Harian Metro: BeritaUtama |
Posted: 29 Aug 2011 10:23 AM PDT KUALA LUMPUR: Hiba apabila impian untuk meraikan Aidilfitri sebagai 'orang berkeluarga' tidak kesampaian, pelakon dan pengacara, Jimmy Shanley Salleh berkelana membawa diri menunaikan umrah di Makkah, sekali gus menyambut 1 Syawal bersendirian di Tanah Suci itu. Jimmy, 31 yang yatim piatu menggemparkan dunia hiburan tanah air selepas pernikahannya pada Oktober tahun lalu, bergolak selepas 20 hari apabila isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy, 25, meninggalkannya ketika mereka berbulan madu di Koh Samui, Thailand.
Mengimbas rentetan kontroversi rumah tangganya, selepas pergolakan Jimmy memfailkan tuntutan kembali taat diikuti nusyuz terhadap Nursuhaila di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada 3 dan 27 Januari lalu.
Malah, keadaan menjadi semakin 'panas' apabila Nursuhaila mendakwa suaminya turut berbohong kepada media memberitahu majlis cukup jambul anak mereka yang diaturkan bapanya, Datuk Suhaimy Othman pada 27 Julai lalu dibatalkan tanpa memaklumkan kepada keluarganya.
Berikutan kemelut memeningkan itu, Jimmy memutuskan untuk mengerjakan umrah dan bertolak ke Makkah pada 21 Ogos lalu diiringi harapan mudah-mudahan mendapat hidayah Ilahi bagi menunjukkan jalan keluar terbaik kepada segala permasalahan yang membelenggu dirinya.
|
Posted: 29 Aug 2011 10:23 AM PDT MARAN: "Saya sudah beritahu dia supaya jangan kait lagi kerana kelapa yang saya kait untuk buat lemang sudah cukup, tapi dia masih nak kait juga," kata Kamarulzaman Mohamad, 55, bapa Mohd Tarmizi yang maut terkena renjatan elektrik ketika mengait kelapa di rumah datuknya di Kampung Jara, di sini, semalam. Dalam kejadian jam 11 pagi itu, Mohd Tarmizi, 22, yang bekerja sebagai pemandu lori dihantar keluarganya ke Klinik Kesihatan Maran berikutan ambulans lambat tiba, namun mangsa meninggal dunia dalam perjalanan. Kamarulzaman berkata, dia sudah mengait kelapa untuk dua gantang beras pulut yang mahu dibuat lemang, namun Mohd Tarmizi, anak bongsu daripada tiga beradik, mendakwa ia tidak mencukupi dan mahu membuat lemang tiga gantang beras bagi menjamu rakannya. "Arwah juga mahu kait kelapa lebih muda kerana kelapa yang saya kait sudah tua. Dia menggunakan galah besi dan ketika mengait pada pokok berhampiran tiang elektrik, galahnya jatuh dan terkena kabel elektrik.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan