Kosmo Online |
- Polis selesaikan kes bunuh pengawal
- Bantuan kewangan ISTF kepada pelajar
- Ops Sikap: 13 kematian di Johor
Polis selesaikan kes bunuh pengawal Posted: Polis selesaikan kes bunuh pengawal30/08/2011 5:39pm KUALA LUMPUR – Polis percaya dapat menyelesaikan kes pembunuhan seorang pengawal keselamatan dalam cubaan pecah kereta ekoran penahanan dua suspek yang melarikan diri ke Dungun, Terengganu, semalam. Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Zakaria Pagan berkata, suspek berusia 24 dan 32 tahun, yang mempunyai rekod jenayah lampau, diberkas pada pukul 7.30 malam semalam di bandar itu. Katanya, kedua-dua suspek mengaku menikam mangsa, Shariff Din, 47, dalam satu kejadian cubaan pecah kereta di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Wahyu, Jinjang di sini, pada pukul 3.15 pagi, Sabtu lalu. "Ujian air kencing terhadap kedua-dua suspek itu didapati positif dadah," katanya pada sidang media selepas menghadiri sambutan Aidilfitri bersama pegawai dan anggota di Balai Polis Jinjang hari ini. Zakaria berkata, polis berjaya menjejak kedua-dua suspek itu selepas menahan empat orang termasuk seorang wanita sebelum itu bagi membantu siasatan kes tersebut. Bagaimanapun, katanya, polis belum menemui senjata yang digunakan oleh suspek dalam kes pembunuhan itu. – Bernama |
Bantuan kewangan ISTF kepada pelajar Posted: Bantuan kewangan ISTF kepada pelajar30/08/2011 5:36pm KUALA LUMPUR – Tabung Amanah dan Biasiswa India (ISTF) menawarkan bantuan kewangan kepada pelajar Malaysia keturunan India yang layak untuk mengikuti pengajian di universiti, kolej dan politeknik di negara ini bagi tahun akademik 2011-2012. Pejabat Suruhanjaya Tinggi India di Malaysia, dalam kenyataan hari ini, berkata, bantuan kewangan itu hanya sebagai pelengkap dan tidak meliputi kos penuh pengajian. Borong permohonan boleh diperolehi di Bahagian Pendidikan, suruhanjaya itu, di No 2, Jalan Taman Duta off Jalan duta, di sini, atau muat turun dari laman web pendidikannya di alamat www.indianhighcommision.com.my/education.php. Kenyataan itu menyebut calon yang pernah menerima bantuan kewangan ISTF sebelum ini dan masih mengikuti pengajian yang sama, turut layak untuk memohon semula bantuan kewangan tersebut. "Mereka perlu mengemukakan borang permohonan ISTF bersama keputusan pengajian terkini dan bukti pengajian masing-masing," menurut kenyataan itu. Tarikh tutup permohonan ialah 25 September ini. – Bernama |
Ops Sikap: 13 kematian di Johor Posted: Ops Sikap: 13 kematian di Johor30/08/2011 3:03pm JOHOR BAHRU – Johor mencatatkan 13 kematian di jalan raya sepanjang pelaksanaan Ops Sikap ke-24 sehingga semalam, dengan lima daripadanya berlaku di jalan negeri. Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, sepanjang tempoh itu sebanyak 1,361 kes kemalangan dilaporkan. "Sebanyak 12 kemalangan maut berlaku menyebabkan 13 kematian di mana empat kemalangan itu berlaku di jalan negeri yang melibatkan lima kematian," katanya ketika ditemui pada rumah terbuka sempena Aidilfitri di kediamannya, di sini hari ini. Beliau berkata, seramai 420 anggota dan pegawai polis ditugaskan di 46 kawasan yang dikenal pasti sebagai kerap berlaku kemalangan. Bagi tempoh itu juga sebanyak 5,644 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik, katanya. – Bernama |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan