Harian Metro: Mutakhir |
| Kerajaan Britain sampaikan simpati kepada penuntut Malaysia Posted: 10 Aug 2011 05:48 AM PDT KUALA LUMPUR: Kerajaan Britain melahirkan rasa sedih berhubung insiden yang menimpa seorang penuntut Malaysia yang cedera semasa rusuhan di Timur London semalam dan menyampaikan simpati mereka kepada keluarga mangsa. Pemangku Pesuruhjaya Tinggi Britain ke Malaysia, Ray Kyles berkata, beliau telah menyampaikan rasa simpati itu dan keprihatinan kerajaan Britain kepada Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman di pejabatnya di Putrajaya, hari ini.
"Suruhanjaya Tinggi Britain melahirkan rasa terkejut atas serangan ganas dan pengecut ke atas penuntut Malaysia, Muhammad Asyraf Haziq Rossli. "Kami terkejut dengan kecederaan yang dialaminya dan kami sentiasa berhubung dengan pihak berkuasa Malaysia mengenai beliau. Suruhanjaya Tinggi juga mengutuk tindakan itu," katanya kepada pemberita mengenai keadaan terkini di United Kingdom di pejabatnya di sini, hari ini.
|
| 124 majikan didenda melebihi RM100,000 kerana kesalahan KWSP Posted: 10 Aug 2011 01:57 AM PDT KUALA LUMPUR: Seramai 124 majikan dikenakan denda oleh mahkamah berjumlah RM124,949 antara April dan Jun tahun ini kerana kegagalan mencarum dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk kakitangan mereka. Denda antara RM2,500 dan RM5,000 itu adalah bagi kesalahan mengikut Seksyen 43(2) Akta KWSP 1991 yang mewajibkan semua majikan membayar caruman bulanan sebelum atau pada 15 haribulan setiap bulan, kata Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP, Nik Affendi Jaafar.
Dalam kenyataan di sini hari ini, beliau berkata, denda paling tinggi iaitu RM5,000 dikenakan terhadap Cityskill (M) Sdn Bhd dari Terengganu diikuti dengan Flight Base International Sdn Bhd dari Selangor sebanyak RM3,500. -Bernama
|
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan