Khamis, 11 Ogos 2011

Harian Metro: Mutakhir

Harian Metro: Mutakhir


Polis buka kertas siasatan kes remaja dibaling topi keledar

Posted: 11 Aug 2011 01:50 AM PDT

ALOR SETAR: Polis membuka kertas siasatan bagi kes melibatkan seorang remaja lelaki, Muhammad Solihin Che Kassim, 14, yang dikatakan koma selepas dibaling topi keledar oleh anggota polis yang sedang melakukan rondaan di Felcra Lubuk Sireh, Perlis kira-kira 9.40 malam Sabtu lepas.

Pemangku Ketua Polis Perlis Supt Mohd Nashir Ya berkata pihaknya telah menerima tiga laporan iaitu masing-masing yang dibuat oleh bapa mangsa, Che Kassim Darus, 41, anggota polis yang terlibat dan juga bahagian trafik.

"Kami akan mengambil keterangan dua anggota polis yang bertugas dan saksi yang berada di tempat kejadian. Apabila mangsa sedar sepenuhnya dan sudah boleh beri keterangan, kami akan mengambil keterangannya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Terengganu pinjam pemain Harimau Muda hadapi Piala Malaysia

Posted: 11 Aug 2011 01:08 AM PDT

KUALA TERENGGANU: Pemain pertahanan Harimau Muda, Faizal Mohamad, dipinjam kepada Terengganu bagi menghadapi kempen Piala Malaysia.

Penolong Pengurus pasukan Terengganu, Sheikh Tajudin Sheikh Yusof berkata Faizal yang berasal dari Marang merupakan pemain tunggal yang dipinjam Terengganu.

"Untuk pertandingan Piala Malaysia, kita cuma pinjam seorang pemain pasukan Harimau Muda bagi memastikan kecemerlangan kita dalam kejohanan itu," katanya kepada Bernama.

Beliau percaya barisan pertahanan Terengganu akan bertambah kental dengan kehadiran pemain tersebut.


"Faizal mula berlatih sejak semalam bersama-sama pemain yang lain," katanya yang juga Naib Yang Dipertua Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT). -Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan