Kosmo Online - Negara |
- Pemborong pertama terima padah jual ayam terlalu mahal
- Misi kemanusiaan Gaza berjaya salur RM1.5 juta
- 17 terkorban pada hari kelima Ops Sikap ke-24
Pemborong pertama terima padah jual ayam terlalu mahal Posted: Pemborong pertama terima padah jual ayam terlalu mahal
KUANTAN – Gara-gara menjual ayam melebihi harga siling yang ditetapkan kerajaan, seorang pemborong ayam dari Bera menerima padah apabila dia didenda RM10,000 oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK). Sebelum kesalahan itu dapat dihidu, Pejabat KPDNKK Negeri telah menerima aduan daripada orang ramai dua hari lalu berkaitan harga ayam mahal yang dijual oleh para peniaga ayam di sekitar daerah berkenaan. Pengarah Pejabat KPDNKK Negeri, Mohd. Aruwan Abd. Aziz berkata, hasil penyiasatan, penjual di situ didapati terpaksa menjual harga tinggi berikutan tindakan pemborong terbabit menjual ayam sehingga RM7.20 sekilogram (kg) berbanding harga siling maksimum pemborong iaitu RM6.35 per kg. Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini. | |
Misi kemanusiaan Gaza berjaya salur RM1.5 juta Posted: Misi kemanusiaan Gaza berjaya salur RM1.5 jutaKUMPULAN Aqsa Syarif2 yang menyertai Misi Konvoi Kemanusiaan Ramadan di Gaza bergambar kenangan sebaik tiba di KLIA Sepang semalam. SEPANG – Misi Kemanusiaan Ramadan ke Gaza (AQSA2GAZA2) 2011 siri kedua anjuran badan bukan kerajaan Aqsa Syarif berjaya mencapai matlamat untuk menyalurkan sumbangan rakyat Malaysia berjumlah RM1.5 juta kepada penduduk Palestin. Konvoi yang terdiri daripada 11 aktivis itu berlepas pada 21 Ogos lalu diketuai Prof. Madya Mohd. Zin Kandar (gambar) dan mereka selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini semalam. Mohd. Zin berkata, sumbangan itu disalurkan menerusi empat sektor iaitu perubatan, pendidikan, makanan dan kesihatan. "Misi ini juga bertujuan untuk meninjau beberapa projek yang telah dipersetujui menerusi misi yang pertama pada tahun lepas," katanya. Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini. | |
17 terkorban pada hari kelima Ops Sikap ke-24 Posted: 17 terkorban pada hari kelima Ops Sikap ke-24Oleh MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM KEADAAN trafik yang tidak sesak di Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Sungai Buloh memudahkan orang pulang berhari raya semalam. KUALA LUMPUR – Sebanyak 17 orang maut dalam nahas jalan raya pada hari kelima Ops Sikap ke-24 pada Sabtu lalu. Jumlah itu berkurangan berbanding 24 kematian yang dicatatkan pada hari keempat operasi itu walaupun terdapat peningkatan jumlah kenderaan di jalan-jalan utama di seluruh negara. Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan