala Krau bersama anak-anak yatim kawasan Parlimen Kuala Krau selepas membeli pakaian raya mereka di Jerantut baru-baru ini. KUALA KRAU 27 Ogos - Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kuala Krau tidak pernah melupakan golongan kurang bernasib baik terutama anak yatim ketika menjelangnya Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi. Ketuanya, Norhasmimi Abdul Ghani berkata, pihaknya prihatin nasib golongan itu yang tinggal dalam Parlimen Kuala Krau dengan membawa mereka membeli pakaian baru untuk menyambut hari raya tersebut. Menurutnya, kumpulan kanak-kanak itu dibawa membeli-belah di sebuah pasar raya di Jerantut bagi membolehkan mereka memilih sendiri pakaian baru yang disukai. "Kita seronok dan gembira melihat anak- anak yatim itu tersenyum gembira ketika memilih pakaian masing-masing dan terharu apabila kegembiraan jelas terpancar pada wajah mereka," katanya kepada pemberita di sini baru-baru ini. Turut hadir timbalannya, Rohaiza Hashim dan Setiausaha Puteri UMNO Bahagian Kuala Krau, Nor Zalila Ahmad. Norhasmimi berkata, cara itu merupakan salah satu program Puteri UMNO bahagian untuk mendekati masyarakat terutama golongan yang memerlukan bantuan. Jelasnya, pihaknya merancang mengadakan program serupa pada tahun hadapan sekiranya ada pihak yang sudi menyumbang supaya dapat membawa lebih ramai anak yatim di dalam parlimen itu untuk membeli persiapan raya. |
Kemuka sijil kematian tuntut dividen tertunggak Felcra Posted: Kemuka sijil kematian tuntut dividen tertunggak FelcraTEMERLOH 27 Ogos - Pewaris peserta Felcra yang meninggal dunia diminta mengemukakan sijil kematian atau dokumen sah bagi membolehkan Felcra melunaskan bayaran tunggakan dividen peserta yang sudah meninggal dunia kepada waris mereka. Pengurus Felcra Kawasan Kerdau, Mohd. Yahaya Bohari berkata, terdapat lebih RM20 juta tunggakan dividen di negeri ini tidak dapat dibayar kerana pewaris tidak menyerahkan sijil kematian peserta terbabit. ''Kesukaran menghubungi waris si mati menyebabkan wang dividen tersebut terus tertunggak membabitkan lebih RM20 juta di negeri ini sahaja. ''Di kawasan Kerdau sahaja lebih RM400,000 tunggakan dividen tidak dapat dibayar kerana tiada pewaris peserta yang meninggal dunia membuat tuntutan," kata ketika berucap semasa mempengerusikan mesyuarat Ahli Jawatankuasa Projek (AJKP) Felcra Kerdau 1, 2 dan 3 di Seri Ketumbit Kerdau di sini baru-baru ini. Menurutnya, Felcra tidak akan membayar dividen sewenang-wenang kepada para waris jika tidak menunjukkan surat tersebut atau dokumen lain yang sah sebagai bukti. Dalam pada itu, katanya, terdapat kes yang mana peserta Felcra yang masih sihat tidak menikmati dividen apabila menyerahkan segala urusan berkaitan kewangan dengan Felcra kepada anak-anak keluarga terdekat. Katanya, mereka yang diberikan tanggungjawab dan amanah tersebut tidak menyerahkan dividen tersebut ibu-bapa mereka sendiri. Jelasnya, Felcra tidak boleh campur tangan dalam soal pembahagian kewangan dan dividen itu jika peserta masih sihat atau hidup. ''Felcra hanya boleh campur tangan sekiranya peserta meninggal dunia dan pembahagian dividen itu dibuat mengikut bilangan pewaris," katanya. Katanya, jika tidak dituntut, Felcra akan menyerahkan dividen tersebut kepada pemegang Amanah Raya. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Pahang To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan