Utusan Online - Politik |
Pembangkang langgar prinsip keterbukaan Posted: Pembangkang langgar prinsip keterbukaanKUALA LUMPUR 26 Ogos - Tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memilih memberi keterangan dari kandang tertuduh bagi membela diri dalam pertuduhan liwatnya, bertentangan dengan prinsip keterbukaan dan ketelusan yang kononnya sering diperjuangkan pembangkang. Malah apa yang lebih memalukan, kata Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Dr. Awang Adek Hussein, pemimpin pembangkang lain seperti Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang juga seolah-olah merestui pilihan Anwar itu. "Sedangkan ketika di Parlimen malah sehinggalah ke luar negara, pembangkang yang paling lantang mendesak kerajaan supaya bersikap terbuka, lebih demokrasi dan adil serta mahukan sesuatu isu diselesaikan dengan perbincangan. "Tetapi dalam kes liwat Anwar, pembangkang tiada halangan untuk Anwar memberi keterangan dari kandang tertuduh tanpa boleh disoal balas pihak pendakwaan meskipun ia jelas satu pilihan yang membelakangkan prinsip keterbukaan yang diperjuangkan mereka," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada tindakan Anwar yang memilih untuk memberi pernyataan tidak bersumpah ketika membela diri dalam perbicaraan kes liwat terhadap Mohd. Saiful Bukhari Azlan yang sedang berlangsung ketika ini. Awang Adek menambah, apa yang dikesalkan juga adalah apabila Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat langsung tidak menyatakan pendirian dengan pilihan Anwar itu. Sedangkan kata beliau, sebagai seorang pemimpin yang berimejkan Islam, Nik Abdul Aziz pastinya sedar bahawa Islam turut membenarkan kaedah bersumpah dalam membela diri untuk menegakkan kebenaran. "Apa yang diperlihatkan pembangkang dalam kes Anwar ini adalah sikap berdolak-dalik pembangkang serta pendirian double standard mereka ketika berdepan dalam sesuatu isu," katanya. |
Siasat tohmahan Fuziah tentang Lynas Posted: Siasat tohmahan Fuziah tentang LynasSuhaimi Sulong (tengah) menunjukan laporan polis yang dibuat agar pihak polis menyiasat tindakan Fuziah Salleh di Kuantan, semalam. KUANTAN 26 Ogos - Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Indera Mahkota mahu polis menyiasat tindakan Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh yang secara berterusan membuat tohmahan berhubung pembinaan kilang pemprosesan nadir bumi oleh Syarikat Lynas Corporation Ltd. di Gebeng di sini. Berikutan itu, satu laporan polis telah dibuat oleh Ketua Pemudanya, Suhaimi Sulong di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan kira-kira pukul 4 petang ini. Menurut Suhaimi, tindakan Ahli Parlimen itu yang berterusan membuat tohmahan terhadap pembinaan kilang berkenaan dalam siri ceramahnya perlu dihentikan kerana ia boleh menimbulkan kekecohan di kalangan masyarakat. "Apa yang dilakukan Fuziah akan menimbulkan kebimbangan di kalangan penduduk di sini terutama mengenai tahap keselamatan penduduk dengan fakta-fakta yang tidak benar," katanya ketika ditemui pemberita selepas membuat laporan di IPD Kuantan di sini. Katanya, pihak berkuasa perlu menjalankan siasatan rapi berhubung dakwaan yang dilakukan oleh ahli Parlimen berkenaan supaya ia dapat dihentikan. "Apa yang dilakukan ahli Parlimen itu seolah-olah mahu mengalih perhatian rakyat dan penduduk Kuantan menerusi fakta-fakta yang tidak benar sekali gus bertujuan mengalihkan perhatian terhadap kebajikan kerajaan pimpinan Barisan Nasional terhadap rakyat," jelasnya. Terdahulu, isu pembinaan kilang berkenaan mencetuskan kontroversi apabila beberapa pihak membantah pembinaannya kerana didakwa bakal menghasilkan radiasi yang boleh memudaratkan kesihatan orang ramai. Bagaimanapun, Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) baru-baru ini memutuskan kilang tersebut selamat, namun, syarikat dari Australia itu perlu melaksanakan pelbagai langkah penambahbaikan sebelum meneruskan operasi. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Politik To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan