Sabtu, 27 Ogos 2011

Berita Harian: Nasional

Berita Harian: Nasional


Pemergian Nurin masih terasa

Posted: 27 Aug 2011 02:13 PM PDT

Nasional

JAZIMIN bersama keluarga menziarahi pusara Nurin Jazlin yang dibunuh kejam  empat tahun lalu.

JAZIMIN bersama keluarga menziarahi pusara Nurin Jazlin yang dibunuh kejam empat tahun lalu.

4 tahun berlalu Jazimin setia menanti siasatan kes kematian Kak Ngah

KUALA LUMPUR: Sudah empat tahun berlalu, nama Nurin Jazlin Jazimin, 8, yang pernah menggemparkan negara apabila dia hilang dan dilaporkan diculik berdekatan kawasan rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju, di sini, kini semakin dilupakan.

Maklumat terakhir yang diterima ahli keluarganya ialah apabila terbaca melalui akhbar mengenai tawaran sebuah syarikat yang menawarkan teknologi yang dapat menjelaskan imej kabur rakaman CCTV berkaitan kes Nurin.

Lapan tahun kami bersama arwah dan banyak kenangan sepanjang membesarkannya, sudah tentu kehilangannya teramat dirasai. - Jazimin Abdul Jalil, Bapa Nurin Jazlin

Apa pun, bagi ibu bapa Nurin, Jazimin Abdul Jalil, 37, dan Norazian Bistaman, 39, yang dilihat semakin tabah menerima hakikat ketiadaan anak kedua mereka itu, kehidupan mesti diteruskan.

"Memang setiap masa kami teringatkan Kak Ngah (panggilan untuk Nurin). Namun, tidak bolehlah hendak dilayan sangat rasa sedih, kalau tidak apa kerja pun kita tak boleh nak lakukan. Kehidupan harus diteruskan seperti biasa," kata Jazimin ketika ditemui di kediamannya baru-baru ini.

Kehidupan keluarga Jazimin dan Norazian juga sekarang sedikit ceria selepas kelahiran anak bongsunya, Jazley Nazril yang kini berusia lapan bulan.

Kehadiran Jazley menyerikan lagi kehidupan keluarga yang sebelum ini mempunyai empat cahaya mata perempuan termasuk Nurin Jazlin. Anak sulung pasangan ini, Nurin Jazshira kini 13 tahun, Nurin Jazrina, 10 dan Nurin Jazlisa, 5.
Kata Jazimin, walaupun hasrat dia dan isteri untuk menimang anak lelaki akhirnya dimakbulkan, tidak bermakna Jazley dapat menggantikan arwah Nurin.

"Lapan tahun kami bersama arwah dan banyak kenangan sepanjang membesarkannya, sudah tentu kehilangannya teramat dirasai. Kalau Kak Ngah masih ada, dia mesti gembira kerana mendapat adik lelaki dan dialah yang paling sibuk menjaga adiknya ini.

"Walaupun masih kecil, arwah boleh diharap untuk menjaga adiknya. Dulu, dialah yang selalu mendukung dan menukar lampin Nurin Jazlisa yang baru berusia setahun (pada 2007)," ujar Norazian yang kelihatan sebak.

Norazian memberitahu, sepanjang empat tahun pemergian Nurin, tidak pernah sekali pun dia bermimpikan anaknya itu.

"Kadang-kadang, sebelum tidur, saya minta supaya dapat bertemu Kak Ngah dalam mimpi kerana terlalu rindukan dia tapi tak dapat mimpi macam itu. Cuma sepupu yang rapat dengan Kak Ngah pernah bermimpi arwah datang kepadanya, tidak berkata apa-apa dan hanya mencium pipinya dan berlalu pergi bersama seorang lelaki berjubah putih.

"Walaupun tak dapat berjumpa Kak Ngah dalam mimpi sekalipun, saya percaya anak saya kini tenang di sana," tambah Norazian.

Bagi mengubat rindu, beberapa helai baju kepunyaan Nurin akan dibelek ibunya, lebih-lebih lagi gaun biru dan merah yang menjadi kegemaran Nurin.

Kata Norazian, itu antara baju yang dapat diselamatkan kerana banyak baju dan gambar Nurin diambil orang yang hendak membantu mencari secara tradisional ketika kehilangannya dulu tapi belum dipulangkan kepada keluarganya.

Sementara itu, Jazimin sekeluarga turut berterima kasih kepada semua pihak yang selama ini menunjukkan keprihatinan dan memberi sokongan moral kepada keluarganya hingga ke hari ini.

"Baru-baru ini, anak sulung kami terpaksa menjalani pembedahan dan rawatan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) namun isteri saya tidak dapat menemaninya di wad kerana menjaga Jazley di rumah.

"Kakitangan hospital yang ada di antaranya mengikuti kisah Kak Ngah dan mengenali kami menerusi laporan media, banyak membantu menjaga Nurin Jazshira.
"Kami ucapkan banyak terima kasih," ujar Jazimin sambil menyatakan mereka sekeluarga masih setia menanti perkembangan positif siasatan kes anaknya dan ingin penjenayah kejam itu dikenakan hukuman setimpal.

"Setakat ini saya tidak menerima maklumat mengenai siasatan dan kali terakhir cuma membaca menerusi akhbar mengenai tawaran sebuah syarikat yang menawarkan teknologi yang dapat menjelaskan imej kabur rakaman CCTV berkaitan kes Nurin," katanya.


Eksklusif: Sanggup pinjam along asal beraya sakan

Posted: 27 Aug 2011 02:00 PM PDT

Nasional

TINDAKAN along yang merosakkan kawasan sekitar patut dikenakan tindakan.

TINDAKAN along yang merosakkan kawasan sekitar patut dikenakan tindakan.

Pelanggan diberi hingga RM10,000 tanpa perjelas cara bayar balik hutang

KUALA LUMPUR: Mahu tampil hebat dan bergaya dengan perabot baru, pakaian berjenama dan dilihat mewah menabur duit raya saudara mara menyebabkan ramai orang Melayu sanggup membahayakan nyawa meminjam daripada ceti haram atau along menjelang Aidilfitri.

Dapatkan naskhah Berita Minggu hari ini untuk berita lanjut.

Kakitangan syarikat terbabit tidak menerangkan pakej pinjaman dan kadar bunga dikenakan dengan jelas selain seperti terlalu mendesaknya menyerahkan dokumen pengenalan diri untuk tujuan pemprosesan


Tiada ulasan:

Catat Ulasan