Jumaat, 26 Ogos 2011

Utusan Online - Timur

Utusan Online - Timur


Peneroka dapat hadiah Aidilfitri

Posted:

Peneroka dapat hadiah Aidilfitri

Peneroka dapat hadiah Aidilfitri

Oleh WAN ZULKIFLI WAN YAACOB
utusanterengganu@utusan.com.my

DUNGUN 25 Ogos – Selama hampir tiga dekad memajukan tanah demi masa depan keluarga, seramai 265 peneroka dari kawasan Felda Kerteh II di sini akhirnya mendapat hak milik secara rasmi.

Ia suatu detik menggembirakan semalam apabila mereka menerima surat hak milik tanah daripada Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said.

Sebahagian besar penerima hak milik berkenaan yang berkumpul di Dewan Sivik Felda Kerteh II merupakan peneroka asal yang mula memasuki ladang sawit seluas 1,499 hektar itu pada 15 Oktober 1982.

Ketika berucap pada majlis penyerahan itu, Menteri Besar berkata, tanah tersebut merupakan jaminan masa hadapan buat keturunan mereka dan tidak harus disia-siakan.

''Jagalah tanah ini elok-elok untuk anak dan cucu-cicit kita. Nak dapat geran bukannya mudah kerana kita perlu menunggu lebih 20 tahun dan ada yang telah meninggal dunia.

"Gunakan tanah ini sebaik mungkin, jangan dicagarkan atau dijual kepada orang lain," katanya.

Menurutnya, setiap peneroka dan keluarga perlu menilai perit serta kepayahan sewaktu mula-mula meneroka kawasan Felda agar dapat menanamkan sifat keinsafan di dalam diri.

Beliau menyifatkan apa yang dimiliki sebagai suatu anugerah tidak ternilai setelah mereka berusaha gigih untuk membina kehidupan di penempatan itu.

Tambah beliau, pemberian itu merupakan satu rahmat dan hadiah sempena kedatangan bulan Ramadan serta sambutan Aidilfitri beberapa hari lagi.

Turut hadir isteri Menteri Besar, Toh Puan Seri Norliza Mahmud; Pegawai Daerah Dungun, Datuk Mustaffa Abdul Rahman; Ahli Parlimen Dungun, Matulidi Jusoh; Ketua UMNO Bahagian, Datuk Dr. Rosli Mat Hassan dan Ahli Dewan Undangan Negeri Paka, Mohd. Ariffin Abdullah.

Penempatan itu mempunyai 3,076 penduduk dengan hampir 150 terlibat dalam bidang keusahawanan, manakala hampir 200 kalangan anak mereka menyertai kerjaya profesional.

Balu lapan anak terharu terima pampasan suami sambut raya

Posted:

Balu lapan anak terharu terima pampasan suami sambut raya

Balu lapan anak terharu terima pampasan suami sambut raya


Mohd. Zawawi Eilias (dua dari kanan) menyampaikan cek insurans berkelompok Rela kepada Che Zainun Che Nik di Besut, baru-baru ini.


BESUT 25 Ogos - Buat pertama kali, Che Zainun Cik Nik, 41, bakal menyambut Aidilfitri dengan status ibu tunggal ketika dia masih diselubungi kesedihan ekoran kematian suaminya, seorang tukang kayu dua bulan lalu.

Ibu kepada lapan anak yang masih dalam berpantang itu selepas bersalin dua minggu lalu, sebelum ini membayangkan tiada apa yang boleh dilakukannya untuk persiapan menyambut hari mulia tersebut.

Namun kunjungan Pegawai Rela Daerah, Mohd. Zawawi Eilias ke rumahnya di Kampung Bukit Puteri Dalam membawa khabar melegakan apabila dia menerima bayaran pampasan insurans berkelompok Rela semalam.

Dia begitu terharu menerima bayaran berjumlah RM22,000 setelah kehilangan suaminya seorang anggota Rela yang terbunuh dalam kemalangan jalan raya.

Sebanyak RM20,000 dibayar sebagai insurans kemalangan, manakala RM2,000 pula sebagai bayaran khairat kematian suaminya yang menganggotai Rela sejak 17 tahun lalu.

Menurut Che Zainun, dengan pampasan itu, dia sekeluarga berasa lega kerana dapat digunakan untuk persiapan menyambut Aidilfitri.

"Syukurlah kerana suami saya menjadi anggota Rela dan dilindungi insurans, kalau tidak sukar saya nak menjaga lapan orang anak kerana saya tidak mempunyai sebarang pekerjaan.

"Nasib baiklah anak sulung saya ada juga bekerja sebagai pembantu di sebuah pusat hemodialisis di kampung itu yang dapat juga membantu untuk meringan beban adik-adik yang lain," ujarnya.

Dia berharap anak-anaknya nanti dapat menyertai Rela kerana pasukan itu memberikan banyak kemudahan di samping khidmat bakti kepada masyarakat.

Katanya, sepanjang suaminya menyertai Rela, dia sekeluarga berasa bangga kerana suaminya turut memberi sumbangan untuk menjaga keselamatan dan keharmonian dalam masyarakat.

Rakyat harus bijak memilih pemimpin agar masa depan terjamin

Posted:

Rakyat harus bijak memilih pemimpin agar masa depan terjamin

Rakyat harus bijak memilih pemimpin agar masa depan terjamin

TANAH MERAH 25 Ogos - Rakyat Kelantan harus bijak memilih pemimpin agar masa depan negeri ini terjamin dan tidak jauh ketinggalan berbanding negeri-negeri lain.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, rakyat akan menjadi mangsa sekiranya masa depan negeri ini diperjudikan oleh pemimpin yang tidak berkelayakan dan tidak mampu untuk membawa perubahan.

Beliau berkata, Kelantan jauh ketinggalan berbanding negeri-negeri lain dan ia boleh dilihat dalam semua aspek sama ada pendidikan atau pembangunan.

"Hendak tahu bagaimana Kelantan ketinggalan atau tidak, lihatlah betapa ramai rakyat negeri ini yang berhijrah untuk mencari pekerjaan.

"Kalau Kelantan maju seperti negeri lain, sudah tentu penghijrahan yang begitu besar ini tidak akan berlaku seperti mana rakyat di negeri maju seperti Melaka, Johor dan Perak umpamanya," katanya ketika merasmikan pejabat baru Amanah Raya Berhad Tanah Merah dan pemberian zakat di sini, semalam.

Turut hadir Pengerusi Amanah Raya Berhad, Datuk Dusuki Ahawanmad yang kemudiannya turut menyerahkan zakat kepada kira-kira 100 fakir miskin.

Awang Adek yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata, rakyat perlu bijak memilih pemimpin dan menggunakan hak sebaik mungkin agar tidak tersalah pilih.

"Lihatlah betapa rakyat Kelantan kini benar-benar terhimpit dengan pelbagai masalah seperti bekalan air yang tidak pernah selesai dan lebih kecewa apabila pemimpinnya beritahu masalah air akan selesai di Kelantan dalam tempoh 17 tahun lagi dan ini sesuatu yang mengecewakan.

"Sudah-sudahlah kita duduk dalam keadaan begini, Kelantan perlukan perubahan yang boleh diberikan oleh Barisan Nasional bagi mengubah semua senario ini," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan