Berita Harian: MukaDepan |
| Pelajar Malaysia cedera diserang Posted: 09 Aug 2011 04:06 PM PDT MukaDepan Pelajar Malaysia, Asyraf Haziq Rosli, 20 (gambar atas), patah gigi dan cedera rahang selepas dipukul dan disamun sekumpulan perusuh di London, semalam. Gambar dirakam di Hospital Royal London. Turutan gambar di kanan dipetik dari YouTube menunjukkan: 1.Asyraf terduduk selepas dipukul perusuh. 2. Ketika Asyraf masih dalam keadaan kesakitan selepas diserang, seorang perusuh pura-pura cuba membantu Asyraf, manakala rakanya menyelongkar beg mangsa. 3. Lelaki itu merampas dompet dan telefon bimbit Asyraf yang disimpan dalam begnya. LONDON: Seorang pelajar Malaysia, Asyraf Haziq Rosli cedera diserang dan disamun sekumpulan belia lelaki yang terbabit dalam rusuhan di sini petang kelmarin. Ketika kejadian, Asyraf, 20, pelajar tahun pertama pengajian perakaunan tajaan MARA di Kolej Kaplan sedang menunggang basikal dengan rakannya untuk berbuka puasa di rumah rakan mereka. Beliau yang patah gigi dan bengkak pipinya dihantar ke Hospital Royal London untuk dibedah. Kejadian berkenaan dirakam oleh orang awam dan video klip rakaman itu muncul dalam YouTube yang kemudian disiarkan oleh siaran berita Sky TV. Rakaman itu menunjukkan Asyraf terduduk selepas diserang dengan mulutnya berdarah. Tidak lama selepas itu, sekumpulan pemuda datang membantunya sambil beberapa daripada mereka membuka beg yang dibawanya dan mencuri dompet serta telefon bimbitnya. Seorang pemuda kemudian dilihat meninggalkan tempat kejadian menunggang basikalnya.Pengarah Mara di United Kingdom (UK), Dr Noorzaini Mohd Noor, berkata ibu bapa Asyraf sudah dimaklumkan kejadian itu dan pihaknya serta Jabatan Pelajar Malaysia di London sedang berusaha memindahkan pelajar yang tinggal di tempat dikenal pasti sebagai berbahaya diancam perusuh. Sementara itu, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di UK, Datuk Zakaria Sulong, berkata setakat ini tidak ada pelajar atau rakyat Malaysia lain terbabit dalam rusuhan dan sudah menasihatkan mereka menjauhi tempat yang dianggap berbahaya bagi mengelak kejadian tidak diingini. "Disebabkan rusuhan cepat merebak, kita akan mengeluarkan arahan dan nasihat dari semasa ke semasa," katanya. Rusuhan bermula di London tiga hari lalu selepas seorang lelaki ditembak mati oleh polis di Tottenham, utara London dan merebak ke banyak bandar. Rusuhan turut berlaku di Bayswater yang menempatkan Malaysia Hall, tetapi hanya kejadian kecil berbanding di tempat lain. Semalam, rusuhan menyaksikan kumpulan pemuda yang membakar dan mencuri, merebak ke bandar lain termasuk Birmingham, Liverpool. Bristol dan Manchester. Berita lanjut dapatkan akhbar Berita Harian hari ini. Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komenkemsemelor Mudah-mudahan pemuda Malaysia ini sabar dengan kejadian yang menimpa... Tempoh hari PM kita 'dihina' dengan baju kuning, hari ini kita lihat "pembalasan" lebih dasyat di 'pihak sana'.... dunia oh dunia. Apapun Allah S.W.T Maha Mengetahui... ad Ni la jadinya kalau polis x bertegas. Terima kasih kpd PDRM kerana berjaya mengelakkan kejadian di London terjadi di negara kita. D' apa kate time nie sokong pemberontak dan edar senjata kepada IRA... barulah diorg akan rase sebagaimana terjadi kpd Libya.. demontrasi dan demokrasi barat nie mmg x bleh pakai... zulfadzli ksian nya tk tau apa bdk tu ...lindungilah pljar mlaysia ahmad x mustahil boleh berlaku di malaysia... kalau masing2 masih lagi menunding jari satu sama lain.. yg kata polis harus bertindak tegas tu sepatutnya kena tukar ayat, Polis patut bertindak adil dan bijak.. Sbb rusuhan di atas berlaku pun sebab pihak polis yg menembak mati seorang lelaki. 'ni lah masanya polis/fru bertindak tegas..sedih dgn keadaan di malaysia apabila polis/fru bertindak tegas,ramai yg mengatakan polis ganas,kejam dan mcm2 lg..itu memang dah tugas polis.takkan polis nak berlemah lembut pla'
amylia Ya Allah..apa la salah bdk tu..yg x bsalah pulak yg jd mangsa... Zaifuddin Hujan emas dinegara org hujan batu dinegara kita. Saya tak faham kenapa rakyat Msia kena dihantar belajar luarnegara sedangkan di Malaysia ada byk universiti. Tambahan pula, jurusan spt Akaun, IT, Business, Engineering etc ada di offer di U tempatan. Unless subject mcm astrofizik ker, then lain cerita. K'jaan kena juga pantau lecturer2 Msia supaya mutu pengajaran mrk meningkat, bkn setakat ckp "aku tak kisah kamu pass atau gagal, asalkan bulan2 aku tau gaji masuk". Mrk ini yg akan merendahkan qualiti student Msia. Gomen, please do somethg. tyco5 semoga saudara asyraf kuat dan tabah. Apbila kita diuji pada bulan Ramadhan inilah ujian untuk hambanya yang disayangi. jadi terus kuat dan sentiasa rasa Allah sentiasa disisi. Hebat anda saudara! Razi Pihak pembangkang tempoh hari begitu berbangga apabila Queen Elizabeth memakai baju kuning, seolah-olah menandakan dia menyokong `Bersih.' Kita lihat sahaja, apakah pembangkang mahu membantu pelajar yang malang ini. Hamba Allah Ini yang dilaporkan. Yang tak dilaporkan ? Pelajar-pelajar di negara-negara lain ? sarina zakaria Semoga Allah lindungi rakyat Malaysia dan org2 Islam di Britain drpd sebarang bahaya rusuhan.. Hazman Petikan video youtube http://www.youtube.com/watch?v=E1UufjAGZv0&feature=player_embedded rudy ni lah masanya polis/fru bertindak tegas..sedih dgn keadaan di malaysia apabila polis/fru bertindak tegas,ramai yg mengatakan polis ganas,kejam dan mcm2 lg..itu memang dah tugas polis.takkan polis nak berlemah lembut pla.. Mohd Herizan Inilah yang hendak diikut oleh bangsa KITA. Bangsa yang kita anggap BERTAMADUN, Bangsa Kelas Pertama yang tiada perikemanusiaan!!! Budaya inilah yg hendak diikut Geng baju kuning tempoh hari!!! Demonstrasi jalanan menjadi rusuhan!!! Terbaekkks London!!!! rudy ni lah masanya polis/fru bertindak tegas..sedih dgn keadaan di malaysia apabila polis/fru bertindak tegas,ramai yg mengatakan polis ganas,kejam dan mcm2 lg..itu memang dah tugas polis.takkan polis nak berlemah lembut pla.. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
| MAS, Air Asia ketepi saingan 10 tahun Posted: 09 Aug 2011 03:24 PM PDT MukaDepan Firefly jadi syarikat penerbangan serantau; Pengarah Urusan MAS umum letak jawatanKUALA LUMPUR: Persaingan 10 tahun Penerbangan Malaysia (MAS) dan AirAsia Bhd berakhir semalam, apabila kedua-dua syarikat itu membentuk pakatan menerusi Rangka Kerja Kerjasama Komprehensif (CCF) bagi menjadikan Malaysia hab penerbangan serantau. Di bawah kerjasama itu, MAS berupaya untuk mengukuhkan lagi operasi penerbangannya dengan barisan pengurusan baru yang mantap dan berpengalaman luas dalam bidang masing-masing serta meletakkannya pada landasan kukuh sebagai penyedia perkhidmatan penerbangan penuh utama negara. AirAsia pula berpeluang meraih laluan penerbangan dan destinasi baru yang boleh menjana kukuh pendapatannya pada masa depan. Pengerusi MAS, Tan Sri Md Nor Yusof, berkata pakatan itu menandakan era baru kerjasama untuk kedua-dua syarikat penerbangan terbabit melengkapi operasi dan meraih manfaat bersama."Kerjasama itu akan membantu MAS memberi tumpuan terhadap kekuatannya di pasaran teras, selain dapat menjana muatan lebih tinggi serta menggunakan sumber secara lebih cekap pada masa depan," katanya pada sidang media berhubung kerjasama antara MAS dan AirAsia di sini, semalam. Sementara itu, Ketua Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes, berkata kerjasama itu memberi peluang kepada syarikatnya untuk menjana peluang pertumbuhan baru pada masa depan. "Saya fikir AirAsia boleh menjana lebih banyak keuntungan. Kedua-dua syarikat juga akan menjadi lebih produktif dengan menggunakan tenaga bersama berbanding bersaing antara satu sama lain," katanya. Syarikat penerbangan negara itu turut umumkan pelantikan Tan Sri Wan Azmi Wan Hamzah, Tan Sri Tan Boon Seng @ Krishnan, Datuk Rohana Rozhan dan David Lau Nai Pek sebagai pengarah eksekutif syarikat, dilantik daripada Khazanah Nasional Bhd berkuat kuasa semalam. Sementara itu, Datuk N Sadasivan N N Pillay, Keong Choon Keat, Datuk Seri Panglima Mohd Annuar Zaini, Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani, Datuk Sukarti Wakiman dan Martin Gilbert Barrow meletakkan jawatan sebagai pengarah bukan eksekutif MAS berkuat kuasa kelmarin dan semalam. MAS turut mengumumkan peletakan jawatan Pengarah Urusannya, Tengku Datuk Seri Azmil Zahruddin berkuat kuasa semalam dan akan menyertai Khazanah sebagai Pengarah Eksekutif Pelaburan berkuat kuasa 12 September ini. Jawatankuasa eksekutif dipengerusikan Md Nor ditubuh untuk memantau pengurusan syarikat itu sehingga pengarah urusan MAS yang baru dilantik. Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komenjoe emm..nmpaknya xde dhla tket free air asia..kui..kui....kui paklee pakatan ini hanya akan merugikan rakyat.. tiada lagi persaingan bermakna tiada lagi pilihan untuk rakyat... dan tiada lagi tambang yang murah... Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
| You are subscribed to email updates from Berita Harian: MukaDepan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan