Berita Harian: Mutakhir |
Mayat bayi baru lahir ditemui dalam tong sampah Posted: 29 Aug 2011 02:21 AM PDT Mutakhir SANDAKAN: Mayat seorang bayi lelaki yang baru lahir dan masih bertali pusat ditemui dalam tong sampah berhampiran sebuah pasar raya di Bandar Sandakan hari ini.Timbalan Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Fadzil Mohd Ali berkata, polis menerima maklumat berhubung penemuan mayat bayi itu kira-kira jam 2.20 petang dan menghantar sepasukan anggota polis untuk membuat siasatan. Beliau berkata mayat bayi lelaki itu ditemui dalam sebuah tong sampah besar berhampiran sebuah pasar raya berkenaan oleh pekerja amnya semasa membuang sampah dan ternampak ada satu bungkusan hitam lalu membukanya dan mendapati ada mayat bayi dalamnya. Beliau pekerja am berkenaan kemudiannya menghubungi polis.Katanya, polis menghantar mayat bayi berkenaan ke Hospital Duchess Of Kent
Fadzil berkata, kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan
|
Najib ucap terima kasih kepada Britain kerana bantu Ashraf Haziq Posted: 29 Aug 2011 02:17 AM PDT Mutakhir KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melahirkan penghargaan kepada rakyat Britain yang membantu pelajar Malaysia, Ashraf Haziq, yang dipukul dan dirompak oleh samseng yang pada awalnya berpura-pura membantunya semasa rusuhan di London awal bulan ini."Terima kasih kerana membantu pemuda Malaysia yang ketika itu memerlukan bantuan dan terima kasih kerana sekali lagi membuktikan bahawa London ialah sebuah bandaraya yang mengalu-alukan orang luar tetapi bukannya kepada golongan ekstremis," katanya dalam artikel yang disiarkan dalam The Times. Najib berkata di Malaysia, kejadian itu disifatkan sebagai tidak berhati perut, tidak berbelas kasihan dan zalim yang telah mengejutkan rakyat Malaysia. "Ramai daripada kami pernah menghabiskan masa di bandaraya anda dan amat menyayanginya, tetapi peristiwa hitam di London itu tidak pernah kami saksikan sebelum ini dan kami mula tertanya-tanya jika ianya sudah berubah, jika kenangan kami diwarnai nostalgia, atau malahan kami telah tersilap sebelum ini," katanya.Namun, katanya, pada hari-hari kemudiannya Britain telah menunjukkan wajah sebenarnya kepada dunia apabila ribuan rakyat Britain, melalui internet, mengutuk perbuatan itu. "Gelombang kemarahan itu disusuli dengan rasa keprihatinan, bantuan dan sokongan. Dalam zaman di mana sesetengah pihak masih cuba meletakkan jurang antara bangsa dan agama, rakyat biasa Britain tidak teragak-agak untuk membuka pintu hati mereka kepada pemuda Islam Malaysia," katanya. Najib berkata Ashraf sendiri menjelaskan bahawa perasaan itu adalah semulajadi, enggan membuat penghakiman sepertimana katanya kepada dunia bahawa beliau menyayangi London, tiada apa yang dapat memujuknya untuk meninggalkan kota itu lebih awal dan malahan beliau berasa kasihan kepada penyerangnya.
"Nilai-nilai itulah, penerimaan oleh pihak lain, tahu membezakan apa yang salah dan betul dan apa yang lebih penting, menolak perbuatan ekstremis dan keganasan, yang telah dipertahankan oleh rakyat Britain dalam beberapa minggu lalu. "Apa yang kita telah lihat mencerminkan contoh suara kesederhanaan yang sebenar, dan hanya satu perkataan yang ingin saya katakan iaitu - terima kasih," katanya. Ashraf, 20, menjadi tumpuan global dalam kejadian rusuhan yang menggegarkan kota London dan Britain apabila berjuta-juta orang menyaksikan dengan penuh rasa terkejut dan marah apabila YouTube memaparkan kejadian malang yang menimpa pelajar Malaysia itu ketika dirompak dan ditinggalkan di tepi jalan dalam keadaan berdarah selepas mematahkan rahangnya dan kemudian mencuri basikalnya. - BERNAMA |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan