Utusan Online - Politik |
Posted: SPR timbang guna dakwat kekalKUALA LUMPUR 25 Ogos – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempertimbangkan semula penggunaan dakwat kekal pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) selain daripada sistem biometrik bagi memastikan tidak berlaku masalah pengundian bertindih. Sehubungan itu, Pengerusi SPR, Tan Sri Abd. Aziz Mohd. Yusof (gambar) berkata, SPR kini mempunyai beberapa pilihan untuk dilaksanakan sama ada sistem biometrik atau dakwat kekal atau kedua-duanya sekali. Bagaimanapun, beliau berkata, hanya satu sistem sahaja akan dipilih dan ia bergantung kepada hasil kajian menyeluruh yang kini sedang dijalankan oleh SPR. "Tidak dinafikan sistem biometrik yang kita cadangkan sebelum ini baik, tetapi ia tetap mempunyai kelemahan-kelemahan tertentu antaranya mesin pengimbas tidak boleh membaca ibu jari dan masalah cip kad pengenalan rosak. "Oleh itu, kita perlu berhati-hati. Kita tidak mahu timbul masalah pada hari pengundian. Jika sistem biometrik berjalan dengan baik, tidak ada masalah, tetapi bagaimana pula sebaliknya?" katanya. Beliau berkata demikian pada sesi penerangan tuntutan lapan perkara oleh Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) kepada media di Wisma Bernama di sini hari, ini. Cadangan penggunaan dakwat kekal adalah salah satu daripada lapan cadangan yang terkandung di dalam tuntutan Bersih dan kini telah diambil perhatian oleh SPR untuk dipertimbangkan. |
Pemimpin gagal pertahan akidah harus 'diperangi' Posted: Pemimpin gagal pertahan akidah harus 'diperangi'JOHOR BAHRU 25 Ogos - Pertubuhan Penyatuan Pembelaan Melayu Malaysia (PPPMM) menyifatkan pemimpin Melayu Islam yang gagal bersatu mempertahankan akidah sebagai dayus dan harus 'diperangi' habis-habisan. Presiden PPPMM, A. Rahman Mahadi berkata, akidah adalah perkara paling asas dalam kehidupan umat Islam yang tidak boleh dikompromi. "Nilai akidah umat Islam tidak boleh dihitung dengan jumlah kertas undi apatah lagi dengan secebis kuasa politik. Sebaliknya, ia harus dipertahankan dengan apa cara sekali pun dan tidak ada istilah toleransi atau rundingan. "Jika inginkan kuasa janganlah seperti orang kebulur sangat. Mencari kuasa atau ingin berkuasa mestilah ada hadnya. Jangan sampai kita sanggup menggadaikan akidah semata-mata mahu mencari keuntungan politik dan peribadi jangka pendek," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini. Beliau mengulas tindakan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang dilihat masih gagal menyelesaikan isu pemeriksaan gereja oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada 3 Ogos lalu. Kelmarin, Abdul Khalid menimbulkan polemik apabila mengumumkan penubuhan majlis penasihat syura yang kononnya dicadangkan oleh Sultan Selangor sedangkan ia tidak mendapat perkenan baginda. Sebaik sahaja ditegur oleh Sultan Sharafuddin Idris Shah, Abdul Khalid mengubahnya kepada Jawatankuasa Pendengaran sebelum mengubah lagi semalam kepada gerak kerja pendengaran. A. Rahman berkata, apa yang berlaku di gereja itu seharusnya membuka mata umat Islam terhadap ancaman yang sedang dihadapi dan perlunya mereka bersatu dalam menangani isu berkenaan. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Politik To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan