Berita Harian: Mutakhir |
| Tiada lagi laporan rakyat Malaysia terjejas: Anifah Posted: 11 Aug 2011 04:06 AM PDT Mutakhir KUALA LUMPUR: Tiada laporan baru mengenai rakyat Malaysia yang terjejas akibat kekacauan di London setakat semalam, kata Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman.Beliau berkata, kementeriannya memantau keadaan di London dan bandar raya lain di United Kingdom sejak tercetusnya rusuhan di Tottenham Sabtu lalu. "Keadaan semasa di seluruh United Kingdom secara keseluruhannya boleh dikatakan tenang sungguhpun kebimbangan berhubung keganasan itu belum reda sepenuhnya," kata beliau menerusi satu kenyataan. Anifah menasihati rakyat dan pelajar Malaysia supaya sentiasa mengambil sikap berhati-hati dan mengelak kawasan yang terjejas sehingga keadaan kembali pulih di samping mematuhi apa jua arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa setempat.Isnin lalu, Muhammad Ashraf Haziq Rosli, 20, pelajar tahun pertama tajaan MARA dalam jurusan perakaunan di Kaplan College, hilang beberapa batang gigi dan patah rahang setelah beliau diserang dan dirompak dalam satu rusuhan ketika beliau serta rakan-rakannya berbasikal pulang ke rumah untuk berbuka puasa. - BERNAMA
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
| Ustaz dipercayai liwat pelajar ditahan Posted: 11 Aug 2011 03:38 AM PDT Mutakhir KUALA TERENGGANU: Seorang ustaz sebuah sekolah menengah di sini hari ini ditahan kerana dipercayai meliwat seorang pelajar berusia 13 tahun di sekolah itu.Ustaz berkenaan yang mengajar subjek Pendidikan Islam ditahan di kediamannya di perumahan guru di Batu Rakit dekat sini kira-kira jam empat pagi tadi. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, ACP K Manoharan, berkata penahanan suspek berikutan laporan polis yang dibuat mangsa di Balai Polis Batu Rakit petang semalam. "Guru berusia 42 tahun itu sudah berkahwin dan dipercayai melakukan perbuatan terkutuk itu sebanyak tiga kali bermula Mac hingga Jun lalu di kuarters perguruan sekolah berkenaan, bersebelahan asrama putera yang dihuni mangsa," katanya ketika ditemui di pejabatnya hari ini.Manoharan berkata, polis masih menyiasat kes berkenaan dan tidak menolak kemungkinan ada pelajar lelaki lain turut menjadi mangsa guru tersebut. Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk menjalani pemeriksaan lanjut. Pendaftar Kanan Mahkamah Sesyen, Rosila Nik, membenarkan guru berkenaan direman selama empat hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
| You are subscribed to email updates from Berita Harian: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan